Avyren [βœ”οΈ]

Galing kay Fii_Aurora

35.6K 2.4K 475

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... Higit pa

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Venti [20]

676 58 19
Galing kay Fii_Aurora

Hari ini aku harus ke sekolah bagi menyelesaikan urusan pemberhentian sekolah aku. Aku memasuki perut kereta di bahagian penumpang. Daren yang duduk di tempat pemandu aku pandang sekilas. Tali pinggang aku pakai. Seusai aku memasang tali pinggang keledar, Daren terus memandu keluar dari pekarangan rumah.

Sepanjang perjalanan, hanya suara dj radio sahaja yang memecahkan kesunyian antara aku dan Daren. Oleh disebabkan soalan aku semalam, satu hari Daren tidak bercakap dengan aku sampailah sekarang. Jika di tanya, sepatah saja dia menjawab. Salah aku ke?

"You, you memang tak nak bercakap dengan I langsung ke?"soal ku memecah kesunyian. Geram juga aku dengan perangai Daren ni. Angin tak tentu pasal.

"Tak ada benda penting untuk aku cakap"tutur Daren senada.

"I tak sukalah you jadi Daren macam ni.."rungut aku menjuihkan bibir bawah aku. Daren menoleh aku sekilas.

"Habis tu kau nak aku jadi Emeir? Aku rasa kau yang akan takut berdepan dengan aku kalau aku jadi Emeir"kata Daren sinis.

"Why not. Kalau you jadi Daren and selalu annoying buat apa. Baik you jadi Emeir". Jeling aku.

"Dengan perangai Daren tu juga kau terpikat dengan aku kan? Huh!". Aku terdiam seribu bahasa. Kan dah kena setepek di muka aku.

Aku bersandar kuat sambil berpeluk tubuh. Wajah aku tak usah cakaplah, cemberut habis. Dah macam tempoyak basi dah.

'Kau memang suka ke memalukan diri sendiri Avyana? Haih.. dah lah kau tergila-gila kan dia dulu. Sekarang kau cakap dia annoying pula. Kau ni bodoh lah'omel hati ku sendiri.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"So, kamu pasti ke nak berhenti ni?"tanya pengetua.

"Ya cikgu. Disebabkan saya dah berkahwin ni, tak naklah nama sekolah jadi buruk. Lagi pun abang-abang saya suruh saya sambung belajar dalam A-level"jawab ku.

"Baiklah kalau itu keputusan kamu. Tapi, tak sangka pula ya; kamu yang ting tong macam ni berkahwin dengan Daren pelajar cemerlang sekolah".

'Eh! Sedap pula cikgu ni cakap aku ting tong. Aku tingtong kepala cikgu ni baru tahu'getus hati aku.

Aku menarik senyum paksa. Pengetua menurunkan tanda tangan dan cop bagi meluluskan pemberhentian sekolah aku.

"Baiklah. Ini cikgu dah luluskan. Cikgu ucapakan selamat maju jayalah dengan pengajian kamu nanti. Dan selamat pengantin baru untuk kamu berdua".

"Terima kasih cikgu. Kami minta diri dulu"ucap Daren.

Kami menapak keluar dari pejabat pengetua. Aku menarik senyum paksa sempat Daren mencubit lengan aku disebabkan aku menarik muka. Aku menggosok lengan aku yang dicubit Daren. Renungan tajam Daren aku balas. Laju saja aku menapak ke kereta. Kesal.

"Perlu ke kau buat muka macam tu depan pengetua?"tanya Daren sebaik sahaja memboloskan dirinya ke dalam kereta.

"Kenapa? Salah ke? Dia yang cakap I ting tong".

"Memang betul kau ting tong pun".

"Eh! You ni..!"Jari telunjuk aku tunding ke wajah Daren.

"Aku apa?"Daren menggenggam tangan aku. Wajahnya di dekatkan menghampiri aku.

"Ish! I merajuk dengan you! Humph!"aku merentap tangan aku dan terus memalingkan badan aku membelakangi Daren.

Hujung bibir Daren menarik senyum. Dia memandu keluar dari pekarangan sekolah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku memandang ke luar tingkap. Sedikit pelik dengan jalan yang Daren lalui. Ini bukan jalan balik rumah ni? Mana dia nak bawa aku?

"You, nak pergi mana ni?"tanya ku.

"Nak pujuk kaulah"jawab Daren selamba.

"Pergi mana?".

"Rumah ibu. Ibu ajak lunch sekali hari ni. Katanya rindu dengan menantu dia"tutur Daren.

"Hah? Really?"terus teruja aku. Mahu tak happy bila jumpa ibu. Aku ni dahlah tak ada mak. Tumpang kasih ibu pun dah cukup.

"Iya.."Daren menoleh ke arah aku dengan senyum.

Aku terus menarik senyum. Walaupun aku kahwin dengan Daren baru 2 hari, tapi bila bercakap dengan ibu, memang masuk dengan aku. Sewaktu bertunang pun, ibu selalu juga datang ke rumah berborak dengan aku. Katanya bosan duduk dirumah sorang-sorang. Abah ke pejabat. Dapat pula seorang saja anak. Mahu tak bosan.




Kereta milik Daren memasuki pekarangan rumah Tuan Fuad. Kereta dimasukkan ke dalam garaj. Aku dan Daren keluar dari perut kereta dan berjalan beriringan ke muka pintu. Sahutan salam di beri. Tidak lama seapas itu, pintu rumah dikuak dan terpancullah figura Puam Umira dihadapan pintu.

"Wa'alaikumsalam.. eh! Menantu ibu dah sampai.."sambut puan Umira dengan penuh mesra. Tubuh kecil aku dipeluk erat.

"Ehem!"Daren berdehem. Serentak aku dan puan Umira menoleh.

"Ibu, ni anak ibu ada dekat sini ni"Daren menunjukkan jari ke arah dirinya.

"Alah! Dengan isteri sendiri pun nak cemburu ke? Kamu tu ibu dah manjakan dari kecil lagi tau. Sekarang giliran Avyana lah pula"kata Puan Umira.

Aku mengangkat dua kening aku dengan senyum bangga.

"Jom masuk"ajak Puan Umira memimpin aku masuk. Sempat aku melambai ke arah Daren. Daren menarik senyum. Dia turut mengikuti jejak aku dan Puan Umira.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Vy, tolong panggilkan Emeir dekat library. Dia kalau dah masuk bilik tu memang payah nak keluar. Kena orang panggilkan baru dia akan keluar"pinta Puan Umira.

"Oo.. okay"aku menapak naik ke tingkat atas dimana menempatkan bilik bacaan.

Pintu bilik bacaan aku tolak. Kepala aku hendap mencari kelibat Daren. Aku menapak masuk terpegun aku melihat bilik bacaan umpama perpustakaan lama. Cantik.

"Daren, ibu panggil makan"seru aku sambil mata meliar mencari kelibat Daren.

"Tak ada pun. Betul ke ibu ni. Entah-emtah pergi toilet tak"bicara aku sendiri.

Aku memalingkan badan aku untuk menapak keluar. Terkejut beruk aku apabila melihat Daren berdiri betul-betul di hadapan aku.

"Arh!!"teriak aku terkejut ditambah pula dengan badan aku yang terdorong ke belakang ingin jatuh. Pantas Daren memaut pinggang aku merapatinya.

Terkedu aku dengan tindakan pantas Daren. How can he do that? Terkedip-kedip mata aku. Aku tak usah cakap lah dan macam patung cendana dekat situ.

"Siapa izinkan kau masuk sini?"tanya Daren. Sungguh hampir wajah aku dengannya sehinggakan aku dapat merasai hembusan nafasnya.

"Am..em.. ibu yang.. suruh I masuk"bergetar suara aku cuak.

"Kau tahu tak, ini sarang Emeir. Kau tak takut ke?"Daren menarik senyum sinis dengan nada mengusik.

"Lebih baik Emeir daripada Daren kan?"gigi aku yang tersusun cantik aku tayang.

"As you wish"ujar Daren dengan nada dalam. Fuh.. bergetar jantung aku mendengarnya.

Daren menolak aku perlahan menyebabkan aku terlanggar meja terus terduduk aku dihujung meja.

Daren menanggalkan kaca matanya lalu mendekati aku. Anak matanya menikam mata aku. Gulp! Tertelan air liur ku kesat. Daren mengunci aku dengan melekapkan kedua tangannya pada meja di kiri dan kanan aku. Badannya direndahkan menyamai ketinggian aku.

"You! Ibu panggil makan. Jom"pantas aku bersuara mahu mengelak. Malangnya, Daren sedikit pun tidak berganjak. Malah dia merenung mata aku dalam. Hujung bibirnya terjungkit senyum.

"Kau nak lari ke mana? Kau sendiri nak aku jadi Emeir"tutur Daren mendekatkan wajahnya dengan aku. Aku terdorong ke belakang bagi menjaga jarak antara aku dan Daren.

"Emeir!! Vy!! Turun makan! Abah dah balik ni!"sahut Puan Umira dari luar bilik bacaan.

"Ba.. baik ibu!"jawab ku tergagap.

Aku menolak badan Daren menggunakan jari telunjuk. Perlahan-lahan Daren berganjak. Aku mengambil peluang itu untuk melepaskan diri dari dikunci Daren.

Sorotan mata Daren mengikut gerak aku keluar dari bilik bacaan. Senyum senget terlakar dibibir Daren.

"Tahu takut"tuturnya sendiri.

Bersambung...

Sorry korang part ni bosan sangat. Jalan cerita pun berterabur. Ayat pun entah apa-apa. Sis dalam ambang di lema untuk menulis😂😂. Komen lah okay. Bagi sis semangat sikit. Jangan lupa vote.

Amore❤️‍🔥

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

347K 7.9K 53
Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang t...
85.7K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- ❝ I'm your husband and you're going to admit th...
180K 7.4K 34
I'm the one who loves you❀️ (2016) Highest rank : 1 in teen fiction.
10.1K 272 57
Tak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk πŸ”ž Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End:...