C | DIAN MAISARA

By atieiza

327K 15.2K 2.6K

(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Di... More

𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 1
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 2
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 3
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 4
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 5
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 6
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 7
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 8
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 9
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 10
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 11
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 12
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 13
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 14
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 15
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 16
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 17
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 18
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 19
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 20
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 21
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 22
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 23
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 24
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 25
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 26
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 27
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 28
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 29
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 30
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 31
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 32
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 33
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 34
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 35
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 36
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 37
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 38
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 |39
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 40
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 41
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 42
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 44
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 45
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 46
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 47
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 48
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 49
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 50
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 51
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 52
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 53
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 54
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 55
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 56
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 57
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 58
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 59
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 60
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 1
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 2
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 3
𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐑𝐞𝐚𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐀𝐭𝐢𝐞 𝐭𝐨 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬
𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐭𝐞 | 𝐍𝐞𝐰 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲
𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐭𝐞 | 𝐍𝐞𝐰 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲

𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 43

3.8K 183 51
By atieiza

Pintu kereta ditutup dengan kuat. Kakinya melangkah dengan laju tanpa menghiraukan suara orang memanggil namanya.

"Awak! Tunggulah" jerit Aisya.

Kakinya cuba mengejar langkah Ashraf tetapi masih lagi tidak mampu kerana kakinya yang pendek menyukarkan untuk dia berjalan.

"Aduh..." Aisya mengadu sakit. Kini dia sudah selamat jatuh. Dia merintis kesakitan. Sedaya upaya dia menahan air matanya supaya tidak keluar. Bibirnya juga digigit kuat untuk mengelakkan keluarnya suara esakan.

Tapi gagal suara esakan nya semakin kuat. Ashraf memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah isterinya yang jatuh terjelepok di atas jalan.

Ashraf mendengus perlahan sebelum dia bergerak ke arah Aisya.

"Kau ni jalan pun nak jatuh, menyusahkan betul lah, lain kali tak payah lah ikut aku buat malu je" marah Ashraf. Dalam marah pun tangan Aisya dan melihat ada luka kecil di tapak tangan gadis itu.

"Haish kau ni cuai lah, aku bawak isteri ke bawak anak ni?" Kata Ashraf.

Aisya hanya diam tetapi air matanya masih mengalir.

Ashraf mengeluarkan plaster yang memang kebetulan ada didalam poketnya. Disebabkan Ashraf ni suka budak-budak dia memang akan sediakan plaster dalam poket sebab selalunya dia akan ke taman permainan untuk menghilangkan penat. Jadi kanak-kanak yang bermain di taman itu kadangkala ada yang jatuh dan terluka kecil. Ashraf lah yang selalu bantu mereka. Sehingga Ashraf di gelar sebagai uncle bear. Sebab Ashraf memang akan memberikan teddy bear kecil kepada kanak-kanak yang menangis.

Tapi disebabkan dia mempunyai banyak masalah dah lama dia tidak menjejakkan kaki ke taman permainan kanak-kanak. Rindu pula dia pada kanak-kanak yang selalu bermain di situ.

Ashraf melekatkan plaster pada tapak tangan Aisya yang luka. Setelah itu tangannya naik mengelap air mata Aisya yang tidak berhenti turun membasahi pipi.

Comel! Puji Ashraf dalam hati tanpa dia sedar.

"Dah, jom kau nak balik atau beli baju?" Tanya Ashraf.

"Beli baju" kata Aisya.

"Kenapa nak beli baju? Kenapa tak nak pakai baju aku je?" Tanya Ashraf mengusik.

"Baju awak besar, Aisya tak muat tengok ni, besar" kata Aisya dengan bibirnya dimuncungkan ke depan.

"Ye lah, jom boleh jalan tak?" Tanya Ashraf.

"Boleh" balas Aisya. Dia memegang tangan Ashraf.

Ashraf hanya membiarkan. Karang tinggal jatuh lagi.

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke dalam Deisy Mall.

Ashraf berasa geram melihat pandangan mata lelaki yang tidak habis mengintai wajah Aisya. Ada yang berani membuat bunyi kucing gatal.

Ashraf menanggalkan topi yang dipakainya dan diletakkan topi itu ke atas kepala Aisya.

Mata bulat milik Aisya memandang Ashraf dengan pandangan pelik.

"Pakai tu, aku tak suka orang tengok kau" kata Ashraf.

Aisya diam tidak membalas dia hanya mengikut sahaja langkah Ashraf.

Ashraf menarik tangan Aisya masuk ke dalam kedai pakaian.

"Pilihlah kau nak yang mana, cepat sikit" arah Ashraf.

Aisya menganggukkan kepalanya. Dia memilih pelbagai jenis baju. Begitu banyak baju yang dia dah pilih.

Ashraf membulatkan matanya melihat baju-baju yang diambil oleh Aisya. Bukan sebab kuantiti yang banyak tetapi jenis baju yang Aisya pilih.

"Aisya apa ni?" Tanya Ashraf geram. Dia menunjukkan baju yang Aisya pilih.

"Baju lah" kata Aisya. Matanya kembali melihat baju-baju yang berada didepan mata.

Banyaknya baju tidur princess!

"Aisya, kau dah besar, jangan macam-macam beli baju yang elok sikit, kenapa gambar cartoon ni" kata Ashraf geram.

Pekerja kedai pakaian itu bergerak ke arah Ashraf setelah dipanggil.

"Letak balik semua ni, ambil baju tidur dan baju jalan yang sesuai ambil banyak-banyak pun tak pe" arah Ashraf kepada pekerja perempuan itu.

"Tak nak! Aisya nak tu jangan lah simpan kakak jangan lah simpan Aisya nak yang tu, please" rayu Aisya. Dia menarik tangan Ashraf.

Ashraf mengendahkan Aisya.

"No awak boleh lah Aisya nak tu, jangan simpan snow white Aisya, tak boleh" bentak Aisya. Kakinya menghentak lantai dengan kuat. Dia menangis. Sehingga terduduk.

Ashraf naik malu dengan perangai Aisya.

"Err encik saya rasa baju ni pun sesuai untuk adik encik, dia nak sangat tak pe lah kan?" Cadang pekerja perempuan itu.

"Aisya bangun" arah Ashraf.

Aisya tidak mengendahkan arahan Ashraf dia masih lagi menangis.

Ashraf mengeluh perlahan.

"Fine! Ambil je lah apa kau nak ambil, dah jangan nangis bangun sekarang" kata Ashraf geram.

"Yeay! Thank you awak!" Kata Aisya dan memeluk Ashraf. Dia mencium pipi Ashraf tanpa malu. Yang malu sekarang ni Ashraf.

Setelah itu terus Aisya mengambil lagi baju tidur princess. Semua jenis Disney princess dia ambil.

"Kau tolong tengokkan dia aku nak duduk dekat depan tu, lepas dia dah habis pilih bagi dekat lelaki baju hitam tu nanti dia bayar aku dah bagi card dekat dia, dan lagi satu tu isteri aku bukan adik aku" kata Ashraf dan melangkah pergi dari tempat itu.

Pekerja perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Kakak nak yang tu boleh?" Tanya Aisya.

Pekerja perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya mencapai kayu dan mengambil baju yang di maksudkan oleh Aisya.

Mata Aisya tertancap pada baju tidur berwarna merah terang.

"Kakak, nak yang tu boleh? Macam cantik je" kata Aisya.

Pekerja perempuan itu mengangguk perlahan.

Budak ni kecil-kecil dah pandai.

Selesai sahaja Aisya memilih baju dia menuju ke kaunter bayaran. Baru sahaja dia hendak mengambil beg-beg kertas yang berisi baju yang dia beli tadi ada sepasang tangan yang mengambil terlebih dahulu.

"Ape ni? Nak curi baju Aisya!" Bentak Aisya. Dia menarik beg kertas dari tangan lelaki itu.

"Puan jangan macam ni, Tuan Raf suruh saya bawakan beg kertas ni" kata lelaki itu.

"Tipu, awak nak curi baju Aisya kan!" Kata Aisya.

Ashraf yang mendengar kekecohan itu terus meluru ke arah kaunter bayaran.

"Apa hal ni?" Tanya Ashraf.

Lelaki itu menunduk hormat sebelum memberitahu hal yang sebenar kepada Ashraf.

"Macam ni tuan,  saya nak bawakan beg beg kertas ni macam yang tuan suruh tadi tapi Puan Aisya tak benarkan dia tuduh saya nak mencuri" kata lelaki itu.

Ashraf memandang Aisya tajam.

"Aisya, kau kenapa hmm?" Tanya Ashraf menahan geram. Ni first and last aku bawak dia datang tempat macam ni.

"Apa? Aisya tak buat apa pun dia ni yang nak curi baju Aisya, awak nak marah Aisya je tahu, dia yang nak curi baju Aisya" adu Aisya.

Ashraf mengeluh perlahan. Dia menarik Aisya kedalam pelukan. Matanya seolah memberi arahan kepada lelaki itu.

Lelaki itu faham akan isyarat itu dan membawa semua beg kertas itu masuk ke dalam kereta.

Aisya diam dalam pelukan Ashraf.

Hilang sahaja kelibat pekerjanya Ashraf merungkaikan pelukan antara dia dan Aisya.

"Awak mana baju Aisya? Kenapa awak biar dia curi" marah Aisya.

"Mana ada dia curi, tu Aqil pekerja aku, aku suruh dia bawak baju kau bawak balik rumah, tangan kau kan sakit" pujuk Ashraf.

Aisya menganggukkan kepalanya.

"Dah jom, kau nak pergi mana-mana tak?" Tanya Ashraf.

"Nak! Aisya nak makan boleh?" Tanya Aisya.

"Hmm jom" ajak Ashraf.

Mereka berdua melangkah keluar dari kedai pakaian itu. Dan menuju ke  kedai makanan.

🦋

"Abang bila kita nak buka hadiah kahwin kita?" Tanya Dian pada Raiz.

Raiz memandang Dian. Dia meletakkan iPad yang dia pegang ke atas katil sebelum dia bergerak ke arah Dian yang duduk bersila di lantai bilik mereka.

Sejak bila entah hadiah-hadiah ni boleh ada dekat dalam bilik.

"Siapa yang bawa naik ni?" Tanya Raiz.

"Dian yang bawak, abang marah ke?" Tanya Dian.

"No abang tak marah pun, patutnya honey yang kena marah abang sebab tinggal honey dekat rumah tadi" kata Raiz.

"Tak pe, Dian tak kisah pun, bokeh kita buka sekarang?" Tanya Dian. Dia sudah tidak sabar sebenarnya untuk membuka hadiah. Lagi-lagi hadiah dari pemberian Arina.

"Sure honey, jom kita buka sama-sama" kata Raiz.

"Nak bukak yang mana dulu eh?" Tanya Dian. Kemudian matanya tertancap pada kotak hadiah yang paling besar.

"Kita bukak yang ni dulu lah" kata Dian.

Raiz menganggukkan kepalanya.

"Siapa yang bagi tu?" Tanya Raiz.

"Danny" kata Dian.

"Sini abang tolong macam susah je sayang nak buka" kata Raiz.

"Wah! Oven" kata Dian teruja. Boleh lah dia buat kek.

"Huh? Oven? Abang dah beli tau dekat dapur tu  cukup lengkap" kata Raiz.

"Abang ni orang bagi kita kenalah bersyukur" nasihat Dian.

Raiz hanya tersengih.

Akhirnya selesai sesi membuka hadiah perkahwinan mereka.

"Ni last dari Rina" kata Dian teruja. Sengaja dia menyimpan hadiah Arina. Nak bukak waktu last.

"Besarnya beg kertas tu, ada apa dalam tu?" tanya Raiz.

"Entah lah, kejap eh saya tengok" balas Dian.

"Jam?" Kata Dian. Arina ni tak ada benda lain ke nak bagi? Jam loceng pula tu.

Tangan Raiz mencapai kertas kecil yang terletak di belakang jam loceng.

Dian dah kahwin jangan bangun lambat, aku dah sediakan jam loceng untuk kau bangun awal!

Baca Raiz. Dia menggulingkan matanya ke atas. Siapa yang selalu bangun lambat sebenarnya? Dia atau Arina?

"Ada lagi apa-apa ke dalam tu?" Tanya Raiz.

"Ada kejap"

"Apa tu?" Tanya Raiz pada Dian. Kenapa nak sorok pulak dah.

"Tak ada apa" kata Dian.

"Tipu abang nampak"

Akhirnya Raiz merampas dengan lembut barang yang Dian sorokkan.

Raiz tergelak dengan hadiah yang Arina beri. Memang masuk air betul kawan isterinya ini.

"Eii dah lah tu, bak sini orang nak simpan" marah Dian. Dan merampas balik.

"Tak nak try ke honey? Dapat pahala tau senangkan hati suami" kata Raiz dengan nada mengusik.

"Eii, tak nak... Dah lah abang pergi sana jauh-jauh orang nak kemas" kata Dian dan menyimpan semua hadiah perkahwinan yang dia dapat.

"Ala, honey, berani eh" usik Raiz lagi.

"Abang, Dian bukan apa, Dian masih tak bersedia, Dian harap abang faham" kata Dian perlahan. Tidak mahu menyinggung perasaan suaminya.

"Tak apa lah, abang faham okay, jom kemas cepat dah lewat ni" kata Raiz. Tak pe lah Dian muda lagi, bagi Dian masa.

Done!


Continue Reading

You'll Also Like

381K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
499K 20.1K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
7.8K 774 63
Highest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang...