MEMORIES

Da izyyyan

8.6K 1.4K 263

[REWRITE > IN EDITING] Kenangan Itu Akan Kekal Selamanya Dalam Ingatan. -TENGAH KARANG BLURB BARU- ••• PUBLIS... Altro

00
01
02
03
04
05
07
08
09

06

274 124 28
Da izyyyan

"Balik nanti kau tumpang siapa?" Syazwanie di sebelah sana menyoal, sempat dia menguap. Dia masih mengantuk sebenarnya.

Tadi pun, dia dipaksa bangun kerana Izra kejutkan dia. Boleh pula kereta kesayangan gadis itu rosak. Tak tahu apa masalahnya, tiba-tiba enjin tak dapat dihidupkan.

Dia yang menjadi mangsa gadis itu disebabkan dia seorang sahaja yang masuk pejabat lambat sedikit untuk hari ini dan secara teknikalnya, cuma dia sahaja yang berada di rumah pada masa itu.

Dan, di sinilah dia. Sedang memandu sambil ditemani Izra di sebelahnya. Kelihatan gadis itu agak sibuk menelaah helaian-helaian kertas di atas ribanya dengan jari runcingnya.

"Naik grab kut." Teragak-agak Izra menjawab. Lihatlah bagaimana keadaannya. Sekarang dia cuma mahu dirinya selamat sampai ke perkarangan Mahkamah.

"Kau tak takut ke, Izra?" Syazwanie toleh Izra sekilas. Kenapa gadis itu macam tak kisah soal keselamatan dirinya yang diancam bahaya?

Dia yang diberitahu oleh Izra tentang berita itu pun dah merinding bulu roma. Siapa sahaja tak takut jika diburu untuk dibunuh?

Tolak tepi dahulu soal alasan konyol itu.

Bukankah kes itu masih dalam siasatan? Mungkin masih ada sesuatu yang pihak sana belum jumpai atau terlepas pandang. Mungkin ini cuma tekaan atau agakan mereka sahaja. Mungkin..

Dan, mana mungkin pihak sana sanggup bertemu dengan Izra semata-mata untuk memberitahu isu yang satu itu jika ianya tak berbahaya.

"Kalau boleh, aku nak ambil kau nanti tapi masalahnya, aku ada meeting tengah hari nanti. Aku tak pasti habis jam berapa."

"Aku boleh naik grab, Syaz."

"Macam bahaya aje, Izra. Kau kena menunggu lagi grab. Risau pula aku kalau terjadi apa-apa dengan kau nanti. Hanif itu bahaya, Izra. Kalau dia dapat tangkap kau.. say bye to this world."

"Insya-Allah, semuanya akan okay." Izra tarik senyuman tipis buat sahabatnya itu.

Keadaan mereka sunyi sebelum Syazwanie kembali bersuara. Dia teringat pula tentang Farish. Kemarin Izra kata dia berjumpa dengan jejaka itu dan hari ini selepas selesai urusannya di Mahkamah, dia nak jenguk rumah keluarganya.

Izra sudah jadi setekad ini untuk putuskan pertunangannya. Mungkin memang benar, bukan jodohnya dengan jejaka itu.

"Kau dah ready nak beritahu family kau perihal Farish?" Syazwanie soal berhati-hati.

"Kau rasa, patut ke aku putuskan?" Izra balas soalan Syazwanie dengan soalan. Dirinya sedikit ragu untuk berbuat sedemikian. Bukan kerana dia ingin melindungi Farish tetapi dia risau jika perkara yang sedang bermain difikirannya ini terjadi.

"Apa yang menganggu kau sangat sampai kau rasa ragu macam ni?" Tertanya-tanya pula Syazwanie. Sepatutnya Izra lega dan gembira tetapi kenapa gadis ini seperti runsing?

"Aku bukan apa, Syaz. Tapi aku risau kalau mama aku dan auntie Humai gaduh ke apa lepas dapat tahu yang kami tak boleh teruskan hubungan ni disebabkan Farish curang. Kau rasa apa riaksi dia orang nanti? Dah lah dia orang nak sangat berbesan, tahu-tahu aje Farish buat hal. Memang aku angkat kaki teruslah kalau bab curang ni."

"Aku rasa mak kau dan mak si Farish tu cukup matang dah nak handle situasi macam ni. Kau tak payahlah fikir lebih-lebih."

"Mesti auntie sedih sebab rancangannya tak berjalan seperti yang dirancang."

Syazwanie mengeleng kecil. Kenapalah Izra ini baik sangat. Bukankah dia sedang pertarungkan masa depannya demi kemahuan keluarganya. "Izra.. Izra.. kenapalah kau lebih pentingkan semua benda ini berbanding kebahagiaan kau sendiri?" Dia tahu sahaja Izra tak gembira dengan tindakannya.

"Jangan gunakan orang lain sebagai tempat atau alasan untuk kita selesaikan kisah lalu," katanya selepas itu. Entah kenapa ayat ini meniti kembali dibibirnya setelah peristiwa pertunangan Izra tiga bulan lalu.

Siapa sangka pada ketika itu dia bergaduh dengan Izra hanya kerana sikap Izra yang keras kepala untuk menerima lamaran Farish sedangkan pada ketika itu Izra masih ada hati dengan Rayyan tetapi gadis itu tetap menafikan.

"Aku—"

"We all know that fact, Izra. You still love him, but you keep pretending like you don't. And use your engagement to hide your feelings for him," kata Syazwanie tanpa teragak-agak. Dia tak terkejut jika bertahun lamanya Izra masih tak boleh lupakan dan lepaskan Rayyan.

"I've forgotten him for a long time," jawab Izra dengan penuh yakin walaupun jiwanya sedang memberontak menidakkan kenyataan itu. Kenapa mereka tak percaya bila dia kata dia sudah berjaya lenyapkan Rayyan daripada hatinya?

"No, no, no.. you don't. You only tried to hold those feelings and hide it." Syazwanie menafikan. Tidak kiralah sebanyak mana Izra perlu ulas tentang isu ini, dia tetap akan katakan yang hati Izra masih ada untuk Rayyan.

"Okay! Fine. Kau betul. Memang aku masih ada perasaan dekat dia untill now! Walaupun aku dah cuba untuk buka hati aku Farish tapi perasaan itu susah untuk dibohongi, Syaz."

"Sebab inilah, aku kata kau lebih pentingkan benda lain berbanding diri sendiri. Kau terima dia bukan sebab kau nak dia pun. Dan kau berharap dengan apa yang kau buat itu dapat lenyapkan perasaan kau dekat Rayyan tapi sebaliknya kau terus pendan dan pendam sampai perasaan itu tenggelam tapi ia tetap ada di hati kau."

Izra berdiam diri akhirnya. Dia memang tak mampu bohongi sahabatnya yang seorang itu.

"Are you happy to see him back after so many years?" Syawanie menyoal setelah menyedari Izra cuma diam di sebelahnya.

"Jangan nak merepek, Syaz. Dia dah ada tunang.. aku tak patut ada perasaan pada dia lagi."

Dalam beberapa minit selepas itu, mereka telah tiba di perkarangan Mahkamah. Syazwanie segera menghentikan keretanya.

"Thanks Syaz. Aku keluar dulu." Izra keluar dari perut kereta dengan langkah yang terburu-buru sambil membawa barangannya.

Syazwanie tergeleng-geleng melihatnya. Kalut!

•—•—•

Setelah selesai urusannya di Mahkamah, Izra terus mengatur langkah kakinya ke bas stop walaupun sedikit jauh, dia tak ada pilihan.

Dia tak tahu kenapa malang betul nasibnya hari ini. Dia tak sempat nak order grab, telefonnya sudah gelap. Sempat juga dia selongkar beg tangannya itu untuk mencari powerbank, tetapi tak ada.

Izra lepaskan keluhan kecil lalu melabuhkan duduknya di tempat tersedia. Dia rasa nak menangis dengan nasibnya hari ini. Bermula daripada kereta yang tiba-tiba mogok, bateri telefonnya habis dan pengangkutannya untuk pulang ke rumah juga tidak kelihatan.

Mana teksi?

Paling tidak pun, bas. Tetapi ada ke bas yang akan berhenti pada waktu tengah hari seperti ini? Izra juga tak begitu pasti sebab dia tak tahu perihal itu.

Sudahnya, dia cuma duduk di situ sendirian.

'Patut ke aku pinjam telefon pakcik pengawal tu? Tapi aku nak call siapa ya? Pakcik tu ada app grab tak?' Suara Izra dalam hati setelah melihat susuk tubuh pengawal keselamatan dari jarak yang agak jauh. 'Tapi tak salah minta bantuan dengan dia, kan? Mana tahu dia ada solution.'

Izra terpaksa berpatah balik ke perkarangan Mahkamah demi ehsan Si Pakcik guard! Dia bangun dari duduknya dan tidak semena-mena matanya tertancap pada tiga jejaka yang sepertinya hendak menuju ke bas stop ini.

Dia buat enda tak enda sahaja. Mungkin mereka nak lepak kat sini. Lagipun tempat yang sedang dia berdiri ini adalah tempat umum. Jadi sesiapa sahaja boleh pergi.

Belum sempat Izra melintasi mereka, laluannya telah dihalangi oleh mereka. Izra pandang ketiga-tiga orang itu dengan pandangan matanya yang garang. "Ketepi!" Arahnya, kasar.

Mereka hanya menayangkan senyuman sinis dan tawa salah satu daripada mereka bergema. Lucunya dia lihat gadis ini sedang marah. "Kau nak ke mana, perempuan?" Dia menyoal kemudiannya sambil menilik lekuk wajah gadis di hadapannya ini.

Polos.

Itu sahaja yang dia nampak selain daripada kecantikannya. Dia tak nafikan, wajah itu cantik dan menarik perhatian para jejaka yang melihatnya.

"None of your business!"

"Tak perlu buang masa, Adem." Jejaka yang berdiri dihujung sana memberi isyarat mata kepada jejaka yang bernama Adem itu.

Pantas dan tangkas pergerakan Adem, dia menarik Izra dekat dengannya serta sebelah tangannya mengacukan sepucuk pistol di kepala gadis itu. Izra tak sempat bertindak apa-apa, tubuhnya berada dalam gengaman jejaka itu. "Jangan menjerit dan kekal diam." Arahan jejaka itu keras di cuping telinga Izra yang ditutupi dengan tudung.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadanpan mereka.

Tubuh Izra sudah menggigil ketakutan. Tubir matanya mengenang. Terasa nyawa berada di hujung tanduk. "Jangan menangis!" Jerkah salah satu antara mereka. Bahu Izra terenjut-enjut menahan esakan lalu tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta di hadapannya.

Mereka bergerak ke suatu kawasan yang berlatar belakangkan hutan. Kawasan tersebut sunyi sepi dan tiada sesiapa di sana kecuali mereka.

"Ahhh! Lepaskan aku!" Izra menjerit dan meronta buat kesekian kalinya. Dia duduk di tengah. Jejaka yang duduk di kanan dan kirinya sedang menahan dirinya.

"Kau tutup mulut dia, Carlos. Memekak aje dari tadi," arah jejaka yang duduk di bahagian hadapan.

"Kau bising lagi, perempuan. Aku tembak kepala kau," kata Carlos sambil tangannya lincah bergerak mengikat kain di belakang kepala Izra untuk menutupi mulut gadis itu.

"Ini ke tempat itu, Romi?" Adem yang duduk di sebelah kanan Izra menyoal dengan nada meminta kepastian.

Romi yang duduk di kerusi pemandu mengerling Adem dari pantulan cermin kereta. "Ya. Dia suruh kita tunggu dia di sini," beritahu Romi.

Dia dan tiga orang rakannya dibayar oleh 'seseorang' untuk menangkap seorang gadis dan membawanya ke lokasi yang sudah diberikan. Kemudian, mereka disuruh menunggu kehadirannya di sana dan memastikan si gadis tidak lari.

Mereka tak tahu sebabnya dan mereka cuma diberikan duit untuk menangkapnya dan buat apa yang disuruh.

"Marilah keluar. Isap rokok," ajak Romi kepada tiga orang rakannya itu.

"Perempuan ini macam mana? Nanti dia larikan diri. Kita yang susah."

"Ikat tangan dan kakinya," arah Romi lalu keluar dari perut kereta bersama Joni yang duduk di sebelahnya. Ditangan mereka sudah ada sebatang rokok dan mancis.

"Kau jangan berani keluar dari sini. Tak ada sesiapa datang selamatkan kau." Adem beri amaran setelah dia dan carlos selesai mengikat kaki dan tangan gadis yang mereka culik itu. Mereka juga sama-sama keluar dari perut kereta dan menyertai dua rakan mereka yang tengah seronok merokok.

Sementara Izra di dalam sudah mengamburkan tangisannya walaupun dia tahu menangis tidak akan dapat mengubah apa-apa. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan yang bukan kepalang. Ke mana dia akan dibawa selepas ini? Kenapa mereka cuma melepak di luar sana? Siapa yang culik dia sebenarnya?

Hanif!

Jejaka itu kah?

Tiba-tiba satu das tembakan bergema.

Dia takut.






•—TBC—•

Continua a leggere

Ti piacerà anche

239K 9.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.5K 521 9
Bismillah "Something is off..." -Yusuf Zayyad- "Kita dah kahwin sejak tahun lepas, Yusuf Zayyad " -Adkayra- Ketidak sefahaman demi ketidak sefahaman...
2.2M 132K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
122K 3.9K 25
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis belakang buku: Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebua...