MY LOVE [C] ✓

Por SM_441

3.9K 432 18

"Maira aku tahu aku playboy. Aku tak baik macam lelaki kat luar sana tapi aku promise dengan kau. Aku cuba un... Mais

Prologue
Mimpi? Again?!
Siapa kau?
Sorry! Not My Type!
Kenangan
Until Our Eyes Meet
The Truth
Finally
Promise
Result
Marriage
Secret
The Day
Amanah
Tell Me!
Keliru
Jumpa
Share
The Story Of The Past
Syarat
Thanks 71 readers
Traders Agent
Traders Agent Part 2
Pregnant?
She come back?!
She come back?! (pt.2)
Terpisah
MY LOVE
MY LOVE (pt.2)
MY LOVE (pt.3)
Explain
All
Ending
Ending (pt.2)
Epilogue (Last Chapter!)
Author Chapter!

Turki

77 9 0
Por SM_441

Setelah makan malam, Qamaira berjalan-jalan di sekeliling banglo. Harris terpaksa ke pejabat atas urusan kerja.

"Haih laki aku ni. Rumah besaq naw. Duduk nya dua orang je. Bosan dah ni. Ingatkan ada Maid. Boleh lah teman borak."

Qamaira melangkah ke kawasan taman landskap. Cantik bagaikan di istana. Penuh dengan bunga-bunga berwarna-warni. Matanya tertarik melihat satu pokok rumah yang terdapat di belakang landskap.

"Wah cantiknya. Kenapa dia tak bawak aku kat taman ni tadi?" Dia mengangkat bahu. Mungkin Harris busy Kut.

Dia duduk di satu bangku kayu berwarna putih. Tiba-tiba matanya tertutup akibat satu pantulan cahaya datang daripada bilik.

"Eh cahaya apa pulak tu? Lampu menyala pulak tu. Bukan tadi semua bilik gelap ke?" Dia dah mula rasa seram sejuk. Takkan lah ada hantu pulak nak mengacau dia sekarang ni.

Qamaira memberanikan diri untuk pergi ke bilik tersebut.

Dia masuk balik ke dalam rumah dan menekan butang lif ke tingkat 3.
Dalam hatinya berdoa semoga bukan hantu.

iPhone dia dah siap pegang. Senang dia nak telefon Harris nanti.

Qamaira berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menyala tadi.

Dia menolak pintu bilik dengan perlahan. Bila di lihat sekeliling tak ada apa yang mencurigakan.
Dia menarik nafas lega.

Bila dia nak tutup pintu bilik tu semula. Hatinya tergerak untuk melihat sekali lagi bilik tersebut.

"Ha? Apa ni?" Dia melihat bilik tersebut berwarna putih. Semua perabot di dalam bilik itu ditutup dengan kain putih termasuk katil.

Dia berjalan ke arah dinding. Ada satu frame besar digantung. Gambar seorang perempuan berambut panjang berwarna merah gelap berpakaian dress seksi berwarna hijau muda. Wajah gadis tersebut sangat cantik. Bentuk mukanya diamond,kulit nya cerah,matanya sepet.

Telinga nya dipakai subang permata berwarna hijau bersama rantai mutiara hijau.

"Apa semua ni? Kenapa ada gambar perempuan ni dalam bilik?" Tangannya bergetar-getar memegang satu lagi frame gambar bersebelahan dengan nya.

Gambar Harris dan perempuan tersebut berpakaian serba ungu gelap. Nampak senyuman Harris sangat menawan. Tangan Harris melingkari pinggang perempuan tersebut. Tangan perempuan itu berada di pipi Harris. Mereka nampak bahagia.

"BAM!!!!!!!"

Qamaira menoleh. "Apa awak buat dalam bilik ni?" Harris melihat wajah Qamaira yang penuh dengan air mata.

Harris menarik kasar tangan Qamaira. "Kan saya dah kata jangan masuk bilik ni! Kenapa awak degil sangat!" tengking Harris.

Qamaira terkejut. Belum pernah Harris menengking dia sebegini. "Ermm.. saya.."

"Saya cakap dengan awak jangan sesekali sentuh pintu bilik ni!" Harris memandang tajam Qamaira.

Qamaira menahan sebak. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Dia berlari ke bilik. Hatinya kecewa dengan tindakan Harris.

Harris menyandarkan badannya ke dinding. Dia memegang kepalanya. "Arghhhh! Serabut!" Dia menarik rambut nya.

Macam mana dia nak jelaskan semua benda ni. Dia tak sampai hati nak tengok muka Qamaira menangis. Sejak Qamaira berada di sisinya, gadis itu tak berhenti menangis.

Apakah ini tanda mereka perlu berpisah?

~.

Vernon menghempas fail di atas meja. "Sarah, dapatkan maklumat sekarang" Sarah menjawab di talian.

Vernon memicit kepalanya. Pening kepalanya dengan Harris.

"Benda ni bukan main-main bro. Maira kena tahu benda ni. Benda ni ada kena mengena dengan arwah."

Mereka berdua berbincang tentang Traders Agent. Harris mengeluh. " Entahlah bro,aku ni serabut fikir macam-macam. Maira kata dia ni bagi aku apa? Aku memang tak ada perasaan dekat dia even aku panggil dia sayang."

Vernon mengeluh. "Sabarlah bro. Kau bukannya bercinta sebelum kahwin. Percayalah cakap aku satu hari nanti kau akan rasa betapa manisnya bercinta selepas kahwin ni."

Harris menghembus nafasnya. Dia memerhati CCTV yang dia pasang di banglonya. Qamaira tak tahu pasal ni.

Dia nampak Qamaira berjalan ke taman landskap. Mulutnya tersenyum melihat wajah Qamaira yang duduk berdekatan di rumah pokok.

"Aku keliru bro. bila dia senyum aku pun senyum. Tapi rasa sayang cinta tu tak ada. More kepada perasaan abang sayang adik" Vernon melihat skrin komputer yang menunjukkan Qamaira sedang duduk di bangku.

Harris melihat Qamaira berjalan keluar daripada taman landskap, kamera lain menunjukkan Qamaira menekan lif ke tingkat 3.

Harris tidak senang duduk dah. Jangan cakap yang dia....

Harris bangun dari kerusi lalu dia mencapai kunci kereta.

"Eh Bro kau nak pergi mana? Kita tak habis discuss lagi ni. Woi!" Vernon melihat Harris berlari keluar daripada pejabat.

"Kenapa ni?" Dia mengerutkan dahi nya. Macam-macam sahabat seorang dia ni. Dia melihat kembali skrin komputer Harris. Dia terkejut melihat Qamaira menangis. "Apa yang berlaku sekarang ni?" Dia pun tak faham.

Harris mengetuk pintu bilik perlahan. "Maira bukak lah pintu ni." Qamaira menutup matanya. Dia mengendahkan suara Harris.

Hatinya masih sakit dengan sikap Harris yang tiba-tiba marah dia.

"Harris mengeluh. Dia berjalan ke dapur. Laci ditarik. Kunci spare diambil. Dia membuka pintu bilik dan menutup kembali.

Qamaira baring diatas katil dengan posisi mengiring. Harris duduk di birai katil.

Tangannya menyentuh bahu Qamaira tapi Qamaira mengelak.

Harris mengeluh. "I'm sorry"

Qamaira menahan air mata nya. Tu je? Punyalah tengking marah dia tadi sorry je? Qamaira menarik selimut ke wajahnya.

"Goodnight sayang" Harris bangun dari katil. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Qamaira tak faham kalau nak marah pun bagitau kenapa? Perlu ke tengking macam tu? Seumur hidupnya dia tak pernah ditengking.

Arwah ayah nya tak pernah kasar dengannya. Berbeza dengan Harris. Ayah nya seorang lelaki yang penyabar,baik dan penyayang.

"Ayah,Maira rindukan ayah. Kenapa ayah kena mati malam tu. Kenapa bukan Maira" dia menangis lagi kuat. Bantal di letak di wajahnya. Matanya penat lalu terlelap.

Harris menggoncangkan badan Qamaira. "Maira bangunlah." Qamaira membuka mata nya.

"Bangun. Mandi. Siap-siap" Qamaira menolak selimut. Dia memandang Harris yang memakai sweatshirt berwarna kelabu, selusr Jean berwarna biru, Beanie berwarna kelabu disarungkan ke kepala nya.

"Hmm" Qamaira cuba bangun tapi Harris menahan. "Sorry about last night" Harris mencium pipi Qamaira. "Saya tunggu awak dekat bawah."

Qamaira terpaku. Dia berasa geram dan marah dekat Harris. Dia bangun lalu melihat Harris menarik luggage mereka di bawa turun ke bawah.

Dia malas nak tanya. Masih marah lagi dengan Harris.

"Aku marah dekat dia bukan dia nak pujuk. Sebelum ni bukan main!" Dia menghempas pintu bilik air dengan kuat.

Harris menelefon Jay dan Brian.
" Hello,kurang tunggu kat Airport jelah. Aku dengan Qamaira datang kejap lagi."

Qamaira menurun tangga. Dia mengunci pintu. Harris melihat Qamaira memakai blaus pink berbunga kecil putih, seluar besar berwarna pink dan shawl satin berwarna putih. Di bahunya tergantung beg tangan berbentuk bulat.

"Tuan, Puan kereta dah siap" Harris mengangguk. " Jom sayang" Dia memegang tangan Qamaira. Qamaira menarik. Dia berjalan masuk ke kereta. Harris mengeluh.

Suasana di dalam kereta senyap.
Lelaki yang membawa kereta hairan. Semalam elok je borak-borak. Ni diam je.

"Kita dah sampai tuan" Mereka keluar dari kereta. "Terima kasih pak cik." Qamaira mengambil luggage nya dan meninggalkan Harris.

Harris memandang Qamaira yang meninggalkan dia. "Bahaya betul dia punya marah. Selalunya perempuan lain marah tanya kenapa tak pujuk dia,dia senyap je. Ya Allah" Harris menepuk dahinya.

Payah jugak dapat bini merajuk tapi jenis tak bising. Pendam je 24 jam.
Dia kena pujuk Qamaira jugak jawabnya. Kalau nak tunggu Qamaira, bila dia nak mengaku.

Dah salah kau Harris. Kenapa nak suruh dia minta maaf dekat kau!

Jay dan Brian sudah tunggu mereka di pagar pelepasan. Luggage diperiksa dan juga passport.

"Ni Jay dengan Brian. Diorang bodyguard saya" Jay memberikan senyuman kepada Qamaira. Qamaira membalas. Brian pulak hanya tersenyum.

"Puan Qamaira tahu ke kita nak pergi mana ni?" Jay cuba ramah dengan Qamaira. Sepanjang perjalanan dia dan Brian ke Airport, Harris cerita dekat dia yang Qamaira merajuk.

Jadi dia cuba lakukan yang terbaik supaya Qamaira tak merajuk lagi walaupun dia sendiri pun bujang lagi.

"Entah. Harris tak bagitau pun" jawab Qamaira. "Boss ni pun kalau busy pun janganlah sampai nak bawak bini pergi mana tak reti nak bagitau." Brian menggelengkan kepalanya.

Harris mengetap giginya. Eh budak berdua ni aku mintak tolong suruh pujuk dia bukannya perli aku.

"Panggil Maira je. Tak payah panggil saya Puan. Saya ni bukan macam Harris." Sindir Qamaira.

Harris terkesima. " Ha dah-dah jangan gaduh dekat sini. Tu kapal terbang kita dah nak berlepas dah tu. Jom" Jay menenangkan keadaan Qamaira dan Harris yang start nak bergaduh.

"Dekat Airport ni Encik Harris. Banyak orang record muka encik Harris ni." Brian memujuk Harris.

Harris melihat beberapa wanita dan pramugari di situ merakam wajahnya dengan Qamaira.

Nasib dia sebagai business man yang berjaya dekat Malaysia ni. Ini pun ada Jay dan Brian. Kalau tak dah kena serang dah ni!

Qamaira duduk di kerusi di dalam kapal terbang. Disebabkan first class, tak ramai yang berada di dalam kapal terbang. Dia meletakkan beg tangan nya di sebelah kerusi yang kosong.

Harris mengangkat beg Qamaira dan duduk di sebelah Qamaira.

"Awak buat apa kat sini? Banyak lagi kan tempat kosong" Qamaira bangun dari kerusi namun tangannya ditarik balik oleh Harris.

"Awak nak pergi mana. Nombor ticket awak dekat sini." Harris memandang Qamaira yang cuba mengelak daripada nya.

"Daripada saya duduk dengan awak baik saya duduk dekat pak cik tua tu lagi bagus tau tak!" Dia berpeluk tubuh. Mukanya di paling ke arah tingkap kapal terbang.

Harris mengeluh. " I'm sorry"

"Again?! Apa yang awak sorry? Cuba cakap?" Suara Qamaira sedikit kuat membuatkan Jay dan Brian pandang sesama sendiri.

Dah start dah!

"Saya tak boleh nak cakap masalah nya. Semua ni complicated awak tahu tak?!" Harris menjegil matanya kepada Qamaira.

Qamaira memandang Harris semula.
"Liar! You are a coward! Awak tak ingat ke saya cakap apa sebelum ni. Saya terima awak seadanya. Tapi bila awak dah tengking saya macam semalam saya..." Qamaira mengalir kan air mata.

Harris panik. Ha sudah! Nak marah ke nak pujuk ni. Harris kau mengalah jelah kali ni!

"Okay. Sorry pasal semalam. Saya tak sengaja. Janganlah nangis. Awak" kenapa aku pulak yang nak menangis ni.

Harris memandang Jay dan Brian. Diorang berdua menepuk dahi.

Boss-boss, nak kahwin sangat tapi nak pujuk bini pun tak reti. Macam manalah dia boleh jadi Playboy ni!

Istanbul, Turki

Lebih kurang 11 jam mereka berada di dalam kapal terbang.

Bandar Istanbul kelihatan sesak dengan orang ramai yang keluar bersarapan. Qamaira memegang perutnya yang berkeroncong.

Dalam kapal terbang tadi dia cuma menjamah sedikit roti dan air mineral.

"Nah" Harris menghulurkan sebungkus roti kepada Qamaira. Qamaira mengerutkan dahi nya.

"Nak ke tak? Kalau tak saya makan" Dia membuka bungkusan roti lalu disua ke mulut namun Qamaira sempat merampas roti.

Harris tersenyum melihat Qamaira menikmati roti sambil menunduk.

"Marah lagi tak?" Qamaira mengetap bibirnya. "Tak" Harris mendekatkan sikit telinga nya ke arah Qamaira.

"Apa? Tak dengar lah Jagiya?" Qamaira terkejut. "Jagiya?"

Jagiya= Baby atau panggilan comel untuk girlfriend atau isteri.

Merah muka Qamaira. Dia mengigit-gigit hujung roti.

"Ha ah,Jagiya. In Korean." Harris tertawa kecil. Comel bila pipi Qamaira yang tembam tu merah.

"Dah habis makan belum?" Qamaira mengangguk. Plastik roti Harris ambil lalu di lipat dengan kemas. Dimasukkan di dalam poket.

Eh kenapa dia tak buang?

"Awak? Kenapa awak tak buang plastik tu?" Harris mengusap kepala Qamaira. " Cuba tengok. Ada tong sampah tak?"

Qamaira melihat sekeliling nya. Eh tak ada tong sampah?

"Sebab negara Turki tak letak tong sampah di tempat awam. Mereka banyak buang sampah di rumah masing-masing." Qamaira mengangguk faham.

"Awak tak pernah pergi Turki ke?"
Takkanlah Qamaira yang berketurunan Turki ni tak pernah balik kampung dia langsung.

"Tak pernah. Selalunya büyükanne dengan büyükbaba yang balik Malaysia. Ayah dengan ibu selalu busy."

Mereka menaiki kereta milik syarikat Harris yang baru tiba di perkarangan Istanbul Airport.

"Buyu? Ke buyung? Mana ada mak buyung kat Turki ni.Apa tu?" Qamaira ketawa. Comel muka Harris bila dia keliru.

" büyükbaba tu maksudnya atuk dan büyükanne maksud nya nenek dalam bahasa Turki. Diorang tinggal dekat  Istanbul."

"Ouh yeke,awak memang pandai cakap bahasa Turki eh?"

Qamaira mengangguk. " Tapi dengan atuk nenek saya je sebab ibu pun sejak duduk Malaysia dia jarang cakap bahasa Turki. Dia lebih suka bahasa Melayu."

"Cuba ajar saya sikit perkataan famous bahasa Turki?" Dia sebenarnya tak tahu yang Qamaira boleh berbahasa Turki.

Kagum dia dengan kebolehan isterinya.

"Hmmm jap saya fikir... Ha!"
Qamaira mengukir senyuman nakal. Aku nak kenakan kau ni. Aku tak habis lagi nak marah kau.

"kendimden nefret ediyorum!"
(i hate myself!)
Harris membuat muka pelik.

"Macam mana nak menyebutnya sayang. Payah lah bahasa dia!" Harris mencubit pipi Qamaira.

"Alah try lah!" Paksa Qamaira.
Dia tak tahan nak tergelak dah ni.

"Okay. Hmm kendi.. asal macam bendi je...errr ediyorum!" Qamaira ketawa besar.

"Hahaha ya Allah! Kelakar lah awak ni!" Dia memengang perutnya yang senak.

Harris turut ketawa. Dia tak faham tapi dia cuba jugak. "Tapi kan apa maksud semua perkataan tu?"
Qamaira cuma mengangkat bahu.

~.

Mereka sampai di Marmara Guesthouse.

"Welcome to Istanbul Mr. Hariss and Miss Qamaira!" Sahut seluruh pekerja di situ.

Qamaira terpegun apa lah laki dia ni buat sampaikan satu pekerja hotel ni beratur dekat depan pintu hotel untuk sambut diorang.

"Awak,kenapa diorang ni sambut kita macam ni" Qamaira memegang lengan Harris. Takut pula dia berjalan di barisan pekerja Turki yang besar-besar badan diorang.

"Hotel ni Papa punya" Qamaira ternganga. What!!!

"Mulut tutup sayang. Nanti saya cium" Harris senyum kepada semua pekerja di hadapan mereka.

Qamaira dengan segera menutup mulutnya. Dan lagi mengusik.

Seorang lelaki berpakaian segak menyambut kedatangan mereka di lobi hotel.

"Welcome to our hotel Mr. Harris and Miss Qamaira. I hope you guys enjoy your flight from Malaysia to Istanbul" Lelaki itu berjabat tangan dengan Harris.

Harris menyambut. "Thank you Mr. Mahmet. Yes we really enjoy our ride"

Qamaira melihat hotel tersebut.

Cantik! Dihias serba merah.

"Your wife seem like to look our place? My workers gonna take you two to room" Harris mengangguk.

Qamaira tersenyum melihat satu kolam renang yang dipenuhi dengan beberapa orang dewasa dan kanak-kanak.

Mereka sampai Istanbul pun dah dekat senja. Jadi Harris buat keputusan untuk berehat dulu.

Harris mengimbas kad mereka di pintu bilik hotel.

Bilik berwarna putih dan dilihat atas dua bathrobe dan tuala mandi diletakkan di atas katil.

Kelopak bunga ros di susun menjadikan perkataan dibentuk.

"Congratulations Harris & Qamaira"

Mereka berdua berpandangan sendiri.

Diorang ingat mereka datang Turki sebab nak honeymoon ke?

Harris baru je jelaskan kenapa diorang datang ke Turki adalah syarikat cawangan mereka di sini mempunyai beberapa masalah yang tak dapat diselesaikan kecuali Harris je yang boleh settle kan.

"Hmm.. diorang salah faham ni" Qamaira menggaru kepala nya.

Harris membuka pintu bilik air. Ada satu shower dan tab mandi.

"Awak rehat lah dulu. Say kena pergi company" Harris meletakkan kad bilik hotel atas meja.

Qamaira menyelak langsir untuk melihat pemandangan di hadapan bilik hotel mereka.

"Wow!" Harris berdiri di sebelah Qamaira yang sudah kagum dengan pemandangan di hadapan mereka.

"Kenapa? Wow..." Laut Marmara terbentang luas dan dari jauh mereka nampak Aya Sofia mosque or Hagia Sophia mosque.

"Cantiknya. Pandai kan saya pilih hotel" leh angkat bakul masuk sendiri betul laki aku ni.

"Hmm, yelah awak tu semua nya pandai tak ada pun yang tak pandai" Qamaira memandang Harris yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Hehe,saya pergi dulu tau,kalau awak nak makan call je room services. Nanti diorang hantar. Sini banyak makanan halal." Dia menyarung kot ke badannya.

Cuaca di Istanbul agak sejuk walaupun belum winter lagi.

"Awak tak nak makan dulu ke? Awak tak makan lagi daripada tadi" walaupun dia tidur di atas kapal terbang tadi, dia perasan yang Harris tak makan makanan yang pramugari tadi sediakan.

Harris tersenyum. 'marah-marah pun care jugak bini aku ni'

"Okay says akan makan tapi dengan syarat. Pasal semalam.."

"Tak apa kalau awak tak sedia lagi. Lagipun saya ni isteri awak atas kertas je." Qamaira tak nak paksa Harris.

"Tak,serius saya dah sedia." Harris menarik Qamaira duduk di birai katil.

"Saya tahu saya salah. Saya tak patut tengking awak macam tu." Qamaira nampak wajah Harris ikhlas untuk bagitau untuk semua ni.

"Okay kalau awak rasa awak salah cerita dekat saya, siapa perempuan dalam gambar tu?"

Soalan yang menyesakkan dada Harris. Harris tersenyum nipis.

Payah betul banyak rahsia ni.

"Okay sebenarnya perempuan tu Jessica and yes dia perempuan simpanan saya" Qamaira terkejut.

"What?" Harris memengang wajah Qamaira.

"Look dear,itu dulu. Sebelum saya balik dari Korea. Saya memang ada contact dia masa dekat Malaysia. Tapi tu dulu. DULU! Sekarang ni saya cuba untuk lupakan dia. Dia bukannya perempuan simpanan saya je,dia perempuan pertama saya sayang lebih daripada perempuan yang saya pernah tidur sebelum ni."

Qamaira tak tahu nak respons macam mana. Nak marah tu kisah silam dia. Harris dah jadi husband dia dah pun.

Qamaira menarik nafas dalam-dalam.
"Okay habis tu kenapa awak marah saya sangat malam tu? Yang awak cakap sorry je"

Harris mendengus perlahan. " Sebab saya tak nak awak rasa saya ni stay lagi playboy. Saya cuba nak buang dia dari hidup saya. Tapi bila saya nak buang semua benda pasal dia dalam bilik tu saya rasa serba salah"

"Serba salah sebab?"

"Sebab nya papa yang halau dia keluar daripada rumah saya. Saya cuba terangkan dekat papa saya yang Jessica tu bukan macam perempuan sebelum ni. Tapi dia tak percaya. Jadi kitaorang putus dan Jessica disahkan meninggal dunia disebabkan kemurungan." Qamaira terkejut.

Sampai macam tu sekali!

"Sebab tu saya minta maaf sangat,hati saya sekarang susah nak buka untuk orang lain. Dia mati disebabkan saya"

Qamaira tak sangka Harris banyak menerima kematian berbanding dirinya.

Harris yang terkenal dengan sikap peramah dan tegas dalam kerja rupanya mempunyai kisah hidup yang menderita.

'Awak kena tahu satu je Harris. Saya pun terluka juga'.


Continuar a ler

Também vai Gostar

3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
63.3K 633 12
Blurb di bahagian akhir bab. Belum edit di wattpad #startwriting3mac-27Apr20 #coverbyme #8th karya
2.5K 827 14
Special thanks to Caelum Award for this cover. Im really appreciate this! book cover by @CaelumAward Tidak terlepas dari kegelapan menyelubungi jiwa...
119K 3.1K 35
Bercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan b...