MY LOVE [C] โœ“

By SM_441

3.9K 432 18

"Maira aku tahu aku playboy. Aku tak baik macam lelaki kat luar sana tapi aku promise dengan kau. Aku cuba un... More

Prologue
Mimpi? Again?!
Siapa kau?
Sorry! Not My Type!
Kenangan
Until Our Eyes Meet
The Truth
Promise
Result
Marriage
Secret
The Day
Amanah
Tell Me!
Keliru
Turki
Jumpa
Share
The Story Of The Past
Syarat
Thanks 71 readers
Traders Agent
Traders Agent Part 2
Pregnant?
She come back?!
She come back?! (pt.2)
Terpisah
MY LOVE
MY LOVE (pt.2)
MY LOVE (pt.3)
Explain
All
Ending
Ending (pt.2)
Epilogue (Last Chapter!)
Author Chapter!

Finally

95 18 0
By SM_441

"Terima kasih pak cik" Qamaira keluar dari Grab yang dinaiki nya.
Kakinya menuju satu bangunan tersergam megah di kawasan tengah-tengah Kuala Lumpur.

"Bapak lah besar nya. Kalah company ayah" Qamaira menunju ke pintu utama. Di hadapan pintu berdiri empat orang lelaki yang bertubuh sasa. Semuanya lengkap bersenjata.

Teragak-agak dia nak menegur. Muka pun tak senyum mana tak nya!. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menuju perlahan ke arah lelaki-lelaki tersebut.

"Err.. maaf saya nak tanya"
Salah seorang daripada lelaki yang berada di situ mengalihkan pandangan ke arah Qamaira.

"Ye cik,ada apa saya boleh tolong? Ada buat appointment ke?" Walaupun muka serius suara lelaki tersebut kedengaran agak sopan.

"Yes, saya Qamaira. Saya datang-" Belum sempat dia nak menyambung bercakap lelaki tersebut mengarahkan dia meletakkan tangan di satu papan yang nampak berteknologi tinggi.

"Cik, tolong letak tangan cik dekat skrin ni." Pinta lelaki tersebut.

Qamaira meletakkan tangannya di skrin lalu mesin itu berbunyi.
"Welcome Miss Qamaira to H&H company."

"Oitt mak kau mesin ni bercakap!" Qamaira terlompat ke belakang.

Semua orang yang berada di luar syarikat tersebut memandang ke arah nya.

Serta-merta pipinya merah.
Malu weh semua orang pandang kau lepas kau melatah.

Dua lelaki di hadapan pintu utama tadi menahan ketawa. Belum pernah lagi orang datang ke company ni melatah. Qamaira orang pertama.

"Miss welcome to our company. Nanti akan ada Cik Bunga yang akan mengiringi Cik ke pejabat Tan Sri Herman." Lelaki tersebut cuba memberitahu arahan sambil menahan ketawa.

Qamaira tersengih-sengih lalu mengangguk dan masuk ke dalam bangunan tersebut.

"Cik Maira" suara lembut menyapa dirinya. Ada seorang perempuan berpakaian blaus putih, skirt pendek berwarna hitam, disarungkan blazer berwarna hitam, rambut nya berwarna coklat halzenut diikat rapi.

"Yes?" Qamaira berjalan perlahan ke arahnya. Dari jauh di dapat meneka ni lah cik Bunga yang dimaksudkan lelaki tadi. Amboi kemain lawo nya.

"Saya Bunga,jom saya hantar cik Maira ke pejabat Tan Sri"
Qamaira mengikut langkah Bunga.

"Cik Bunga saya nak tanya boleh?"
Bunga berhenti kan langkah nya. Dia menoleh ke belakang. "Of course Miss Maira. Apa dia?"

Qamaira memerhatikan seluruh kawasan syarikat tersebut. Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk ke hulu ke hilir melakukan tugasan.

"Tan Sri memang ada dekat sini ke? I mean Malaysia. Setahu saya dia sepatutnya lagi 3 minggu dekat London."

Dia tahu pun bila dia membelek satu majalah di perpustakaan. Entah kenapa hati nya tertarik nak mengetahui kisah Tan Sri Herman.

"Yes, memang betul dia ada kat sana lagi tapi dia balik pun sebab anak dia" Bunga mengeluh.

Kalau dia jadi anak Tan Sri Herman,dia takkan buat hal macam Encik Harris. Menyusahkan je tahu.

Qamaira hairan. Kenapa Cik Bunga ni nampak risau bila dia sebut pasal anak Tan Sri Herman.
Teruk sangat ke dia?

"Kenapa cik Bunga? Saya ada salah cakap ke?" Bunga menggeleng kepala nya.
Dia mengukir senyuman nipis.

"Eh tak adalah, cuma saya kecewa bila perangai Encik Harris macam ni. Saya ni bukan nak kutuk anak boss sendiri tapi perangai di Allahuakbar"

Qamaira menelan air liur kesat. Ah sudah berat benar nampak nya Encik Harris ni. Wait! Harris? So tu lah namanya. Hmmm.. interesting.

"Saya tahu cik Bunga bukan jenis suka gossip-gossip ni. Tapi saya nak tahu jugak teruk sangat ke Encik Harris ni?"

Bunga menekan butang lif, apabila pintu terbuka dia dan Qamaira langkah ke dalam lif. Butang 12 di tekan.

"Teruk tu tak adalah teruk mana cumanya encik Harris tak macam ni sebelum mama dia meninggal. Setahu saya dia seorang yang happy go lucky, funny,lemah lembut cakap nya"

Qamaira tersentak. Jadi Mana Harris dah meninggal. Segera dia mengucap kalimah Innalillahiwainnalillahirajiun dan sedekah Al-Fatihah kepada isteri Tan Sri Herman.

Kini dia tahu kenapa Harris jadi sebegitu.

"Miss Maira kita dah sampai." Bunyi lif mematikan lamunan nya.
Qamaira mengikut Bunga ke satu bilik yang bertanda kan papan
'Tan Sri Herman'

"Tan Sri,Cik Maira dah sampai" Bunga mengetuk pintu bilik dengan perlahan dan membuka nya.

Tan Sri Herman yang sedang membelek fail mengangkat kepala. Apabila matanya melihat tubuh badan Qamaira,dia tersenyum lebar.

"Thank you Bunga. Maira, masuklah"
Bunga mengangguk lalu meninggalkan Qamaira dan Tan Sri Herman di dalam bilik tersebut.

Qamaira melabuhkan punggung nya di atas sofa.

Bilik pejabat yang kemas, bertemakan warna putih. Terdapat satu meja yang dimana Tan Sri Herman duduk,almari fail,ruang solat dan pasu yang terdapat bunga palsu berwarna merah jambu di dalam nya.

"Maira sihat?" Tanya Tan Sri Herman.

"Alhamdulillah sihat Uncle. Uncle tahu kan sebab apa Maira datang kemari ni?"

Tan Sri Herman mengangguk. Dari hari pertama dia berjumpa Qamaira ada satu perangai yang membuatkan Tan Sri Herman merasakan Qamaira lain daripada yang lain. Tudung nya sentiasa labuh.

'og course uncle tahu. Kejap nya" Qamaira memerhatikan Tan Sri Herman berjalan ke arah meja nya semula. Salah satu gagang telefon diangkat.

"Bunga, panggil dia masuk"
Qamaira berdebar-debar. Siapa pulak yang nak dia jumpa ni?
Tak mungkin! Hatinya berdebar kencang. Tangannya berpeluh.
'Maira you can do it!'

Sebelum Qamaira datang ke H&H company...

Harris meneliti fail di hadapannya.
" Aryan" Aryan memandang ke arah Harris.

"Yes bro? Anything can I help?"
Dia dah tahu kata Harris panggil tu maksudnya dia perlukan bantuannya.

"Tolong cari maklumat lebih lagi tentang Kevin termasuk projek terbaru dia. Satu pun jangan terlepas. Faham?" Tegas Harris.

Dia akan pastikan musuh ketat nya tak terlepas kali ini.
Selama bertahun-tahun dia menjejak langkah Kevin dan orang-orang suruhan nya untuk mengetahui apa lagi yang Kevin lakukan.

Telefon bimbit Harris berdering. Tangan kanan nya mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan kiri nya pula sibuk menekan di skrin iPad.

Bila dia melihat Id caller matanya tersembul keluar.
"Weh korang diam-diam!"
Dia mengarahkan beberapa orang suruhannya dan Aryan yang berada di bilik itu diam.

Aryan memandang pelik wajah kawannya. "Asal bro" mata Aryan membuat isyarat.

Harris membalas dengan menunjuk skrin iPhone nya ke arah Aryan. Mukanya mula berkerut-kerut.

Aryan menahan ketawa.

"Hello pa" Harris menahan debar. Mampus aku weh. Apa aku nak jawab ni kalau papa tanya aku kat mana.

"Hmmm,Kamu kat mana? "
Harris berjalan ke arah tingkap bilik tersebut. "Ada kat rumah. Kenapa pa?"
Harris menggigit bibir nya.

Papanya memang tak tahu kegiatan dia dan kawan-kawannya yang lain tentang Kevin. Dia tak nak papanya risau. Cukup lah apa yang berlaku sebelum ni.

"Okay,papa dah ada kat pejabat. Nanti datang. Ada hal sikit" suara dingin Tan Sri Herman membuatkan Harris lagi berdebar-debar.
Kantoi ke aku bawak balik Jessica kat rumah. Aduhh!

"Okay pa, bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" selepas Tan Sri Herman mematikan talian, Harris terjelepuk ke lantai bilik tersebut.

"Eh Bro! Kau okay tak?!" Cemas Aryan dibuatnya. Dari tadi dia perhatikan riak muka Harris. Macam ada tak kena ni. Ke kantoi!

"Aku okay,weh aku rasa aku menyesal bawak balik Jessica kat rumah. Dia tahu weh" Aryan menepuk dahi Harris.
Harris mengaduh sakit.

"Ha padan muka kau,kan aku cakap dengan kau kalau kau nak ehem-ehem dengan mana-mana perempuan pun aku tak kisah tapi jangan bawak balik rumah!"

Aryan menahan debar. Bukan je Harris yang kena sembur nanti,dia-dia sekali kena.

"Sorry lah bro,aku ingatkan bodyguard dia tak ikut aku dia tak tahu pasal ni" Dia menghela nafas berat.

"Bro,aku rasa stop lah buat perangai macam ni. Kalau kau tak kesian kat diri sendiri pun kesian lah kat Arwah mama kau. Mesti dia sedih kalau dia tahu kau buat macam ni"
Aryan menasihati Harris.

Dia tahu Harris tak macam ni dulu. Berbeza daripada dulu.

"Aku tak boleh bro. It's not easy."
Harris meraup mukanya kasar. Rambutnya dah serabai. Dia dahlah serabut dengan Kevin lagi. Hal syarikat lagi dan paling dia risau hal apa yang papa dia nak cakap ni.
Dengar macam serius.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ketukan di pintu kedengaran. Apabila pintu terbuka hati Qamaira berdegup kencang. Eh tak Maira sekarang ni jangan kata kau suka kat dia.
Cool Maira! Namjoon kau nak letak mana!

Dan lagi fikir macam tu.

Lelaki berketinggian 18.9 cm, berkulit cerah,bermata sepet,rambut berwarna hitam,kemeja biru gelap dan seluar slek terletak kemas di badan. Lengan kemeja dilipat hingga ke siku menampakkan lelaki itu agak hot.

Ok... Maira stop!

"Pa" Wajah Tan Sri Herman dipandang Qamaira. Terkejut dia! Wajah Tan Sri Herman tidak ada secalit pun senyuman. Cuma renungan tajam. Belum pernah dia melihat wajah Tan Sri Herman serius macam ni.

"Harris masuk,duduk" dengan segera dia mengambil tempat di sebelah sofa yang kosong.

Matanya memerhati seorang gadis yang agak swag. Mana taknya gadis tersebut memakai Hoodie berwarna hitam,seluar hitam,sneaker berwarna putih,tangan kirinya memakai gelang berwarna silver. Di tengah gelang ada huruf  "Q". Tudung sarung terletak kemas di kepala gadis tersebut.

Bila dia pandang wajah gadis tersebut............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

'weh cantiknya mata dia!', Harris tak perasan yang mata dia dah membulat. Habis hilang mata sepet dia tadi. Maklumlah anak kacukan Korea ni mata memang sepet. Yang dia geram mata gadis tersebut bukan coklat tapi hijau.
Ke contact lens?
Tapi nampak original.

Sedang Harris berdebat kecantikan Qamaira di dalam kepalanya,dalam diam Tan Sri Herman tersenyum.
Nampak nya rancangan jadi mudah.

"Maira ni Harris,anak uncle" Qamaira memandang lelaki tersebut dengan pandangan yang sungguh misteri.
'handsome jugak'

"Ermm....okay" Tan Sri Herman tertawa kecil melihat muka mereka berdua sudah merah padam. Dua-dua pemalu rupanya.

Harris terkejut. Dia sudah lama tak melihat bibir Tan Sri Herman mengukir senyuman. Last dia tengok sehari sebelum mamanya meninggal dunia.

"Harris papa ada hal nak bagitau ni" Harris memandang wajah Tan Sri Herman.

"Yes I know but apa kena-mengena perempuan ni ?"

Qamaira memandang geram ke arah Harris. 'wah betul lah apa Cik Bunga cakap tadi. Harris ni berlagak,eh nasib baik kau tu handsome tau kalau tak dah lama aku lari gi Korea mintak Namjoon masuk meminang'
Herdik hatinya.

"Hal yang papa nak bincang ada kena mengena dengan Maira atau nama dia Qamaira" Bulat mata Harris bila nama gadis itu disebut oleh papanya.

'tak mungkin! Tak mungkin dia Qamaira!'

Hatinya berdebar. Fikiran dia teringat satu benda.
Yes,janji itu.
Janji itu ada lah gadis yang berada di hadapannya kini.

A/N: I'm trying to update faster
Thanks for read and vote!

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 830 14
Special thanks to Caelum Award for this cover. Im really appreciate this! book cover by @CaelumAward Tidak terlepas dari kegelapan menyelubungi jiwa...
14.8K 1.1K 50
Siapa saja yang dapat mengerti kemanisan yang tersembunyi disebalik pahitnya kopi.
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
901K 36.7K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...