Leal ©

Od fartiraz

15.1K 2.8K 832

2021 UA Highschool series leal /liːl/ • loyal and honest. "You betrayed everyone." [Kisah Farhah, seorang... Více

prologue
i: Astar
ii: Aldari
iii: Farhan
1; new student
2; Where everything start
3; undercover
4; Why, not me?
5; wake up
6; come back
7; The Bloody Night
8; back to normal
9; Tolong
10; forsworn oneself
11; which is which
12; department 100
13; It is what it is
14; the top 10
15; somewhere in these eyes, im on your side
16; before the ending
17; the one that we trust
19; apologies
20; little promise
21; why am i here?
22; everything just for this ending?
23; i end up all alone but i still keep hoping
epilogue
leal sequel
new leal's era

18; the betrayer

354 86 32
Od fartiraz

[chapter playlist]
As the world cave in - Sarah (cover)

Play this while reading x)

¦Anyway i drew farhah on header check it out bestie ≥﹏

"Everything was so sweet, untill you try to kill me. Remember?" Farhan melambai tangannya ke arah angah dan Aldari. Kemudian dia melompat dari rooftop sebelah sana datang ke sini, Aldari dah angkat pistol cuba untuk menembak Farhan yang sedang melangkah ke arahnya.

"Tembak Tengku, tembak."

"Biar kasi jadi mati betul-betul kali ni." Farhan berjalan sambil mendepakan tangannya, aku masih kaku tak bergerak terkejut dengan apa yang aku nampak depan mata.

Tak fikir panjang Aldari lepaskan satu tembakkan, laju Farhan menunduk. Satu tawa dia lepaskan.

"Kau betray aku macam mana sekali pun," Farhan mendekati Aldari, kakinya laju menyepak tangan lelaki yang sedang mengacukan pistol ke arahnya itu. Pistol terbang ke udara, lalu disambut oleh Farhan.

"Kau tetap Aldari." Pistol diacukan tepat pada dahi Aldari pula,

"Farhan!" Dua das tembakkan Farhan lepaskan ke arah kanannya tanpa menoleh, matanya masih tajam merenung Aldari. Dapat rasakan aura marah dalam dirinya yang membara-bara.

Drac yang cuba menbak Farhan tadi sudahpun jatuh tersungkur, mungkin mati. Farhan mematikan renungannya, kepala ditolehkan memandang angah yang sudah berdiri.

"Apa yang kitorang dah buat dekat angah?" Angah mendongak kepalanya memandang langit, terus sepi keadaan rooftop ini.

"Tak payah nak bising," dia kembali memandang Farhan yang berada di hadapannya, "bunuh diorang hari ni jugak."

Laju Farhan tarik lengan aku untuk menunduk, satu das tembakkan dilepaskkan oleh Aldari arah aku.

"Kau serious?" Aku mula berang, lupa dah dia kawan ke bukan. Marah aku pada Aldari tak boleh dibawa main, aku kembali berdiri, Farhan tarik aku duduk belakang badan dia.

"Jangan jauh dari aku." Satu das tembakkan dia lepaskan arah langit, untuk apa tak tahu. Dua pucuk pistol aku keluarkan dari saku seluar, dia minta lawan,

Kita bagi.

Terus lelaki ramai-ramai tadi datang cuba menyerang kami,

"Tahan dalam 5 minit." Farhan memberi arahan, aku cuma angguk kepala tanda faham arahannya.

Tak fikir panjang terus aku tembak je siapa yang datang dekat, kepala aku rasa pedih. Bila pusing belakang nampak ada sorang lelaki baru lepas ketuk kepala aku pakai botol kaca.

Aku baranlah apa lagi, orang tengah marah dia tambah marah lagi. Terus aku angkat kaki sepak kepala dia, sorang lagi yang datang dari belakang aku sikukan. Terjatuh golek-golek member, nak jadi gengster tapi kena pukul sikit terus jatuh. Apo.

Mata aku meliar cuba untuk cari Aldari, dia tu aku nak kerjakan dulu. Patut mati je budak tu, memang tengok muka dia aku rasa nak bunuh orang je sekarang ni.

"Farhah!" Farhan lepaskan dua das tembakkan arah aku yang sedang mengelamun, terjatuh dua orang lelaki yang ada belakang aku.

Wah, wake up Farhah. Kawal sikit marah tu.

"Uit awek."

"Awek otak lu." Aku acukan pistol arah lelaki yang berjalan arah aku ini, cuba untuk lepaskan tembakkan, "ah shit."

Masa-masa macam ni pulak nak habis peluru, nak reload sekarang macam tak sempat.

"Bang! Tolong reload!" Terus aku campakkan pistol tersebut arah Farhan, satu lagi pistol yang tinggal ini aku cepat-cepat reload. Sempat aku lari dulu dari lelaki bodoh tu pergi dekat Farhan.

"Nah, nah." Farhan pulangkan kembali pistol yang aku campak pada dia tadi, aku duduk belakang Farhan. Ah sudah.

"Nak buat apa ni?" Memang tak nampak peluang untuk selamat, kami dah kena kepung dengan mereka semua dalam bentuk bulatan. Sempat ni kalau nak lafazkan kalimah syahadah sebelum mati.

"Sekarang kita tunggu."

"Tunggu otak lu," Farhan tarik lengan aku untuk menunduk, tepat je masa kami tunduk tu terus terdengar banyak bunyi tembakkan dilepaskan oleh beberapa orang.

"Gerak! Gerak!" Aku kembali berdiri, sorang lelaki yang halang jalan aku, aku tumbuk tak fikir panjang. Nampak dalam 10 orang atau lebih lelaki datang dari arah rooftop yang Farhan datang masa mula-mula tadi.

"Farhah okay?!" Salah seorang dari mereka bertanya lama otak aku cuba nak berhubung nak fikir siapa yang tanya ni.

"Along?"

"Pergi cari Aldari dulu, yang lain biar kitorang settle kan." Along terus potong percakapan aku, mungkin sekarang bukan masanya untuk bertanya dan sesi sakit kepala otak kenapa diorang semua ada dekat sini.

Mata aku meliar cuba mencari kelibat Aldari, ramai sangat manusia atas rooftop ni tengah berlawan sana sini. Susah nak nampak.

Tiba-tiba mata aku ternampak Aldari baru lepas keluar dari rooftop, laju aku tarik lengan Farhan yang sedang bergelut untuk dapatkan Aldari.

"Kejar Aldar." Aku bersuara sambil menunjukkan kelibat Aldari, Farhan hanya diam mengikut.

"Tengku Aldari, kau nak pergi mana?!" Aldari menoleh, dia tersenyum kecil sebelum berlari memasuki ruang-ruang kecil yang ada dalam bangunan terbiar ini.

Amarah aku semakin menjadi-jadi, pistol yang ada di tangan aku acukan tepat arah Aldari.

"JANGAN!" Farhan merampas pistol di tangan, dia menarik tangan aku untuk terus kejar Aldari. Lelaki yang mati hidup balik ni,

Still tak nak sakitkan kawan dia yang cuba nak bunuh dia? Bodoh.

"Dah, kau dah tak boleh lari Aldari." Kami tiba di jalan mati, Aldari menoleh kepala kiri kanan cuba untuk cari jalan.

"Alah, mana je aku pergi mesti end up dekat bawah korang jugakkan?" Aldari diam seketika dia kemudiannya mengangkat kedua belah tangannya.

"Aldari, kenapa kau buat semua ni?" Farhan cuba untuk berbincang, aku hanya diam memandang mereka.

"Sebab aku yang nak?"

"Aldari, kita dah kenal dari kecik kenapa kau sanggup buat kitorang macam ni?" Aldari ketawa besar, tangannya diletakkan di perutnya.

"Sebab apa yang aku dapat tak pernah cukup Farhan, ya. Aku tamak, aku buat semua ni sebab aku nak. Aku suka bila tengok korang sedih. Kau..kau tak faham ke?" Aldari bercakap macam orang hilang pedoman, dia kemudian angkat kepala memandang Farhan yang ada di hadapannya.

"Aku buat semua ni sebab saja-saja. Seronok." Aku pula mula panas, pistol satu lagi aku keluarkan dari saku seluar. Lantak. Farhan nak marah ke apa, biar member ni mampos senang lagi hati aku,

"Word can't describe how much I hate to dee your face here." Aku acukan pistol tersebut tepat pada dahi Aldari, Farhan masih lagi kaku tidak bersuara. Mungkin dia tak percaya apa yang baru lepas keluar dari mulut rakannya itu.

"Betrayer." tiba-tiba tempat ini mula berasap, Aldari tersenyum lebar sebelum dia mula hilang di dalam asap tersebut. Farhan laju menepis tangan aku, tercampak jauh pistol yang ada di tangan.

Aku ternampak satu susuk tubuh lelaki yang sangat dikenali, tahu yang Farhan juga nampak. Farhan masih diam,

"I'm so sorry." Astar berlari bersama Aldari lepas berbisik perlahan pada Farhan, tak nampak riak wajahnya kerana keadaan yang berasap ini.

"Astar too?" Farhan bersuara perlahan, terus dia jatuh melutut. Mungkin betul-betul tak boleh percaya apa yang baru terjadi ini.







.
.
.












First person pov.

"Bagi aku kunci underground tu sekarang." Kakinya diletakkan atas kepala ketua semut-semut yang dia dan konco-konconya baru lepas kerjakan tadi. Nak lari dari police? Langkah mayat abang dulu.

"Cepat, tempat tu dalam seminit nak meletup." Kunci yang ada di tangan lelaki yang dia belasah itu dia rampas, laju mereka semua lari ke arah kelab malam yang telah disetkan bom tersebut.

"Eh, kau ambik dia ni." Sorang pemuda lelaki dia tunjukkan pada anak buahnya,

"Dia ni?"

"Haah, cepat angkut dia masuk dalam." Dalam 10 orang atau lebih konco-konco lelaki itu hanya mengikuti arahan ketuanya, mereka berjalan dari laluan bawah tanah ini untuk masuk ke dalam kelab malam yang tak lama lagi akan meletup ini.

"Ni eh?" Pintu yang ada atas kepalanya diketuk, tangan laju cuba bukak kunci. Nasib menyebelahi dirinya, cepat-cepat lelaki itu membuka pintu bawah tanah tersebut, terus dia melompat keluar.

"Along?"

"Shhh..." Tangan diletakkan di mulut, lelaki yang dia belasah tadi dia tarik keluar dari bawah tanah.

"Eric, pergi tolong pause kan boom tu kejap." Along duduk melutut di sebelah Farhan, budak lelaki yang dah nampak pasrah nak mati tak lama lagi tu nampak terkejut.

"Along buat apa dekat sini?"

"Tak akan nak main masak-masak." Tangan along laju membuka wayar yang berselirat di tubuh Farhan lepas Eric memberi arahan yang boom sudah berhenti berdetik. Terus dia tarik Farhan keluar dari penjara kecil tersebut.

"Campak masuk budak tu dalam ni." Budak lelaki yang dia pukul tadi pula jadi mangsa, salah seorang dari konconya hanya mengikut arahan. Meronta-ronta budak lelaki tersebut minta nak lepaskan diri.

"Diamlah mat, nak mati dah kau ni." Pintu penjara tersebut dia kunci kembali, "Okay cun Eric, start balik."

Terus mereka semua ramai-ramai masuk balik dalam laluan bawah tanah tadi, pintu tersebut kembali dikuncikan. Masing-masing menutup telinga dengan earplug, takut akan letupan tersebut terlalu kuat.

"Jom gerak-gerak!" Along pastikan semua anak-anak buahnya lari dahulu masuk kembali dalam laluan bawah tanah itu begitu juga dengan Farhan,

Bila semuanya dah mula lari melepaskan diri baru dia ikut dari belakang.

Satu letupan kuat kedengaran, ini kalau tak pakai earplug ni mahu pekak ni.

Mereka ramai-ramai berjalan di lorong bawah tanah ini, sempat diorang sepak-sepak orang yang diorang belasah untuk masuk ke sini tadi.

Akhirnya mereka tiba dipenghujung terowong, semua berjaya keluar dengan selamat. Alonglah orang terakhir keluar, lantas dia mendapatkan Farhan yang nampak terpinga-pinga, badan adiknya itu dipeluk erat.

"Paan okay?" Farhan diam tidak membalas, riak wajahnya nampak ketakutan sambil memandang kawasan keliling, "Paan?"

Farhan memandang abangnya, mata mula berkaca. Terbuntang mata along melihat cecair darah yang keluar dari lubang telinga Farhan, laju tangannya merentap baju yang sedang dipakai. Terus dia lap darah yang mengalir.

"Paan tak dengar apa-apa."



























Sometimes I forgot that I am just me.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

✔SIMPLE TEST Od Dalkun

Nezařaditelné

235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...
2.9K 221 7
Sharifah Alisha Habibah memilih untuk menyimpan perasaannya terhadap lelaki yang dia cintai iaitu, Tengku Harraz Adrian. Beribu cara dan kata telah...
21.2K 2.8K 4
Apabila seorang siti cikebum jatuh hati dekat seorang lelaki ganteng. Cerita lawak pendek sesuka ja✌️ By: qasha lova Started : 30/Julai/21 Ended : 30...
92.2K 10.5K 18
"akan ada pelangi selepas hujan," 2022 | @mintytxt - h.