T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 38

2.5K 198 26
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Tanpa - 6ixth Sense

KAPAL pesiar Royal Carribean dari New York ke Miami berlabuh di pelabuhan pantai timur Amerika Syarikat mengikut laluan laut yang dijadualkan. Perjalanan pelayaran selama empat hari terhenti di Cape Canaveral, Florida memandangkan pertunjukkan fesyen secara besar-besaran akan diadakan di Miami Beach Convention Centre sebelum perlayaran pulang ke New York. Wakil setiap jenama semakin sibuk dengan persiapan peragaan yang bakal dilangsung pada malam ini. Mereka disediakan ruangan-ruangan khas yang berprivasi dengan kelengkapan yang berteknologi. Keadaan di luar bangunan pada petang ini juga sudah banjir dengan ramai pengunjung, namun masih terkawal dengan bantuan pegawai-pegawai polis.

Tiara melonjakkan tubuh tatkala wajahnya ralit diconteng seorang jurumekap import untuk menyiapkan penampilannya pada malam ini. Bunyi suara serta aksi bergurau-senda kru-kru produksi memeriahkan lagi suasana yang mengujakan. Masing-masing memberikan yang terbaik kerana malam kemuncak akan tiba. Dua pasang busana yang dibaluti beg garmet disangkut di ruangan fitting. Busana pertama diperagakan individu manakala busana kedua secara berpasangan.

"You're quite a looker. Do you have some sort of mixed heritage?" Soal Michael ingin tahu. Membuka topik setelah sekian lama dia membelek-belek wajah bujur sirih di hadapan. Gadis itu mendongak dan tersenyum sebelum membalas.

"I'm one hundred percent pure Malay, through and through."

"Really?"

Michael menambah perasa, suara dramatiknya sedikit keterlaluan. Tertarik sungguh matanya untuk terus merenung dan menghayati kecantikan gadis asia ini. Terletak sangat kejadiannya, seolah-olah patung bernyawa.

"Your genes must be pretty powerful then. You could absolutely be a model for a cosmetics company with that face, just saying. And that's me trying my best to understate your stunning beauty. No doubt about it, you really are a knockout!"

"Oh, Michael, you're making me blushing here."

Tiara tertawa. Segan pula mendengar bakulan pujian Michael yang tidak henti memuja. "There are countless girls out there with beautiful faces, even more stunning than mine. But I appreciate the compliment, and it was sweet of you to say. Thank you, it certainly brightened my day."

"I know there are countless stunning girls out there, but you certainly have a unique quality that makes you stand out from the crowd."

Bedak bronzer dikeluarkan. Ligat tangannya meratakan pada bulu berus untuk ditacap di tulang rahang Tiara sebelum melirik figura sasa yang sedang disiapkan oleh jurumekap lain. Kedudukan mereka tidak jauh. Bicara disambung namun kali ini nadanya lebih nakal.

"You see that guy over there, staring at you with those hungry eyes? Can't blame him either. I mean, come on, the guy's hot too. So I understand why he keeps staring, because he sure as hell can't keep his eyes off of you. Oh my, he's staring now, isn't he?"

Tiara perlahan-lahan menoleh. Apabila mata mereka berlaga, senyuman di bibir Tuan Hardeen halus buat tatapan matanya. Rentak itu dibalas serupa. Sejak peristiwa pengakuan daripada pihak masing-masing, hubungan mereka semakin baik. Malah dia merasakan tarikan begitu mendalam semasa bersama. Tempoh perlayaran ke Miami diisi momen berharga. Jika ini dinamakan mimpi indah dikala tidur mahupun terjaga, dia berharap semua yang dirasai kini tidak diragut pergi.

Peribadi Tuan Hardeen yang tidak pernah dilihat sepanjang tempoh perkenalan ini bagai melenyapkan peribadi buruk yang sentiasa terlekat di mindanya. Setiap malam mereka akan berjumpa di dek atas untuk menyaksikan panorama langit malam yang dihiasi kerlipan bintang sambil berbual kosong. Mereka bersetuju untuk mengenal hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Tiada sebarang ikatan percintaan namun masing-masing mengerti dengan perasaan yang dikongsi. Itu lebih memadai dari terburu-buru. Mereka masih memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri. Elliana seolah-olah mengerti, tidak menyoal lebih lanjut. Cukup mereka berdua saja yang tahu.

Usai saja solekan diberikan sentuhan terakhir, Tiara diminta Elliana untuk menukar pakaian sebelum membuat rambut. Busana putih mengikut potongan berkepuk-kepuk di bahagian lutut dan lengan terletak elok di tubuh. Pereka Bonia, Cik Katherine membantu dalam memperkemaskan busana di bahagian dada untuk menyembunyikan tonjolan lurah. Bunyi suara-suara manusia makin riuh selepas ahli pengurus pentas mula memberi notis acara akan dimulakan satu jam lagi. Para tetamu-tetamu sudah berasak-asak masuk ke dalam Miami Beach Convention Centre.

Semburan setiap bahagian kulit yang terdedah diratakan untuk memberi efek kilauan jika dilintasi cahaya. Kalung dihiasi batu permata amethyst dikenakan di leher, begitu juga dengan sebentuk cincin dari jenama Bonia. Tatkala penampilannya sudah siap sepenuhnya, dia diiringi Elliana untuk keluar dari ruangan khas bagi bersedia di belakang pentas. Acara sudah dimulakan dengan model lelaki terlebih dahulu sebelum diikuti wanita. Individu.

Gabra. Jenama yang dibawa mereka hampir tiba giliran. Apabila saat yang ditunggu-tunggu menjelang, pengurus memberi akses untuk keluar ke pentas runway. Nafas ditarik panjang. Segala ilmu yang ditimba selama dua bulan ini dikeluarkan sepenuhnya, bersusun-susun langkah yang digayakan kasut tumit tinggi lima inci dengan lenggok mengasyikkan. Lensa-lensa kamera tidak berhenti menangkap momen, Tiara berhenti di hujung dan memberi pose yang sangat indah. Lirikan matanya membuatkan penonton terpukau.

"Well, she definitely grabs people's attention with her walking style."

"Her dress is awesome, is it Bonia?"

"You're right, it is Bonia. Their designs are amazing."

Kedua-dua belah kaki bertemu dengan pusingan yang sangat kemas untuk kembali ke platform hadapan. Pose terakhir diberikan untuk keluar dari runway ke belakang pentas. Tiara menarik nafas lega selepas matanya terhidang figura Elliana yang setia menunggu. Wanita itu mengiringinya untuk menukar pakaian bagi pertunjukkan peragaan secara berpasangan. Pujian demi pujian yang ditaburkan kru-kru produksi menembak-nembak gegendang telinga setelah mereka melolos ke dalam ruangan khas. Mata Tiara terhenti pada figura Hardeen yang sedang diperkemaskan Jenny di hadapan vanity mirror.

Tiara memerhati Michael yang sibuk mengurus rambutnya dari biasan cermin untuk mendaratkan chain headpiece. Busana yang digayakan cukup seksi dengan potongan yang terdedah sehingga ke peha. Terdapat kilauan manik-manik di atas fabrik nipis senada kulit, disertai fabrik tebal berbentuk V yang menutupi bahagian dada sehingga ke bawah. Solekan diubah suai dalam pemilihan warna gincu. Barang perhiasan yang lebih sederhana rekaannya dipilih bagi keseimbangan fesyen. Siap saja penampilannya, Jenny menghulur air minuman bersama straw selepas mereka bergerak keluar dari ruangan khas. Mata-mata lain tersasar tatkala Hardeen mendekati.

"Nervous?"

Tiara mendongak. Sengih. "Feeling a little shaky."

"Jarang."

"Jarang?"

"You always have that confident attitude, and it's really...sassy."

Mata Hardeen tidak lepas menyorot Tiara. Ronaan kemerahan di pipi gadis itu perlahan-lahan timbul sebelum tercetus tawa. Lama matanya menjamah paras indah gerangan di hadapan dengan pelbagai rasa. Salah satu anugerah yang dikurniakan Tiara adalah dari segi rupa paras. Walaupun tanpa solekan tebal, seri dari kemanisan raut gadis itu naik mendadak. Nafas yang tidak begitu konsisten cuba dibetulkan. Hardeen tersenyum apabila mata mereka bertentangan sekali lagi. Ya Tuhan, cantiknya...

"I love being in your company."

Giliran mereka hampir tiba. Kru yang bertugas di belakang pentas memberi isyarat. Hardeen tersenyum mendengar luahan jujur Tiara. Mata gadis itu dipanah. "Glad you feel that way, because I also love being in your company."

Lirikan mata lelaki itu membuatkan dirinya berada di awang-awangan. Impak dari itu, jantung Tiara berdentam-dentum tidak henti. Mereka berdua sempat merenung sesama sendiri sebelum keluar beriringan ke pentas runway dengan lenggok gaya tersendiri. Cahaya-cahaya berkerlipan menyilaukan pandangan, Tiara mencekak pinggang untuk menonjolkan kilauan-kilauan dari kemegahan rekaan yang dipakainya.

Tatkala mereka sama-sama berdiri di hujung runway yang berbentuk L, Tuan Hardeen melingkar tangan di pinggangnya, membiarkan kamera-kamera umum merakam pose yang diingini. Saluran kehangatan dirasai. Bergempita dada Tiara menyaksikan letupan bunga api yang terjadi di rongga dalamannya. Apabila anak mata mereka bertembung, bibir itu bergerak perlahan memberi isyarat yang sempat ditangkap walaupun tidak bernada.

'Beautiful.'

***

Kandungan yang sudah berusia tujuh bulan diusap lembut. Bibir melorek halus. Di sudut hati paling dalam, kesabaran menunggu detik-detik bahagia senipis kulit bawang. Dia teruja menanti kelahiran malaikat kecil yang hidup di dalam kantung rahim ini. Alunan ayat suci Al-Quran kerap dipasang walaupun makna-makna indah tersebut tidak difahami. Pergerakan si kecil dirasai, Julia tersenyum gembira. Mengenangkan jantina kandungannya sudah terbongkar sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan pada pagi tadi, melonjak-lonjak hatinya ingin menyampai kepada sang suami. Seorang bayi lelaki. Sihat.

Bunyi enjin kereta memasuki ke halaman porch menandakan insan yang ditunggu-tunggu sudah pulang. Julia mengatur langkah berhati-hati mengatur langkah meredah lautan ruang tamu untuk menyambut kepulangan sang suami. Tatkala daun pintu utama dikuak, senyuman di bibirnya mati. Menjamah keadaan Haidar yang sedang mabuk bercampur kebusukan alkohol. Lelaki itu terlihat bengis selepas bersua empat mata. Satu jelingan tajam diterima. Julia mati kutu, dibuntuti suaminya yang terhuyung-hayang melolos ke ruang tamu.

"Abang..."

Tidak dihirau.

Tabiat mabuk Haidar menjadi kudis dalam kehidupan mereka suami isteri. Julia sudah bosan menghadap perangai buruk Haidar yang masih liar berparti dan meneguk minuman keras dari awal berumah tangga sehingga sekarang. Tiada perubahan. Pernah sekali dia mencuba untuk menasihati namun tempias jerkahan lelaki itu yang diterima. Mereka umat Islam, namun landasan yang dipandu Haidar sebagai seorang suami samar-samar. Seharusnya lelaki itu membimbing isteri yang jahil tentang agama, bukannya jauh lebih tersasar dalam keseronokkan duniawi.

Julia mengekori rapat. Lengan Haidar disentuh. "Abang, Julia cakap dengan aba-"

"Jangan sentuh aku! Aku jijik!" Haidar merentap kasar. Sangat kasar sehingga tubuh kecil isterinya terlonjak sedikit ke tepi. Melihat Julia semakin memarakkan api di dalam diri. Kulit mukanya semakin ketat, bertindan-tindan nafsu marah berkumpul sehingga membukit. Jari ditunding tepat pada gerangan di hadapan. Berang seakan-akan ingin membelasah wanita itu sehingga lunyai. Riak ketakutan di wajah bujur sirih Julia terpamer.

"Ab- abang?"

"Aku tak tahulah bala apa yang aku dapat lepas berkahwin dengan kau. Kau memang betul-betul menyusahkan hidup aku! Disebabkan kau beria-ia dengan perkahwinan ni, impian aku peristerikan Diana musnah. Kau jaja cerita buruk tentang Diana sampai bapak aku beri amaran pada dia. Bila Diana tinggalkan aku, memang itu yang kau nak, kan?!"

Haidar dirasuk hantu. Wajah merah padam Julia jauh sekali mencuit serba-salah di sanubari. Dia bagaikan sudah hilang pertimbangan diri disebabkan pengambilan alkohol berlebihan. Kepala terasa pusing dan berdenyut-denyut. Kalau boleh dihamburkan amukan di dada ini secara kekerasan, sudah lama sekunjur tubuh Julia diterajang sepuas hati. Tidak cukup membebani kisah percintaannya bersama Diana, Julia tega mencanang hal di dalam kain untuk mendapatkan sokongan Tan Sri Panglima Hadi Sadeeq.

Dia tidak dapat membayangkan jikalau Diana tekad untuk berundur. Sudah berbuih-buih mulutnya memujuk. Merayu agar diberikan kesempatan memperbaiki hubungan ini dari hilang sekelip mata. Sungguh hati Diana tidak mudah diluluhkan.

Julia esak. Bayangan wanita bernama Diana bermain di minda. Sungguh hati ini tidak mampu terus menebal dari kikisan cemburu. Dia tidak mengerti mengapa wanita itu masih menganggu kententeraman kehidupan mereka berdua. Pertama kali bersua muka, kemegahan gadis itu memperoleh cinta Haidar membuatkan jiwa wanitanya berasa iri. Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain? Dia mendambakan keikhlasan Haidar tetapi lelaki itu dibutakan cinta ajnabi.

Memang tidak dinafikan kecantikan paras Diana cukup sempurna. Berambut panjang hitam lebat, dikurniakan raut yang sangat manis, malah lemah-lembut dari segi tingkah laku dan tutur bahasa. Dia terasa seperti dikhianati berkali-kali. Gadis itu sudah berjanji untuk mengundur diri dari terus berhubung dengan Haidar, tetapi perjanjian itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. Dia dijadikan kambing hitam demi menutup kelangsungan cinta terlarang di depan orang tua Haidar. Kepercayaannya terhadap dua orang manusia itu sudah lama terbunuh di dalam lautan keseksaan. Sungguh dia sukar untuk mempercayai sesiapa lagi.

"Macam mana hak Julia? Hak Julia sebagai isteri abang? Abang sibuk pertahankan dia sedangkan Julia isteri abang. Isteri abang yang sah!" Julia membentak sambil menuding rapat ke dada. "Apa kurangnya Julia di mata abang? Apa yang hebatnya tentang dia? Julia dah buat semuanya untuk abang, Julia cuba puaskan hati abang walaupun hati Julia berdarah. Tapi apa yang Julia dapat? Abang masih pandang dia!"

"Sebab aku cintakan dia!"

Lantang Haidar menjawab sehingga menggegarkan banglo dua tingkat ini. Wajah sembap Julia dicerlung. "Aku tak pernah cintakan kau, Julia. Perkahwinan kita memang satu kesilapan. Kalau bukan sebab permintaan ayahanda untuk satukan kita demi perniagaan, aku dah lama bahagia dengan Diana. Kau suka atau tidak, kau terima atau tidak, aku tetap akan peristerikan Diana selepas kau selamat lahirkan."

Julia beristighfar dalam rintikan air mata. Terpukul. Teganya hati Haidar. Tega Haidar mengecewakannya berkali-kali. Kepala tergeleng-geleng, enggan menerima kenyataan yang sangat menyakitkan. Perasaan marah menggembung seperti belon yang menanti pecah. Julia hilang kewarasan. Kesabarannya hilang.

"Abang memang tak berhati perut! Kejam!" Gigi diketap. Dada Haidar ditolak sekuat hati dengan jeritan yang menggila. Suara bertukar keras. Matanya terbeliak menatap suaminya dengan kemarahan menyala-nyala. Dada sudah berombak-ombak memegang rasa terpendam. Tangan ditunding lurus ke sisi sebelum kembali ke dada.

"Abang lagi pilih betina tu dari Julia kan? Sedarlah abang, betina yang abang agung-agungkan tu simpan lelaki lain dekat belakang abang! Betina perampas! Betina murahan!"

Perasaan marah menggelegak ke kepala. Nada suara naik seoktaf. "Mulut jangan rajin nak menyumpah orang! Jangan cabar kemarahan aku Julia, jangan sampai tangan aku naik ke muka kau! Sekali lagi kau hina Diana, aku takkan teragak-agak untuk lafaz cerai."

"Perempuan yang rampas suami orang memang layak dipanggil betina murahan!"

Pang!

Tamparan berbekas hingga di muka Julia. Kekebasan yang merayap pada setiap inci permukaan pipi dipegang dengan mata kabur. Keadaan hiruk-pikuk bertukar menjadi sepi selepas lelaki itu melakukan kekerasan. Julia mengangkat muka, kecewa. Rasa hanyir darah menyentap reseptor rasa di tepi bibir. Bahunya terhenjut kaget dek bunyi tendangan meja kopi yang terbalik. Barang perhiasan di atasnya sudah jatuh berselerakan di atas lantai. Julia menggigil kecil. Dia cuma berdoa agar dilindungi dari amukan membabi buta Haidar

"Sial lah! Kau memang main gila dengan aku!"

"Ab- abang..."

Leher Julia dipagut dan dicekik sehingga isterinya tercungap untuk menarik udara di rongga pernafasan. Mata putih mulai kelihatan. Meskipun terdesak, tangan kecil itu masih sedaya-upaya menolak lengannya untuk melepaskan diri dari pergelutan. Tubuh Julia ditolak terlentang di atas sofa seraya tali pinggang dirungkaikan dari seluar. Rayuan lirih si isteri sedikit pun tidak terkesan di hati malah laju saja tangannya naik menyingkap gaun tidur Julia ke atas.

"Abang jangan... Julia merayu. Julia mengandung. Jangan."

Rayu Julia dengan wajah basah. Tangannya naik menolak dada Haidar tetapi lelaki itu lebih pantas mencekup bibirnya. Kepala digeleng, merayu untuk menghentikan niat jahat yang terlintas. Dia mengandung. Dia sedang mengandungkan Harrez Dalwi, cahaya mata pertama mereka. Dia tidak mahu Haidar memperlakukan dirinya seperti binatang. Dia tidak rela Haidar merogolnya sekali lagi disebabkan luapan perasaan amarah. Ya Allah, tolong lah selamatkannya saat ini. Allahuakhbar!

"Tak nak... Julia tak nak.." Merintih dalam tangisan. Mutiara membanjiri.

"Diam bodoh! Diam!"

Kepala Julia dihempas kuat pada sofa. Tidak cukup dengan itu, tangannya menampar pipi mulus itu berkali-kali sehingga habuan nafsunya lemah longlai. Seluar dilonggarkan. Senyuman girang terukir lebar ke telinga. Berlandaskan nafsu yang dikawali syaitan, malam ini menjadi saksi perlakuan hina terhadap isterinya sendiri. Ini saja cara untuk menundukkan isteri yang nusyuz! Haidar menjilat bibir bawah. Biar Julia ingat peristiwa ini sehingga mati.

"Rasakan akibatnya Julia. Aku ajar kau cara untuk hormati suami."

Air mata Julia menitis buat kesekian kalinya.

***

Perlayaran Royal Carribean ke New York mengambil dua hingga tiga hari perjalanan. Pertunjukkan peragaan berakhir dengan jaya dan ditutup tirainya dengan lepasan bunga api di udara. Sesi mengambil gambar berlangsung dan mereka mula berasak-asak pulang ke sebuah hotel mewah yang disediakan untuk merehatkan diri bagi perjalanan pada hari esok. Matahari yang menerobos dari celahan langsir nipis menyilaukan mata yang masih terpejam. Terpisat-pisat mata Tiara terbuka apabila satu figura seseorang muncul di hadapan. Elliana tersenyum lebar.

"Good morning sleepyhead. Sedap tidur?"

Tiara ketawa kecil. Perlahan-lahan postur tubuh dibangunkan. Terpisat-pisat. Sebelah tangan menggosok mata. Walaupun tekanan untuk menunggu hari kejadian sudah beransur hilang, dia ditinggalkan dengan impak kelesuan badan.

"Sekarang jam berapa?"

Elliana mengerling jam di pergelangan tangan. "Sepuluh. I thought we were going to have a girls' day today. Spa? You down?"

Lebar senyuman Tiara bersama anggukan. "Sounds like a plan."

"Cool. Go get ready. I tunggu you di sana."

Elliana hilang dari layar pancaindera setelah kakinya lolos ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri. Peristiwa di Miami Beach Convention Centre mengundang ceria. Tidak menunggu lama, notifikasi telefon bimbit diperiksa. Satu mesej daripada Tuan Hardeen yang diterima pada malam semalam membangkitkan senyuman di bibir. Mereka sepatutnya berjumpa seperti malam-malam lalu namun dia terlena kerana keletihan.

Let's call it a day. See you tomorrow, Tiara. Goodnight. - Hardeen Daniel.

"Jadi, you akan pulang ke Malaysia?"

Soalan Elliana membuatkan Miasara tersenyum. Kuku kaki yang digilap pekerja spa dalam sesi manicure dan pedicure dikerling. Mereka terserempak semasa pendaftaran di kaunter, dan Elliana mempelawa untuk turut serta sementara menunggu teman gadis itu hadir. Mereka sempat berbual kosong untuk membunuh masa.

"Maybe, he says it's important. I don't really have a choice. Sementara I masih lapang, I turutkan. Kita masih boleh berjumpa kan, Elle?"

"Yeah, sure, just give me a call. We can definitely hang out like we used to."

"That's kind of you, Elle." Sambutan Elliana menyenangkan Miasara. Dia sangka gadis itu akan terus membenci atas perbuatannya dahulu. Namun sangkaannya meleset. "I'm really sorry for what happened between us before. You baik sangat dengan I, tapi I khianati you. Kalau I boleh putar masa dan perbaiki kesalahan I pada setiap orang yang I bersalah, I takkan teragak-agak untuk putar."

Jus mango disedut. Santai saja posisinya. "It's okay. Let's put the past behind us and start again. Setiap orang berhak dapatkan peluang kedua, Mia."

"I hope so..."

Miasara tersenyum sendiri akan kenyataan yang dilayang gerangan di sisi. Kemunculan wajah seseorang bermain di minda. Perjumpaan secara tidak sengaja pada malam semalam dibayangi mimpi. Dia mahu mencuba, kerana takdir kali ini bakal memihak.

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 260 43
Tanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Sem...
1.9M 20.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan...
922K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
36.7K 2K 38
ARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika...