Baby ✔

بواسطة ramieon

3.7K 560 8

Tamat! "I don't even know how my heartbeats can whisper your name." Tak pasti kenapa tapi hati Babyana selalu... المزيد

𝑖 - 𝑏𝑎𝑏𝑦
𝑖𝑖 - 𝑏𝑟𝑎𝑑𝑒𝑟
𝑖𝑣 - 𝑏𝑎𝑠
𝑣 - 𝑏*𝑡𝑐ℎ
𝑣𝑖 - 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑙
𝑣𝑖𝑖 - 𝑏𝑟𝑜𝑜𝑚!
𝑣𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑢𝑟𝑔𝑒𝑟
𝑖𝑥 - 𝑏𝑎𝑝𝑎
𝑥 - 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎
𝑥𝑖 - 𝑏𝑒𝑛𝑐𝑎𝑛𝑎
𝑥𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑡𝑖𝑛𝑎
𝑥𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑒𝑛𝑡𝑖
𝑥𝑖𝑣 - 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑠𝑖
𝑥𝑣 - 𝑏𝑒𝑡
𝑥𝑣𝑖 - 𝑏𝑜𝑛𝑔𝑘𝑎𝑟
𝑥𝑣𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎
𝑥𝑣𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟

𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑢𝑑𝑎𝑘

189 34 0
بواسطة ramieon

Bantal berbentuk bulat dicapai lalu ditekap ke telinganya. Suara ibu yang masih memetir di tingkat bawah kian bertambah tinggi nadanya walaupun butir isi bebelan ibunya tidak berapa jelas.

Babyana sumbat earphone ke dalam telinga. Lagu Bad Guy nyanyian Billie Eilish dipasang dengan volume yang agak tinggi sehingga menenggelamkan terus suara ibunya yang masih membebel. Mana tak nya, pukul 7 petang baru Babyana sampai ke rumah. Puan Marlyana yang dah menunggu sambil bercekak pinggang makin meradang melihat muka tak bersalah anaknya itu.

Babyana cuma senyap bila ditanya. Dia menonong terus masuk ke rumah dan naik ke biliknya di tingkat atas. Bagai menambah minyak dan itulah penyebabnya ibu terus membebel dan cuma berhenti menceceh bila azan maghrib dan isyak je. Lepastu sambung balik.

Tok! Tokk!

Babyana cabut earphone yang bergayut di telinga. Bunyi ketukan pada pintu membuatkan dia berdecit. Dengan malas dia bangun dan menguak daun pintu. Terpacul tubuh Mak Wan, wanita berusia 50-an yang menjadi pengasuh dan pembantu di rumah keluarga Babyana.

"Baby tak lapar ke? Mak Wan ada masak sambal udang kegemaran Baby."

"Takpe lah Mak Wan. Baby dah kenyang. Baby nak rehat je malam ni." balas Babyana sambil menggeliat kecil. Memang dia penat pun. Penat shopping sakan dengan kawan-kawan tadi. Satu shopping mall tu dia tawaf mana tak penatnya.

"Hmm yelah. Baby rehatlah, cuci kaki sebelum nak tidur. Mak Wan turun bawah dulu ye."

Hilang saja Mak Wan dari pandangan mata, Babyana terus menutup pintu bilik. Katil saiz queen itu menjadi tempat tubuhnya berbaring. Telefon pintar yang terdampar di atas katil diambilnya. Ada satu nombor yang tertera di log panggilan. Segera nombor itu disimpan ke kenalan. Selesai save nombor, Baby buka pula aplikasi WhatsApp. Dia cari nombor yang disimpan tadi. Matanya membulat. Online!

Abang Bad online! Dengan penuh teruja sampai menekup mulut, Babyana memulakan perbualan maya pertama.

Hi abang😸 ✓✓


Double ticks berubah menjadi blueticks. Babyana tertawa kecil. Tak sabar nak tahu respond Badrilsyah.

Baby?

Ye bang. Ni baby. Kita jumpa
dekat mall tadi ✓✓

oh ok.

Babyana berdecit tak puas hati dengan respond yang ditunjukkan oleh Badrilsyah. Dia menggumam geram. Satu mesej balasan dihantar.

abang busy ke malam ni? ✓✓

abg nk keluar. kenapa?

baby dah makan?

saje tanya🤭✓✓

baby dah makan?
↪️ dah makan ✓✓

ok. abg keluar lepak dulu

bai.

ok bang. baii🥺✓✓

Cuma last seen Bad je yang tertera pada skrin telefon. Babyana letak telelon di tepi. Bantal diperbetulkan sebelum dia tarik selimut dan melelapkan mata dan terus hanyut di alam mimpi, bermimpikan lelaki yang menyelamatkannya tadi.

🍼🍼🍼

Topi keledar fullmask yang dipakainya dicabut lalu diletakkan di atas motor. Malam ini suasana riuh lebih dari biasa. Suara muda-mudi yang riuh sakan disambut dengan pandangan oleh Badrilsyah.

"Lengchai dah mari woo." suara pelat Aliff kedengaran. Mereka berjabat tangan gaya brotherhood sejati. Sebatang rokok dihulurkan kepada Badrilsyah namun ditolak.

"Budak-budak cakap ada orang nak race malam ni." Badrilsyah membuka kata.

Aliff dengan Solihin cuma berpandangan sesama sendiri. Solihin berdehem.

"Budak Rawang nak datang sini. Dia nak bet 10 ribu."

"Habis tu? Siapa yang join race sekali."

"Lif, kau lah bagi tau Bad." Solihin menepuk bahu Alif.

"Dia nak lumba one by one. Aku ingatkan benda ni boleh deal kalau kita suruh Samsul je race dengan dia. Tapi mamat tu mention nama kau. Dia nak race one by one dengan kau. Sebab tu aku call kau suruh datang sini."

"Aku dah lama berhenti rempit ni, Lif. Kau deal la dengan dia. Race je lah dengan Samsul tu."

"Tapi budak-budak dah bet nama kau, Bad. Kalau kau tarik diri nanti jadi masalah besar pulak."

"Siapa mamat tu? Samseng mana?" soal Badrilsyah. Dia rasa dia dah lama berhenti merempit takkan lah orang masih ingat dia. Kalau budak-budak rempit bawah Aliff ni memang confirm la kenal.

"Dia samseng ke tak tu belakang kira, Bad. Yang penting sekarang ni dia anak Din Pagoh. Kita menumpang race dalam kawasan dia." Solihin dah nampak macam terjentik rasa gentar sikit bila mendengar nama Din Pagoh dari mulut Aliff.

"10 ribu ke dia deal?"

"Ye. Dia mention nama kau. Dia nak cabar kau race dengan dia. Kalau kau tolak, mungkin ni last kitaorang boleh merempit dekat sini." sayu suara Solihin.

Dahi Badrilsyah dah berkerut. " Kalau aku tarik diri, dia nak control tempat ni? Bila masa pula jalan raya ni jadi tanah dia?"

"Tu dia dah datang. Kau kena deal dengan dia lah nampaknya." Aliff dan Solihin berganjak ke tepi bila Fadil melangkah ke arah mereka.

Badrilsyah cuma menayang tatapan kosong tanpa riak bila dia nampak senyuman penuh muslihat di bibir Fadil. Lelaki yang ada dengan Babyana tadi. Dia cam muka Fadil.

"Aku Fadil anak Din Pagoh." Fadil menghulurkan tangan dengan niat ingin bersalam. Tapi tidak disambut oleh Badrilsyah. Jejaka itu terus ke motornya. Helmet disarung ke kepala. Dia kini menunggang motor.

"Kau nak race ke nak petik nama bapak kau?" sindir Badrilsyah. Throll motor dipulas deras menghasilkan ngauman motor yang seakan-akan ingin mencabar pihak lawan. Dalam race ni ada taktik juga. Sebelum game bermula, masing-masing akan menggunakan taktik perang saraf semata-mata untuk menunjukkan kegagahan jentera dan menakutkan pihak lawan. Apa ingat budak rempit ni sekadar rempit je ke? Budak rempit sebelum wujudnya aplikasi Funimate, Tik Tok dan motor Ysuku memang boleh dikira sebagai budak rempit yang berwibawa. Jentera pun mantap walaupun cuma menunggang EX5.

Fadil mengetap geraham. Geram dengan perlian dan sikap bersahaja Badrilsyah. Helmet disarung sebelum ngauman enjin Yamaha 125ZR turut kedengaran. Mereka memandang ke arah satu sama lain. Kalau ikutkan pertandingan hari ini memang berat sebelah. Mana tidaknya, Fadil yang setiap hari dah bergelumang dengan lumba haram berbeza dengan Badrilsyah yang dah berhenti menceburi bidang lumba motor ni.

"Dah sedia nak kalah ke?" Fadil cuba membakar hati Badrilsyah kerana dia tahu lelaki itu dah lebih 3 tahun berhenti melibatkan diri dalam perlumbaan di atas litar.

Badrilsyah senyum sinis. "Aku ada deal baru, pergi mampu dengan 10 ribu kau tu. Kalau kau kalah, aku nak kau berambus dari hidup aku dan hidup orang yang aku kenal. So deal?"

Fadil merenung Bad lama. Dia faham maksud Bad tapi untuk dia kalah dalam perlumbaan malam ini kelihatan agak mustahil. Dia boleh dikatakan antara pelumba terbaik. Jadi deal yang dicadangkan Bad tidak akan tertunai kerana malam ini pemenang baru adalah Fadil!

"Readyy? Go!" bendera diangkat dan kedua-dua pelumba saling memecut untuk mengungguli kedudukan pertama.

Dan di garisan penamat nanti, hanya satu deal yang akan terjadi.

🍼🍼🍼

happy reading

selamat hari raya korban🐄

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

9K 340 18
"Irah kena pergi blind date tu. "-Puan Syakilah. Disebabkan blind date yang diatur oleh mamanya memaksa Syahirah mengagalkan blind date tersebut. Ya...
67.6K 1.5K 15
berkisar cerita cinta seorang lelaki terlajak usia yang memiliki segala-galanya. rupa, harta dan agama. bertemu dengan gadis yang digelar 'sial' hany...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
379K 8.4K 27
TITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)