Pelacuran Cinta(boyxboy)

By xenxhinicon

314K 11.2K 1.6K

Kehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih s... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
A/N - not an update
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
AUTHOR'S NOTE

BAB 38

3.7K 185 52
By xenxhinicon


Petangnya, aku dan Irwan sempat menjamah makanan yang disediakan di majlis itu.

"Aizat! Kau okay tak? Dari tadi diam je aku tengok."

Irwan menegurku yang hanya mendiamkan diri di meja makan itu.

Aku membalasnya dengan anggukan kecil. "Kenapa kau tanya macam tu?"

Irwan menggeleng. "takdelah, macam pelik dari tadi macam diam sangat. Takpelah kalau kau kata kau okay, aku percaya kata-kata kau. Aku cuma risau kau sakit ke ape ke."

Aku tersenyum. "jangan risau ya. Aku okay. Cuma mungkin penat sebab dari pagi tadi aku tolong merewang kan." bahunya ku tepuk dengan tangan kiriku.

Kini giliran Irwan tersenyum dan mengangguk kecil.

Sejujurnya aku sendiri tidak faham perasaanku. Apa yang berlaku, terlalu rumit untuk aku proseskan dalam kepalaku. Pertemuan yang tidak terduga, hanya mengundang air mata dan hati yang luka. Aku memerlukan waktu untuk aku menangis sepuas hatiku. Cuma, waktunya tidak tepat. Aku tak mahu mereka berasa keliru dengan kelakuanku jika aku menghilangkan diri.

"Lauk tu macam tak terusik je aku tengok." Tegur Irwan.

Aku mengukirkan senyuman palsu. "Maaf. Aku kurang selera makan lah. Tapi jangan risau aku makan. Ha ni nampak aku makan."

Aku menyuapkan cubitan isi ayam ke dalam mulutku. "Sedap."

Irwan langsung tersenyum. "Ha kalau sedap makanlah. Kalau tak cukup, pergilah tambah nasi, tambah lauk? Ke kau nak aku amekkan?"

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. "takpe, kalau aku nak tambah, aku ambil sendiri."

"ha yalah. Ni, aku nak tambah nasi. Unutk kali ke dua." Irwan tersenyum panjang.

Aku mengangguk kecil. Bahuku ditepuk dengan tangan kirinya sebelum dia bangun dari kerusinya.

Sebelum sempat Irwan berjalan, tiba-tiba sahaja kami ditegur oleh seseorang.

"Eh dah habis makan ke?" Tegur abang Seman.

Irwan ketawa kecil. "eh belum bang. Saya nak tambah round ke dua ha."

"oh! Ha takpe kamu pergilah tambah. Abang pun tengah sibuk sikit nak berbincang dengan Encik Yusof tu."

Aku yang mahu menyapa abang Seman terdiam bisu mendengarkan nama itu disebut sebut.

"kenapa bang Seman?" Tanya Irwan santai.

"katanya family dia nak upah abang untuk buat kebun kecil dekat kawasan homestay mereka tu. Abang setuju je sebab tu dah kerja abang kan. Cuma nak bincang hitam putih pulak sebab haritu bincang air liur je."

Aku mengangguk faham sambil mengukirkan senyuman.

"oh faham. Takpelah. Saya pergi tambah lauk dan nasi dulu lah. Abang Seman jangan lupa makan." Pesan Irwan sebelum beredar pergi ke kemah buffet.

Abang Seman menarik kerusi di hadapanku sebelum melabuhkan punggungnya.

"Makan bang." pelawaku. Nasi di pingganku itu ku tonyoh dengan sambal ayam.

"ha makan makan. Abang pun lapar juga ni. Ingat nak makan juga."

"kalau abang Seman lapar, nak saya amekkan nasi, lauk, dengan air tak? Saya pun dah nak habis makan dah ni. Alang alang tu saya boleh amekkan untuk abang Seman."

Abang Seman tersenyum senang, "Kalau tak menyusahkan kamu abang okay je."

Aku menggeleng. "Tak menyusahkanlah. Lagipun abang Seman dari tadi dah buat kerja berat kan. Tak elok makan lambat."

Aku cepat-cepat menghabiskan makananku. Usai habis makan, aku membilas tanganku dengan air basuhan yang disediakan di atas meja makan.

Sebaik sahaja aku berdiri, tiba-tiba sahaja Hakimi muncul di samping abang Seman.

"Encik... Seman?" Suaranya lembut sahaja bertanya.

Tangannya dihulurkan ke arah abang Seman.

Abang Seman menyambut salamnya sebelum tersenyum. "Oh Encik Hakimi, abang.. kepada Encik Yusof bukan?"

"Ha ya! Betul. Saya Hakimi, Abang kepada Yusof." Angguknya.

"Ni, Yusof ada pesan dekat saya untuk jumpa Encik Seman untuk bincang pasal kebun kecil dekat homestay kami." sambungnya. Matanya melirik ke arahku sebelum kembali kepada abang Seman.

Sekali lagi aku rasa kekok. Aku tidak tahu untuk bertindak. Situasi ketika itu terasa sangat janggal. Meski perasaanku sakit, aku sedaya upaya mengawalnya untuk tidak kelihatan jelas.

"iya betul. Ni, Encik Yusof kemana? Saya pun menunggu dia juga ni."

Hakimi ketawa kecil. "Dia suruh saya gantikan tempat dia. Dia ada hal kena balik homestay kami. Lagipun adik saya tu pun baru sembuh kaki dia, jadi perlukan rehat yang cukup tak boleh buat kerja berat."

"Oh kalau macam tu, kita bincang sini jelah. Ni Encik Hakimi dah makan? Kalau tak kita sembang sambil makan?"

Dia menggeleng. "saya belum sempat lagi makan."

"ha takpe, ni kita makan sambil tu kita berbincang pasal kebun tu. Santai sikit."

Hakimi melirik pandanganya kepadaku sekali lagi sebelum tersenyum menghadap Abang Seman. "saya okay je."

"ha bagus. Ni.. Aizat.. kalau kamu ambilkan sekali makanan untuk Encik Hakimi boleh?"

"ha!" aku memandang abang Seman dengan wajah terkejut.

"boleh...." anggukku perlahan, agak kekok.

Aku mengukirkan senyuman. "E-encik Hakimi nak lauk apa?" suaraku serak basah. Aku bertambah malu berada di situ.

Hakimi melirik ke arahku. "ha. Takpelah, saya boleh ambil sendiri. Tak perlu ambilkan untuk saya."

"baiklah."

Baru sahaja aku melangkah kebelakang, Hakimi berkata sesuatu.

"Saya ikut ambil nasi dan lauk sekali."

Abang Seman tersenyum. "Ha ikutlah. Ni Aizat, kamu temankan Encik Hakimi amek makanan. Mesti dia segan tu. Ada orang kurang segan sikit."

Aku mengagguk. Aku terus berjalan ke kemah Buffet. Hakimi hanya mengikutku dari belakang.

"Pinggan...?" aku menghulurkan pinggan kepada Hakimi.

Aku hanya menundukkan pandanganku dari memandangnya.

Pinggan di tanganku ditarik agak kuat.

"Encik nak saya cedukkan nasi dan lauk?" pelawaku sambil mencapai senduk nasi di dalam bekas.

"tak perlu. Awak bukan kekasih saya pun... kan?. Saya boleh buat sendiri." Dia mencapai senduk nasi di tanganku dengan agak kasar.

Aku terkejut. Perlahan lahan aku mencapai pinggan untuk abang Seman.

Entah mengapa di saat aku berdua dengannya, aku masih merasakan rindu. Meski jelas dia membenciku, tapi di satu sudut, perasaan sakit dan rindu ini terubat dengan melihatnya berdiri tepat dan jelas di mataku.

Aku hanya memerhatikannya memilih lauk pauk. Tak terperasan bibirku terukir senyuman.

Hakimi memandangku dengan pandangan mendatar.

Aku tidak dapat menipu diriku. Meskipun aku tahu Hakimi membenciku sekarang, tapi perasaan rindu itu melebihi perasaan sakit ini. Melihatnya hidup dengan keadaan baik dan sempurna, aku sudah rasa bersyukur.

Aku menceduk lauk dalam pada aku melihatnya.

Belum pun sempat Hakimi menceduk sambal belacan, aku cepat-cepat memotongnya terlebih dahulu. "Encik Hakimi, tu sambal belacan tu." tegurku.

Hakimi terdiam seketika. Tangannya terhenti dari menceduk sambal belacan. "Kenapa? Ada racun ke?" balasanya dengan pertanyaan yang bernada pedas.

Aku menggeleng perlahan. "Bukan Encik tak makan sambal belacan? Nanti kalau resdung sengsara hidung nanti."

Aku masih ingat Hakimi alah dengan belacan. Resdungnya itu bukan boleh dibuat main-main.

Hakimi tidak menerima nasihatku. Dia terus menceduk sambal belacan itu ke dalam pinggannya. "Siapa awak yang tiba-tiba je nak kata saya tak boleh makan sambal belacan. Kita berjumpa pun baru harini. Jangan nak tuduh bukan bukan kalau tak kenal orang. Tak elok." dia tersengih sinis sebelum memasang wajah kesalnya.

Aku terdiam di situ. Niatku hanya mahu mencegahnya namun aku tahu aku bukan lagi siapa siapa baginya. Aku hanyalah seperti manusia yang memberi manfaat kepadanya.

Hakimi berjalan pergi meninggalkanku. Cepat-cepat aku melakukan tugasku dan bergerak di belakangnya.

"abang Seman, nah." Aku meletakkan pinggan di atas meja menghadap Abang Seman.

"Ni, kamu tak nak temankan abang makan?" pujuk Abang Seman.

Aku melirik ke arah Hakimi. Dia langsung tidak memandangku.

Aku tahu keberadaan aku di samping Hakimi itu hanya menyemarakkan api kebenciannya. Aku tak mahu itu terjadi. Aku tak mahu dia terus membenciku.

Aku menggeleng dengan perasaan hampa. "Saya balik rumah dulu lah bang. Saya rasa saya nak rehatkan badan."

Abang Seman mengangguk faham. "ha yalah. Balik nanti jangan lupa sapu ubat panas sebelum tidur dekat tangan, kaki, belakang badan. Elok untuk pegal pegal badan. Cepat sikit hilang rasa penat."

Aku mengangguk. "baiklah. Terima kasih atas nasihat tu. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Perjalanan pulang ke rumahku ditemani dengan perasaan sedih dan kecewa. Aku tidak tahu apa yang lebih mengecewakan lagi selain dari menerima hakikat, hidup aku tidak akan pernah sama lagi seperti mana yang aku mahukan ketika aku bersama Hakimi.



--




'Andai ini hanya mimpi, tinggalkan ku begini, biar terus terlena, sampai kau tiba...'

Lagu Mimpi daripada Aisyah Aziz berkumandang di ruang radio. Malam itu entah mengapa aku perasaan sunyi menyelubungi diriku.

Aku merasa buntu dengan apa yang harus aku lakukan. Aku tidak tahu ke mana lagi harus aku pergi. Sepertinya ke mana saja aku lari, di situ pasti aku akan bertemu mereka jua. Andai saja Nek Sha ada, pasti dia tahu apa yang terbaik buatku.

Aku memeluk bantalku sekuat hati di atas katil. Apa yang aku pendamkan selama ini harus aku curahkan. Segala keperitan, kegusaran yang terpendam, harus aku buang.

Irwan tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilikku. Dia memandangku dengan wajah risau setelah mendengar esakanku.

"Jat! Kau okay tak? Kenapa tiba-tiba je kau menangis ni? Kau sakit ke?" tanyanya khuatir sebelum melabuhkan punggungnya di hujung katil.

Aku menggeleng. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutku.

Irwan mendekatiku sebelum menarik bahuku menghadapnya. Aku memeluknya sekuat hati. Air mataku terus dan terus mengalir sehingga membasahi bajunya.

"kau okay tak?" dia mengusap belakangku.

"aku tak tahu nak buat apa lagi Wan. Kenapa nasib aku macam ni? Kenapa tak aku mati dengan Nek Sha je." rengekku di bahunya.

"sshh! Kau rindu Nek Sha ke?"

Aku mengangguk. "Aku- Aku..." kerongkongku terasa seperti ada ketulan batu yang tersangkut, membuatku sukar untuk bernafas dan melontarkan kata-kata.

Aku melepaskan keluhan kesal. Dadaku diurut Irwan.

Irwan memelukku kuat. Kepalaku diusap lembut. "takpe. Esok kita pergi ziarah kubur Nek Sha. Kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kena ingat kau masih ada aku. Aku akan ada dengan kau sampai bila-bila."

Emosiku tidak mampu aku tahan lagi. Perasaanku bercampur aduk. Di antara kesal, rindu, dan benci akan diriku sendiri membuat dadaku sesak. Aku sedar. Selama ini, aku menantikan kedatangan Hakimi mencariku semula dengan harapan cinta dan rindu yang terbalas namun kebencian yang terundang. Kenyataan pahit ini yang membuat aku akhirnya tewas dengan emosiku yang aku kumpul sehingga kini.

'Andai ku hanya bermimpi, biar aku begini, sampai ketemu lagi, aku disini...'

Andai saja hidup ini hanyalah mimpi, aku hanya mahukan kebahagiaan mengisi hidupku.



--




Malam itu, aku tidur ditemani oleh Irwan. Dia terlelap di sisiku.

Aku terjaga dari tidurku setelah tekaku terasa kering.

Aku memandang wajah tidur Irwan. Emosiku sudah mulai stabil. Pipiku terasa kesat dek bekas air mata yang sudah kering. Pernafasanku mula terasa lancar seperti biasa meskipun tekakku terasa agak panas dan kering.

Hanya Irwan yang setia denganku sehinggalah saat ini di mana dia terbaring di sisiku. Aku tersenyum kecil. Aku bersyukur memiliki Irwan yang tahu untuk menenangkanku.

Aku membetulkan posisiku dengan melunjurkan tangan dan kakiku. Aku menatap siling papan yang kelihatan kusam dan buruk itu. Suasana bilik itu gelap. Irwan sempat mematikan lampu sebelum dia baring di sebelahku sebelumnya.

Kosong.

Aku memandang papan siling itu dengan fikiran yang kosong. Keadaan itu membuatku berasa tenang. Dalam aku menatap lama papan itu, bayangan Nek Sha tiba-tiba muncul di fikiranku.

"Aizat! Jangan lupa jaga diri dekat sekolah tu. Kalau orang benci, pedulikan mereka. Yang penting, Aizat ada Nek Sha. Ingat tu. Ingat UPSR nak dekat. Belajar yang lebih penting."

Aku tersenyum kecil mengingatkan pesanannya.

"Aizat! Kenapa dengan baju tu? Kotor berdebu dekat lengan kiri.. sampai belakang ni." marahnya.

"Tadi ada orang ejek Aizat. Aizat marah dia. Dia tendang Aizat. Tu yang kotor tu."

Nek Sha menggeleng sebelum menarikku ke dalam pelukannya. "takpelah Nek Sha faham." keluhnya.

"nanti kalau ada orang buli Aizat, bagitau cikgu disiplin. Biar mak ayah dorang tahu perangai anak dorang."

Aku menggeleng. "nanti kalau ibu dan ayah kena pergi sekolah macam mana? Aizat tak nak dorang datang sekolah. Nanti semua orang hina kitorang." bibirku dimuncungkan.

Nek Sha terdiam sejenak sebelum mengangguk. Pelukkannya diperketatkan. Kepalaku diciumnya.

"Aizat nak makan ape? Nek Sha masakkan yang sedap sedap supaya terubat rasa sakit kat sini." dadaku diusapnya lembut.

"Cakap je apa, Nek Sha buatkan."

Aku tersenyum panjang. "Aizat nak makan maggi.. boleh?"

Nek Sha mengerut dahinya. "UPSR kan dah nak dekat. Maggi tu tak eloklah. Tak elok untuk otak."

"alah, tadi kata boleh je makan apa-apa yang Aizat nak. Aizat nak makan maggi. Dah lama sangat tak makan." aku memujuknya dengan mengelipkan mataku berulang kali sambil bibirku dimuncungkan.

Muncung bibirku dikecup dengan jari jemari Nek Sha. "tak elok muncungkan bibir."

Aku ketawa senang. "alah Nek Sha ni."

"Ha yalah. Nak maggi apa? Cepat."

"kari." jawabku ringkas.

"kari kosong je?" perlinya dengan senyuman kecil.

Aku menggeleng. "alah letaklah telur, sayur kobis, bawang merah dengan sosej."

"ha yalah. Ni, pergi mandi dulu, baju tu letak dalam bakul baju kotor. Nek Sha masakkan maggi special untuk Aizat."

Aku mengagguk teruja. "sayang Nek Sha." pipinya kucium sebelum aku melakukan apa ayng diperintahnya.

Terukir senyuman panjang di bibirku ketika teringat kenangan manis itu. Kenangan yang takkan aku lupakan.

Perutku tiba-tiba sahaja berbunyi. Aku terasa sangat lapar. Irwan yang tadinya tidur di sebelahku terjaga dari mimpi lenanya.

"Jat! Kau tak tidur lagi?"

"aku dah tidur. Aku terjaga sebab haus. Pastu aku mengelamun kejap. Sekarang aku rasa lapar pula." balasku.

Irwan menguap dan membetulkan posisinya mengikut keselesaannya. "kau lapar ke? Nak makan?"

Aku mengangguk kecil. Irwan menggeliat sebelum tersenyum memandangku. "kau dah okay? Kau rasa macam mana sekarang?"

"aku rasa lebih tenang sekarang. Rasa lega. Cuma lapar..." ketawaku.

Irwan ketawa senang melihat keadaanku yang lebih stabil dan ceria. "aku rasa lauk yang makcik Su kasi tadi ada je dalam peti. Aku panaskan untuk kau nak? Kita makan sekali."

Aku menggeleng. "aku teringin nak makan maggi lah Wan."

Irwan mengangguk. "okay. Ada maggi kari dalam rak. Jumlah ke dapur aku masakkan untuk kita makan sama sama sekali lah sebab aku pun rasa lapar pula."

"kau letakkan sosej, telur, bawang dengan sayur kobis tau." pesanku.

Irwan terdiam sejenak sambil memikirkan bahan bahan itu di dalam peti ais. "kobis ada lagi ke?"

"aku rasa ada lagi."

"ha yalah. Jum temankan aku kat dapur."

Aku mengukirkan senyuman panjang. Sebelum Irwan sempat bangun dari katil, lengannya sempat aku pegang terlebih dahulu.

"Wan.."

Tindakannya terbantut. Irwan memusing memandangku. "ya. Kenapa?"

Ibu jariku digeselkan pada lengannya. "terima kasih tau sebab temankan aku tadi. Tanpa kau aku rasa mungkin aku dah buat benda yang bukan bukan dah."

Irwan mengangguk. "sama sama. Dah. Jumlah. Kata lapar kan."

Aku melepaskan lengannya. Aku bangun dari katil selepasnya dan terus mengekorinya dari belakang ke dapur.



--



"Sadakallahul azim..."

Aku mencium buku Surah Yasin setelah selesai membacanya di hadapan kubur Nek Sha. Kuburnya kelihatan sangat ceria dihiasi pokok bunga yang hidup mekar di samping kuburnya. Aku membelai pasir yang dipenuhi batu batu kecil di kuburnya itu.

"Nek Sha, Terima kasih sebab hadir dalam hidup Aizat. Terima kasih sebab beri Aizat kekuatan untuk terus kuat selama Nek Sha masih bernafas di dunia ni. Aizat doakan semoga roh Nek Sha kekal tenang di sana. Semoga Nek Sha mendapatkan ketenangan yang diimpikan di sana. Ada masa, Aizat akan singgah ke sini lagi." bisikku sebelum aku berjalan pergi dari kubur wanita yang layak ku panggil ibu yang aku kagumi dan cintai sepenuh hatiku.




--



Bersambung.




A/N

First and foremost, thank you sangat sangat sebab sudi baca and comment. XD

I feel like this chapter is so special to me. Aizat's breakdown is significant to me. Macam mana I used to cope with my own mental breakdown, menangis sepuas hati yes sepuasnya, release all the sadness away, sampailah tertidur (bonus), then I'll stare at the ceiling lama lama in darkness sambil recall kenangan yang menyeronokkan that I ever had which is in between umur 12 tahun ke bawah. Masa tu kita tak tau sangat pasal hal hal meningkat remaja which is why its so special and important to me. Then last cari makanan soul food yang boleh ubat rasa sedih tu. As simple as maggi and telur it feels special when it represents the memory dengan orang yang kita sayang. This is how I handle my bad day. At least it works for me, hence I feel like sharing.

Stay Tuned for another chapter. Hopefully we'll see a strong and bold Aizat soon :)

Xoxo ~ kir.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 42.1K 117
[ YUSOF AYSAR X KHAIRIN ALANA ] 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 : 1 Dek perubahan sikap mendadak yang dialami Yusof Aysar, dia dipaksa untuk berkahwin dengan...
135K 4.4K 52
Cinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakka...
73.4K 1.7K 29
Ketua pengawas. Bebanan yang harus dia tanggung, harus dipikul walau tak rela. Bukan risaukan amanah yang harus digalas, tapi kononnya ada imej yang...
50.5K 1.4K 44
Aiman-Seorang remaja yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan menetap bersama maksunya di Kuala Lumpur sejak kehilangan orang tuanya pada us...
Wattpad App - Unlock exclusive features