T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 32

2.8K 195 16
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Cerita Dia - Drama Band

SEKEPING kad nama berwarna hitam premium dimain-main antara jari telunjuk dan ibu jari. Berfikir. Sebelum pulang ke Paradise Cove, wanita yang dikenali sebagai Elliana datang mendekati dengan sapaan mesra. Mereka berbual kecil dan Elliana menghamburkan pujian. Gadis itu menghulurkan kad nama sekiranya dia berminat untuk mendalami dalam dunia peragaan.

Dia menolak dari awal kerana tiada kepakaran dalam bidang tersebut, namun gadis itu tetap menyakinkan bahawa kontrak ini berpakej kelebihan. Elliana juga mengatakan bahawa kursus ini ditaja, dan pulangan tunai berbentuk empat angka akan diberi untuk setiap satu kursus yang dihadiri. Mengenangkan tentang masalah yang mereka hadapi berkenaan rumah sewa, jalan Tiara seolah-olah terbuka luas. Kalau dia bersetuju, keuntungan yang dikecapi berlipat kali ganda. Selebihnya, dia akan fikirkan kemudian. Setakat posing sana sini, zaman kecil dulu dia sudah banyak kali curi kasut tinggi bonda dan berjalan ala-ala model.

Ingatan Tiara terimbas. Anehnya, Tuan Hardeen tidak skeptikal dengan tawaran yang diterima. Dia tahu lelaki itu tertangkap kad nama Elliana di tangannya sewaktu menuju ke Paradise Cove. Mungkin kerana ingin menjaga batas polisi perjanjian. Namun begitu, setiap keputusannya tidak patut dipengaruhi orang lain. Dia berkuasa untuk menentukan pilihannya sendiri. Telefon bimbit di atas table top dicapai. Kaki yang terawang saat berteleku di atas stool dihayun kecil. Barisan angka yang tertera di kad nama diteliti dengan rangkaan awan.

"Aku dah cakap, Cik Nana tak kisah kalau kita duduk sini sementara waktu. Kau ni memang kepala batu. Peluang depan mata tak nak ambil. Orang dah offer, sibuk ikut kepala sendiri."

Bebelan Farzana ibarat debu berterbangan. Semenjak gadis itu pulang dari tuntutan kerja, unit ini tidak lagi sunyi seperti kebiasaan. Ada saja topik yang mereka gaduhkan, dan salah satunya adalah berkaitan rumah. Sebelum ini, dia sudah menghubungi seorang wanita atas urusan penyewaan dari sebuah laman web. Setelah dilihat dari segala sudut, kawasan perumahan teres itu sangat sesuai untuk dijadikan kediaman baharu mereka yang lengkap dengan sekuriti dan berkedudukan strategik. Cuma bayarannya agak keras.

"Kau sanggup nak bayar bulanan 80 ribu? Memang lah Cik Nana cuba sedapkan hati. Common sense. Sendiri boleh fikir. Takkan nak duduk free dengan air api ditanggung tuan rumah?"

Tiara menjeling geram. Tas tangan di atas couch dikenakan pada bahu. Jam sudah menunjukkan tepat pada pukul satu petang. Kata Elliana, gadis itu akan mengambilnya dalam jangkaan setengah jam lagi. Lima hari dia berkira-kira dan keputusannya tidak akan berpatah balik. Selepas menandatangi kontrak dan menerima bayaran dari kehadiran kursus pada hari ini, dia akan memindahkan sejumlah wang untuk pembayaran deposit ke dalam akaun Puan Anom. Pembahagian wang dengan Farzana akan dibahagikan nanti, asalkan beban di bahu mereka hilang.

"Kau fikir masak-masak, Tiara. Kau bukan jadi model cincai cincai, ni model untuk brand besar. Kalau tak ada jalan lain, kita duduk sini. Pandai-pandai aku kawtim dengan Cik Nana pasal sewa bulanan."

"Kau suruh aku fikir, sekarang ni kau pula fikir. Dah elok-elok kita tinggal di kuarters, tapi sebab aku, kita dah macam pelarian. Jalan dah terbuka, kenapa nak sempitkan pula?" Tiara berdebat. "Aku tak nafikan tinggal sini memang serba-serbi lengkap, selesa. Tapi andai kata satu hari nanti Cik Nana minta kita keluar tiba-tiba macam mana? Banyak pula duit kau nak book hotel hari-hari."

Berdecit. "Tiara."

"Aku pergi dulu. Jangan tunggu, malam nanti aku balik dengan Cik Elliana."

Daun pintu lif terkatup rapat. Farzana hilang idea, tiada daya untuk membalas selepas gadis itu mengeluarkan peluru berpandu. Dia sudah hilang arah dengan keteguhan pendirian Tiara. Makin berbohong, makin nipis akalnya memujuk. Bukan soal sewa yang menjadi isu. Tapi, unit ini memang disediakan khas untuk Tiara. Tuan Hardeen sudah memberi peringatan bahawa gadis itu tidak boleh melangkah keluar dari Paradise Cove. Alasan apa yang patut ditebarkan pada Tuan Hardeen nanti?

(Image) Hello there. Siapa cakap I tak mampu pujuk? You jangan sibuk-sibuk pula lepas ni ya? :P - Elliana.

Hardeen melepaskan keluhan. Mesej multimedia yang dihantar Elliana dibaca kosong sebelum anak matanya terpanah kepada raut wajah Tiara yang sibuk melengkapkan sebuah borang. Panggilan daripada Farzana setengah jam lalu masih terngiang-ngiang di telinga. Dia tidak sangka Tiara mengambil jalan ini untuk keluar dari kepompong. Tidakkah gadis itu sedar dunia seni tidak semudah yang difikirkan? Nama Tiara sudah mencanak naik daripada kontroversi percintaan olok-olok mereka berdua, dan dia khuatir gadis itu akan berhadapan dengan prejudis yang lebih dahsyat di hari muka.

Ketenangan diragut pergi. Simbahan lampu isyarat berwarna merah gemerlapan di wajah. Perkara yang sepatutnya tidak perlu dibimbangkan akhirnya sedang galak tertawa. Haru-biru jiwa dibuatnya. Brek tangan diturunkan. Destinasinya sudah berubah. Dia tiada pilihan lain selain mengakui.

"Your payment is ready, here you go."

Sampul coklat berisi lima puluh keping not RM 100 diserahkan kepada gerangan di hadapan. Ucapan terima kasih diterima dengan senang hati. Bibirnya melorek senyuman. Mengingatkan reaksi terpesona peserta-peserta yang mengikuti Akademi Runway Stars, itu sudah cukup menyakinkan Elliana bahawa pilihannya adalah tepat. Dia tidak kisah untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk gadis ini kerana hasilnya pasti sangat lumayan. Tiara didaftar sebagai peserta eksklusif dan jadual pembelajaran boleh ditetapkan mengikut kelapangan sendiri.

"I berterima kasih sangat pada you. I tahu tak mudah untuk belajar semuanya dari awal, tapi kita sama-sama cuba okey? I akan bimbing you."

Tiara tersenyum. "Boleh I tahu bila hari kejadiannya nanti? That way I can make sure my schedule is clear, and I'll be ready to go when you need me."

"Hujung tahun, mungkin dalam anggaran 27, 28 November hingga 1 or 2 Disember." Jawab Elliana sebelum menaikkan dua jari. Sebelah mata dikenyit. "Kiranya you ada dua bulan lagi untuk bertatih. Venue mungkin di New York, tapi I dengar-dengar mereka nak buat sedikit kelainan tahun ni."

"Oh."

"Jangan risau, modelling tak susah seperti you bayangkan. Jangan tertekan sangat. I tak nak fikiran you mampat dengan negativiti."

Elliana tersenyum. Matanya menangkap satu figura sasa yang memasuki ke dalam studio. Jari dipetik. Anak mata bulat Tiara difokuskan semula. Akalnya menjengah. "I bagi tips. Kalau you nak cepat mahir, you menuntut dengan Hardeen. Dia berbakat. It's easier for you to understand because you guys already have a thing for each other."

"Tiara."

Tiara terperanjat tatkala bahunya disentuh seseorang. Apabila iris bertembung dengan sepasang mata hazel itu, ketenangannya diragut. Terkulat-kulat dia tidak mengerti setelah terlihat jelingan lelaki itu kepada Elliana. Lengannya ditarik berlapik. Kakinya diheret untuk terus melangkah. Pintu studio dilintasi sehingga ke bahagian porch. Sedar akan keadaan yang dimanipulasi, Tiara merentap lengan hingga pautan tangan sasa itu terlepas. Wajah ketat Tuan Hardeen disinari cahaya bulan purnama.

"What's wrong with you?!"

Hardeen menjawab laju. Nadanya serius. "Batalkan kontrak kau dengan Elliana. Now. Tell her you're not interested in continuing."

Tiara tergelak sinis. Bibir separa terbuka manakala kepala ditolehkan ke sisi sebelum diluruskan ke hadapan semula. Dia cuba menghadam situasi yang sedang berlaku. Sungguh dia tidak mengerti dengan tindak-tanduk Tuan Hardeen sekarang ini. Datang macam pelesit, tiba-tiba memaksanya membatalkan kontrak. Gila ke apa?

"Ini pilihan I. Yang tuan sibuk sangat pertikaikan pilihan I kenapa?"

"Pilihan yang akan menjahanamkan diri kau sendiri? Baguslah."

Hardeen membalas sarkastik. Naik berdesing telinga Tiara yang mendengarnya. "Sebelum kau terima tawaran Elle, kau pernah fikir tentang diri sendiri? Selangkah kau masuk, hidup kau takkan pernah aman Tiara. Kau dah sedia hadap persepsi satu dunia? Kalau disebabkan bayaran, aku boleh bagi kau sepuluh kali ganda untuk kau tinggalkan semuanya sekarang."

Tiara dijentik emosi. Sakit hati dengan hujah Tuan Hardeen yang tidak masuk akal. Sungguh dia terasa diperkecil-kecilkan. "I dah melangkah satu tapak ke depan, tuan. This is my decision, and I will decide what's best for me. Kalau tuan peduli, tuan sepatutnya larang dari mula. Bukannya baru nak berbunyi kononnya peduli. Hipokrit!"

Hardeen mencantas. Menggelegak darahnya ke seluruh urat. "Itu sebab aku tahu kau takkan terima! You're the sort of person who thinks deeply. But now, you just make me doubt myself. Your actions are hard to predict, and you always throw me off."

Nafas dihela. Berat. Rahang diketap. Sukar melepaskan sesuatu yang sedang berkecamuk di sanubari. Hardeen cuba menenangkan diri sebelum wajah keruh Tiara ditatap kembali. Jari ditunding.

"Kau betul-betul kacau jiwa aku Tiara."

Tiara mengetap bibir, kedua-dua belah kaki terpasak ke bumi. Amarah terpendam naik ke kepala sehingga lidahnya kelu untuk berbahasa. Bibirnya bergetar. Apa yang lelaki itu tahu tentang kesukarannya? Tiara bermonolog. Tuan Hardeen hanya tahu menilai dari luaran. Dia tidak akan membuat keputusan begini sekiranya tiada aral melintang. Keputusannya bulat, hendak berpatah balik tidak mungkin. Bayaran sudah diterima. Ini yang dia mahu, bukan?

"Tuan boleh nilai I ikut suka. Keputusan I muktamad, takkan berubah walau setegas mana tuan mengarah. I ada hak I sendiri, dan itu yang tuan coretkan dalam perjanjian. Stay out of my business." Tiara mengakhiri bicara. Figura Tuan Hardeen dijeling. Belum sempat dia melangkah pergi, suara lelaki itu bergema lagi.

"Tanggungjawab aku juga untuk pastikan kau selamat. You are not leaving with that stupid decision of yours. Aku takkan segan-segan untuk minta Elliana batalkan kontrak selagi kau tetap berdegil. Either you do it, or I'll do it for you."

"You know what, I don't give two shits about this. Silakan." Kesabaran Tiara senipis kulit bawang. Lelaki itu masih belum mengenal erti kalah untuk menundukkannya. Sungguh, puncak kesabarannya sudah habis. Pancaindera juga sudah berkaca kerana terlampau marah.

"If this is within your control, then I'm out. I'd rather face the consequences than be your puppet. Tuan tak berada di tempat I. Kesusahan, kesakitan, liku-liku yang I hadap semuanya I tanggung sendiri disebabkan permainan bodoh tuan. Sekarang tuan nak pertikaikan pilihan I pula? Sepanjang I ikut semua telunjuk tuan, apa kesudahan?"

"How am I supposed to know if you never give me a chance? Kau tak pernah izinkan aku masuk dalam hidup kau, Tiara. Sekali pun tidak." Hardeen melawan berani. Kali ini nadanya lebih dalam. Gegenang mutiara di tubir mata Tiara memberi impak besar untuknya. Anehnya, dia turut merasakan kepedihan di dasar hati yang sedang berdenyut-denyut.

"Kau tak pernah berlari dekat aku bila susah. Kau tak pernah cari aku bila sakit. Kau julang ego kau setinggi langit untuk nampak normal. Di mana pengakhirannya? Kalau aku bermuka-muka, kau lebih hebat Tiara. Susah rendahkan dinding ego sendiri? Tercalar? Rasa diri dipijak-pijak?"

Dada Tiara berombak-ombak. Wajah keruh Tuan Hardeen ditenung kosong tanpa riak. Omongan yang dilontarkan tepat mengenai batang hidung. Tiada salah sama sekali. Malah, dia merasakan dirinya begitu terpukul dengan kenyataan itu. Empangan air akhirnya pecah menyembah bumi.

"It's okay to feel upset, it's okay to find somebody else to lean on, and it's okay to let your guard down. What's the big deal?"

Titisan air mata Tiara mencarik-carik daging jantung. Dia cuma mahu menyedarkan gadis itu yang terlampau skeptikal. Dia peduli. Sangat peduli. Kenapa sukar benar Tiara untuk berlaku jujur? Kalau gadis itu terpaksa atas kesukaran mencari wang tambahan, mengapa tidak datang kepadanya? Kenapa tidak patuh dengan tanggungjawab yang patut dikendalikan di pihaknya?

"No matter how mad you get, no matter how much you hate me, I still care about you. That's never going to change. Tapi macam mana aku nak faham kalau kau sendiri tak pernah robohkan apa yang kau bina?"

Tiara tersedu sendiri. Air mata diseka. "I nak balik."

"Tiara." Tangan Tiara dipaut lembut. "We are not done yet."

Dingin. "Jangan. Sentuh. I."

Genggaman dilepaskan. Gadis itu berjalan memasuki studio sehingga hilang dibalik dinding-dinding kaca. Hardeen berdiri sepi, memandang kosong ke arah laluan Tiara sebelum sebelah tangan melurut rambut dengan kasar. Nafas hangat dihela.

***

Peperangan dingin yang terlancar di antara mereka bertahan lama sejak dua minggu lalu. Mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain, malah setiap pertembungan hanya mencetuskan kecanggungan. Tiara cuba berlagak normal manakala Tuan Hardeen pula bersikap profesional. Masing-masing tidak bersuara untuk menghormati batasan yang sedang tercipta. Bagi Tiara, keadaan seperti ini lebih baik berbanding dahulu. Kesunyian pasti terasa namun hidupnya makin aman, fikiran turut lapang tanpa wujudnya lelaki itu di layar mata.

Setiap perancangan berjalan lancar. Mereka berpindah minggu lalu, dan anehnya Farzana tidak lagi mempersoalkan keputusannya. Mungkin rumah yang didiami kini lapan kali ganda lebih kecil dari kondominium mewah Cik Nana, namun itu sudah cukup untuk mereka berdua terlindung dari hujan dan panas.

Tambahan itu pula, jadualnya lebih padat dengan susunan jam kelas di waktu malam. Lapan hingga sepuluh pada hari selasa, khamis, sabtu serta ahad. Dia hanya menerima dengan senang hati apakala Cik Nana berkeras menyediakan pemandu untuk menjemput dan menghantar setiap kali menghadiri akademi. Tetapi yang tidak disangka-sangka adalah berkenaan pemandu yang disediakan Cik Nana. Pemandu sama yang diarah Tuan Hardeen untuk menghantarnya pulang selepas insiden dicabuli Harrez. Dia sangat pasti tentang itu.

Dia tahu Tuan Hardeen meminta Elliana mewakili di pihak lelaki itu bagi mengelak sebarang penolakan darinya. Mereka mungkin tidak berbual, tidak berjumpa, tidak berhubung seperti kebiasaan namun tarikan yang dirasai sangat ketara. Mesyuarat pada isnin tempoh hari menjelaskan. Bibir mungkin membisu, namun pandangan iris hazel itu kerap kali menyinggah. Bila berlaga, kedinginan menular sekali lagi.

Tiara menghapus gambaran Tuan Hardeen dari minda selepas Zalia kembali ke meja bersama semangkuk bihun sup, sepotong kek perisa pandan dan dua botol mineral. Keadaan dalam kafeteria gamat dengan suara-suara pekerja di waktu rehat, namun otaknya terawang ke daerah asing. Ucapan terima kasih terbit.

"You datang tak event syarikat sabtu minggu depan?"

Kek pandan disuap ke mulut. Dia hampir terlupa berkenaan majlis syarikat yang bakal diadakan. Lagipun, tiada kepentingan untuk menghadiri memandangkan dia terikat dengan jadual kelas peragaan. "Not sure. I ada hal lain malam sabtu, mungkin I tak datang." Senyum. "You dah cari baju untuk majlis nanti?"

"Baju sudah, cuma aksesori I tak jumpa yang berkenan." Zalia tersengih. Tidak sabar untuk menunggu hari kejadian tiba. "I baru terfikir nak berpasang-pasangan dengan you. Tapi you tak lapang pula."

Tiara mengusik. Teringat akan desas-desus tentang Zalia dan Qidran. "Jangan risau, I tak ada pun Encik Qidran mesti dah approach you dulu. You ingat I tak tahu? I mungkin lain jabatan, tapi up to date tau."

"Baru talking stage, bukannya confirm bercinta lagi."

Zalia mempertahankan diri bersama sengihan malu kucing. Dia cuba menyelam lebih dalam apabila keadaan semakin selesa. "You macam mana? You okey?"

"Okey?" Tiara berkerut sebelum tertawa hambar. "Mestilah I okey kalau you happy. Jangan salah sangka, I jauh sekali merajuk kalau you berpasangan dengan Encik Qidran tau. Kalau menjadi, cepatlah I makan nasi minyak."

Zalia menyambut tawa tersebut. Kepala digeleng menidakkan fahaman Tiara. Bukan itu yang ingin disampaikan. "Bukan itu maksud I. You tak datang ke majlis memang tak ada kaitannya dengan Tuan Hardeen kan? I mati-mati fikir you dan Tuan Hardeen putus."

Panasaran. Terkejut kerana hubungan cinta mereka berdua disebut-sebut. Lebih-lebih lagi sekarang ini mereka dalam keadaan dingin. Apa yang mencetuskan spekulasi Zalia? Tiara menunggu penjelasan. Gadis itu membuka mukadimah.

"Cik Diva tu bukan main berlagak bila Tuan Hardeen terima untuk bergandingan. Everybody was taken aback because you should've been the first person that crossed his mind. But it's not that strange that he agreed, because they're cousins, after all. You pun tak datang, mungkin tuan hanya tunjuk muka."

Tiara diulit cemburu.

Continue Reading

You'll Also Like

918K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.9M 20.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan...
3.8M 68.1K 45
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Me...
123K 8.2K 19
Mulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. Tentang Encik Rie yang misteri. Tentang S...