T I A R A

Jwayara द्वारा

139K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... अधिक

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 30

3K 227 46
Jwayara द्वारा

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

SUSUNAN kaki Tan Sri Haidar Saadi kemas diatur ke ruangan menunggu di sebuah balai polis Kuala Lumpur. Dia menerima panggilan daripada pihak berkuasa setelah Hardeen dilaporkan mengheret Harrez secara paksaan semata-mata untuk menyumbat anak sulungnya ke dalam penjara. Wajah Harrez bengkak menggelembung dan berdarah. Lelaki itu dibawa ke hospital besar Kuala Lumpur untuk rawatan kecemasan. Dia meminta orang kanannya untuk menguruskan semuanya dengan pihak hospital kerana kontroversi ini akan pecah sekiranya terpampang di akhbar. Dimana harus dia letakkan mukanya ini?

Derapan kaki seseorang mencuri tumpuan. Figura Hardeen berjalan santai sebelum berdiri menghadapnya. Dada Tan Sri Haidar Saadi turun naik dengan amarah menggila. Satu tamparan laju dihadiahi. Kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Tidak boleh menerima perbuatan brutal Hardeen terhadap Harrez. "Harrez hampir mati dikerjakan you. He's lost a lot of blood, and you're only making matters worse. What the hell are you thinking, Hardeen? You bercita-cita nak jadi pembunuh pula?"

Hardeen melonggarkan rahang. Kepala diluruskan ke hadapan semula. Riaknya ketat. "If he couldn't control himself, then he got what was coming to him."

"You beat him to death, your own flesh and blood! Did you even see what you were doing?! Jangan berlagak samseng." Marah Tan Sri Haidar Saadi lagi dengan suara menggigil. Batu-bata kesabaran disusun meninggi, melawan panahan mata anak bongsunya yang tidak getar. Dimana hilangnya ikatan kekeluargaan? Menyala-nyala api di kalbu selepas Hardeen turut menyerahkan rakaman cip kamera yang memaparkan gangguan seksual di pantri untuk mengukuhkan bukti bagi menyumbat Harrez ke dalam penjara.

"Papa fikir I akan biarkan kes ni berlalu kalau penghormatan staf I dicabul? Estate Empire ada undang-undang, dan anak papa dah langgar salah satu daripadanya. I ada kuasa untuk tendang dia keluar dari syarikat sebab mengancam keselamatan pekerja. Ini undang-undang yang papa gubal, dan I cuma praktikkannya. Setiap pekerja berhak bekerja dalam suasana yang selamat dan selesa."

"One more thing, Harrez mencabul dalam keadaan mabuk. Sekaligus melawan etika yang digubal oleh papa sendiri. Untuk mempertahankan pekerja yang terang-terang tidak berdisiplin, solusinya hanya satu. Dibuang." Hardeen menyatakan kesemua logik dalam riak dingin dan tidak bernada. Dia tidak menyesali dengan keputusan ini kerana Harrez memang layak diberi pengajaran. Amaran awal untuk tidak mendekati atau berniat untuk mencelakakan Tiara.

Tan Sri Haidar Saadi menarik nafas panjang. Hujah Hardeen sangat kuat dan berpaksi. Dia tidak menidakkan kesalahan Harrez kerana lelaki itu sering kali bertindak tanpa berfikir panjang. Persoalannya adalah Hardeen. Memukul, memijak, dan menendang sehingga lemah Harrez dibantai.

Biar undang-undang syarikat yang menentukan sebelum kes ini disiasat lebih lanjut, bukannya menggunakan kekerasan. Dia sudah terlebih makan garam. Hardeen hanya berselindung dibalik alasan kerana mereka berdua mempunyai isu antara satu sama lain. Tuduhan yang dimomokkan dari Jesnita satu-persatu dibuktikan.

Wanita itu.

"She's the one pulling the strings, isn't she? She's behind this whole mess?"

Hardeen melorek sinis. Membiarkan lelaki itu menyambung kata yang terjeda.

"You dan dia ibarat langit dan bumi. Sooner or later, you'll realize you'd be so much better off if you've never met her. Wanita itu tak berbaloi untuk dipertahankan."

"Apa yang papa tahu tentang dia? Daripada desas-desus? Internet? Atau dari pendapat bodoh sombong papa sendiri?" Hardeen berminat. Memulangkan semula jawapan. Dia cukup panasaran dengan tahap obsesi Tan Sri Haidar Saadi berkaitan Tiara. Prejudis. "Papa hanya kenal dari luaran. Persepsi. Tanggapan tak membuktikan keperibadian seseorang. Sila selidik tentang dia kalau perlu."

"Do you?" Kali ini Tan Sri Haidar menyoal. "Just because you've seen the tip of the iceberg doesn't mean you actually know her. It's just a facade of perfection that she presents to the world. So do you really think you know her?"

"You're just clinging to that small piece of info you have, but it's a drop in the bucket compared to what I know. If you think you've got her all figured out, then you're dead wrong. So don't tell me I don't know her, because I know her better than anyone else."

Hardeen membalas dengan riak serius. Pertanyaan Tan Sri Haidar Saadi memaksanya untuk bersoal jawab dengan diri sendiri. Benar, dia tidak mengenali Tiara secara keseluruhan. Tiara sekadar nama. Takdir mereka bertembung disebabkan taruhan. Dia cuma memikirkan kemenangan dalam strategi-strategi kotor. Membelai gadis itu dalam permainan hati umpama mencagar hati dan perasaan. Kerana di awal garisan, egonya mendabik. Lariannya sangat laju. Tetapi siapa sangka pecutan di pertengahan arena dia tergelincir?

"You sedang letakkan mata pedang di leher you sendiri, Hardeen. Peristiwa berulang. Terlalu mempercayai adalah penyakit yang boleh membunuh dari dalam. You'll be singing a different tune then when things don't go your way."

"Sure, I may be putting the sword to my own neck, but I think you are too. You're too arrogant, and your pride will be your downfall. You're too focused on how you see me as a threat instead of focusing on yourself. I see how you think, and it isn't pretty. You should worry less about me and more about yourself, because that's where the real danger is."

Sebelah kening dijongket. Ulasan Hardeen mendiamkan Tan Sri Haidar Saadi.

***

Beberapa karang ayat dipadam. Berkali-kali. Tiara buntu. Ibu jari ligat mengetik skrin untuk membetulkan penyampaian pesanan. Belum sempat dikirim, aplikasi perbualan ditutup. Dia mengalah dan memutuskan untuk bersemuka dengan gerangan berkenaan. Sampul coklat di atas document tray diperhati lama, menyusun agenda agar kehadirannya terlihat relevan. Beberapa surat sulit di dalam sampul diperiksa terlebih dahulu sebelum kakinya menyusun jalan ke jabatan korporat.

Pintu kaca dilalui selepas melolosi keluar dari lif. Sampul bertukar tangan, ucapan terima kasih diterima dari setiausaha pegawai. Senyuman dilayangkan namun anak matanya kembali terlari mencari-cari kelibat seseorang. Harapan di dada mekar. Semalam dia tidak mampu melelapkan mata mengenangkan situasi yang terjadi di antara mereka. Dia akur apakala Tuan Hardeen mengeluarkan arahan untuk pulang bersama pemandu lelaki itu.

Ingatan Tiara terpesong kepada tragedi tiga bulan lalu. Latar tempat mungkin tidak sama, namun situasi dan perasaan semasa mengalaminya serupa. Setiap perkara buruk yang terjadi ke atasnya bagaikan bersulam dengan takdir lelaki itu. Sewaktu dia hampir diperkosa Fahmi, Tuan Hardeen datang sebagai penyelamat. Detik dia diserang panik, lelaki itu muncul untuk menenangkan.

Dia masih ingat momen-momen lelaki itu meredakan atmosfera selepas dia diherdik dan dimalukan Suzy. Saat dia buntu untuk mencari dana tambahan bagi projek Kubang Gajah di Perlis, lelaki itu menawar diri untuk melabur. Tidak cukup dengan itu, semasa dia diheret secara paksa oleh Harrez, Tuan Hardeen menampilkan diri untuk mempertahankannya. Bila dia diugut untuk dicederakan sebagai tebusan di kuarters, lelaki itu maju ke hadapan untuk melindungi.

Sekali lagi.

Sekali lagi, dia diselamatkan dari dicabuli.

"Cari siapa Cik Tiara?"

Amina menegur. Kepalanya turut berpaling ke belakang. Riak canggung terpampang di wajah lembut itu, seolah-olah tersedar dari lena panjang. Pen di tangan laju mencoret atas resit. Cop berbentuk bulat ditekap untuk diserahkan semula.

"Kalau Cik Tiara cari tuan, dari pagi lagi tuan dah keluar. Kemungkinan sebelah petang nanti tuan masuk ofis semula."

Tiara tersenyum halus, tidak menjawab persoalan tersebut. Sehelai surat berkepil klip kertas disambut dengan ucapan terima kasih. "Macam mana I nak book temujanji dengan tuan ya? Tuan Hardeen memang selalu keluar?"

Amina membalas keramahan itu lorekan mesra. Wajah manis Tiara ditatap. "Cik Tiara boleh terus direct setiausaha tuan, Cik Qaisara. Dia akan uruskan apa yang perlu bergantung kelapangan jadual tuan."

"I see. Thank you, Cik Amina."

"Welcome."

Langkah dibawa beredar. Butang lif ditekan. Surat dan resit di tangan dibaca sekilas lalu untuk membeli masa. Tiara kembali khayal sebelum rambut diselit di tepi telinga. Tatkala daun pintu lif terkuak, dia disambut dengan renungan tajam dari seorang wanita. Pancaindera merek bertembung. Riak Tiara kekal biasa. Kedua-dua belah kaki tetap menyusun langkah ke dalam.

"Tiara, right?"

Butang lif ditekan seraya Tiara berpaling ke sisi. Gadis itu mengerling objek di tangan sebelum menyabungkan anak mata mereka berdua. Dia pernah terserempak dengan gerangan ini di jabatan korporat kerana gadis itu mempunyai kaitan dengan Tuan Hardeen dan Encik Sean. Kepala diangguk ala kadar, mengiakan tekaan Jesnita.

"Macam mana rasanya sentiasa dikejar media? Seronok? Popular satu dunia atas nama Hardeen mesti banyak manfaat untuk you kan?"

Jesnita memulakan perbualan dalam ton sindiran. Figura Tiara direnung dari atas hingga ke bawah. "You really shouldn't get so carried away, because the situation is temporary. In fact, I don't think you're really worthy of being with Hardeen at all. He can do much better, so don't get too comfortable in your place."

Senyuman Tiara bergayut di bibir. Sedar akan permainan mental Jesnita yang sengaja menyakiti hatinya. Dia tidak tahu apa silapnya dengan gadis ini tetapi tuduhan itu sangat melampaui batas. Kalau Jesnita berniat memporak-perandakan fikirannya, lupakan saja. Dia tidak peduli.

"Of course, I can't reach his level. But let me correct you here a little. He's the one who should question his worth. He's nowhere near worthy of me."

Jesnita tergelak sinis. "That's rich, coming from someone who's secretly fallen over their boss. How cute. Go back to sucking up to your boss, because that's all you're good at. Jawapan you tak selari dengan perbuatan. But let me break it to you, honey, kewujudan you tak membawa satu makna untuk Hardeen. So stop wasting your time and get your head out of the clouds."

Bulu roma yang sedari tadi enak dibuai mimpi mencacak tegak di setiap permukaan kulit. Tiara cuba menahan diri dari mengikut perasaan. Postur dibetulkan menghadap Jesnita, iris memanah tenang wajah sombong itu.

"I'm perfectly capable of deciding what's best for me, and I certainly don't need someone like you telling me what to do. Daripada you buang masa perkecilkan I, lebih baik you pergi jaga masalah you sendiri. Save your breath and leave me alone, because I'm not interested in hearing any more of your useless advice."

Tiara menjeling dan berlalu keluar dari perut lif selepas pintu terbuka. Jesnita tergelak dalam nada tidak percaya. Bahang di wajah menyimbah-nyimbah mendadak. Sakit hati bukan kepalang. Bibirnya menyumpah, tercabar dengan sikap berani mati gadis itu dalam berkata-kata untuk menyerang balas. Terkejut kerana Tiara bukan senaif yang disangka. Who does she think she is?

Rakaman di kawasan kolam renang Paradise Cove diperhati lama melalui sambungan kamera di komputer riba. Figura seorang wanita berteleku lama di atas rattan lounge sambil melihat panorama Kuala Lumpur di sebalik kepekatan malam. Mata Hardeen meliar melihat keadaan sekeliling subjek sebelum butang zoom dijauhkan kembali. Semenjak kebelakangan ini, gadis itu kerap bersiar di sekitar fasiliti. CCTV tertutup dipasang di setiap tempat terbuka. Dia tidak boleh memantau Tiara secara dekat kerana cara ini saja yang boleh dilakukan untuk melindungi gadis itu tanpa disyaki.

Kes Harrez sepi setelah diikat jamin oleh Tan Sri Haidar Saadi. Disebabkan peristiwa sebelum ini, dia memastikan lelaki itu diberhentikan serta-merta. Kebenaran liar ditutup papa tanpa diketahui warga syarikat untuk menjaga air muka keluarga. Namun begitu, masih terdapat mulut-mulut yang menyoalkan kehilangan Harrez sekelip mata.

Ada spekulasi yang mengatakan lelaki itu menarik diri dari Estate Empire kerana ingin menyambung pelajaran dalam mendalami ilmu perniagaan. Ada juga yang membuat kesimpulan Harrez melancarkan peperangan darah daging kerana ingin merampas posisi sebagai peneraju Estate Empire.

Perkara yang menarik hatinya adalah gadis itu. Baru-baru ini, Qaisara memaklumkan tentang temujanji yang ditempah oleh Tiara atas dasar peribadi. Kalau diikutkan jadual yang terlampau padat, dia tidak terluang untuk memenuhi keinginan tersebut. Pihak pengurusan menyibukkan diri dengan persiapan majlis syarikat yang bertemakan gabungan maskedball dan beautiful in white di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Masa berbaki satu bulan lagi.

Meskipun jadualnya padat dari pagi hingga ke petang, Hardeen cuba meminta Qaisara untuk mengosongkan mana-mana masa untuk Tiara pada hari esok. Notis telah dihantar. Dia panasaran untuk mengetahui topik yang bakal dibuka selepas kejadian sebelum ini. Hardeen sedar gadis itu layak bersoal jawab selepas apa yang terjadi. Dia cuma boleh menjanjikan apa yang hendak didengari Tiara. Selebihnya, biar kekal dalam pengetahuannya sendiri.

Fokus anak mata hazelnya beralih selepas figura Tiara yang tergambar di dalam rakaman sudah berkira-kira untuk berlalu pergi. Kuntuman senyuman kecil di bibir Hardeen mekar tanpa sedar. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

"TUAN tunggu Cik Tiara di dalam."

Tiara tersenyum mesra sebagai balasan selepas keizinan diberi. Santai saja langkah mendekati satu koridor khas sebelum anak matanya dipersembahkan dengan satu pintu gerbang. Ingatannya terimbas pada kedatangannya dahulu dalam keadaan diheret dan dipaksa oleh lelaki itu.

Aura yang dialami sekarang adalah berlainan. Dulu sememangnya dia tidak rela namun kini semuanya disebabkan keinginannya sendiri. Pintu diketuk. Detik hawa dari bilik sejuk beku itu dirasai setelah dikuak, suara dehaman seseorang dari dalam mengetuk gegendang telinga. Anak mata Tiara terjamah dengan figura sasa di hadapan.

"Please, take a seat and make yourself comfortable."

Akur. Salah satu kerusi di hadapan lelaki itu menjadi tempat labuhannya. Kedinginan persekitaran di pejabat serba mewah ini menggamit ketidakselesaan buat Tiara. Mata mereka saling bertentangan. Agenda di kepala tetap diteruskan. Lelaki itu bersikap profesional, berbeza dengan perbualan mereka di dalam kereta sebelum ini. Tiada batasan.

"I appreciate the time and effort you took to consider my request, despite your tightly packed schedule. I harap I tak membebankan tuan."

"It's really no trouble at all. I'm just glad I could help you out. It's the least I could do. What's bring you here? Apa yang ingin dibincangkan? Qaisara maklum pada aku kedatangan kau atas urusan peribadi."

Hardeen menjongket sebelah kening. Riak di wajah Tiara terlihat jernih. Namun kosong dan kabur. Mukadimah dipetik. "Mahkamah syarikat bersetuju dan sebulat suara untuk keluarkan Harrez dari Estate Empire disebabkan masalah disiplin. Rakaman CCTV dipindah keluar dari bilik sekuriti dalam erti kata lain, tiada seorang pun tahu kau terlibat atas pemecatan Harrez. Kalau itu kau risaukan, aku harap penjelasan aku jelas."

Keadilan. Tuan Hardeen menuntut keadilan di pihaknya walaupun lelaki itu menolak saudara sedarah mentah-mentah. Tiara cuba menyimpulkan informasi yang diterima. Tidak lama sebelum suaranya mengamatkan suasana. Dia perlukan jawapan.

"Apa kelebihan yang kita berdua peroleh daripada perjanjian ni sebenarnya? Sampai bila I perlu tunggu kebenaran yang tuan janjikan? I dikecam, I juga terima berbagai-bagai kesan buruk disebabkan status yang tuan keluarkan pada media. Kebebasan I hilang, hampir mati, hampir dirogol. Nasib I mungkin baik buat masa sekarang, tapi di masa lain?"

Hardeen menghela nafas. Dia sudah agak gadis itu akan membuat perhitungan. Tiara perlu diyakinkan bersama bukti. Itu saja. "Would you prefer an honest reply or would you rather I tell you what you want to hear?"

"I jangkakan jawapan jujur dari tuan, tiada kiasan, tiada batasan. Jujur. Itu saja."

Hardeen menggangguk sebagai jawapan. Sampul coklat bersaiz A4 dikeluarkan dari laci sebelum dihampar di atas meja. Gadis itu termanggu-manggu tidak mengerti. Anak mata bulat itu dicari.

"Aku minta kau baca dan fahami. Bila kau bersedia dan setuju, turunkan tandatangan dan beri semula pada aku. Aku akan sertakan salinan serupa di pihak sendiri. If there are some part of the deal that you are not comfortable with, we can rearrange the agreement so that it is more equitable for both sides. Syarat-syarat kau takkan dipersoalkan atas dasar penghormatan. Tiada paksaan."

Dahi Tiara berkerut. Cuba menangkap penjelasan Tuan Hardeen yang samar-samar dari kefahamannya. "Tuan tawarkan agreement baru untuk manfaat kedua-dua belah pihak atas apa yang terjadi? Tuan, I cuma nakkan kebenaran tentang Encik Sean. Perlu formaliti hanya disebabkan kepuasan hati sendiri?"

"Keadaan dah berubah, sama juga dengan kita. Perjanjian mulut takkan valid. Andai kata syarat yang dipersetujui telah dilanggar dengan niat atau sebaliknya, perjanjian terbatal namun berpampasan. Aku bertanggungjawab untuk setiap perkara. Lagipun, tak relevan batalkan perjanjian kalau kaki dah jauh melangkah. Kalau kau berniat untuk tarik diri, think again. Keadilan tipis sebab kebebasan kau dah dicagar. I have nothing to lose. Please read this closely."

Tiara mencapai sampul dengan debaran kecil di dada.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

5.1K 400 8
"How about I give you shelter but in exchange, will you marry me?" Dingin dan tiada emosi, Dahlia. Tawaran dia mengarut tapi bagi Wafi yang 'homeless...
10.4K 1.1K 21
"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."
82.7K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...