ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 42

3.7K 283 13
By WafaAriffin

AAIRA tersenyum melihat biliknya sudah dipenuhi dengan orang ramai. Gamat bilik itu dibuatnya.

Ada keluarga mertuanya.

Ada kawan-kawan suaminya.

Dan juga Syira.

Cepat saja gadis itu membiasakan diri dengan keluarga Tengku Danish. Siap boleh bergosip dengan Tengku Seri. Dua-dua diva and drama queen. Sesuai lah ummi berjumpa dengan kawannya itu.

Tengku Danish ada disebelahnya ini. Duduk dibirai katil sambil bersandar sedikit.

Tengku Farid diam mendukung cucu perempuannya, Aaliya. Fahd pula berada dalam dukungan Nara.

Aaira tersenyum melihat gadis itu. Disebelahnya ada Danyel.

Pengantin baru..

Mereka terus bernikah tanpa bertunang dua minggu sebelum dia bersalin. Danyel bukan gelojoh. Tapi ada sebab dia rancang begitu. Aaira tak mahu masuk campur lebih-lebih. Cukup dia lihat mereka bahagia, sudah cukup baginya.

Bunyi kuakan pintu menggamit perhatian semua orang. Muncul Farisya di situ. Berdiri di tengah pintu dengan wajah yang agak terkejut.

"Err.. Assalamualaikum"

Semua yang ada di situ menjawab salam tersebut. Teragak-agak Farisya mahu masuk ke dalam. Agaknya segan kut melihat ada ramai orang.

Cepat-cepat dia salam dengan keluarga Pak Longnya dengan kaum perempuan yang ada di situ sebelum bergerak menghampiri katil Aaira.

"Farisya tak kerja ke harini?" Tanya Tengku Seri. Farisya menggeleng.

"Harini Farisya cuti" balasnya perlahan. Tengku Seri angguk juga. Kemudian dia bergosip semula dengan Syira.

Farisya memandang Aaira.

"Hye Aaira" sapanya tanpa nada. Aaira ukir senyum manis. Walaupun hatinya terasa gentar sedikit.

"Hye kak Farisya. Duduk lah akak, kerusi tu ada" Aaira membalas sapaan itu macam biasa. Farisya senyum nipis sebelum mengambil tempat di sebuah kerusi berdekatan dengan katil Aaira.

"Sorry lah.. I tak tau nak bawak buah tangan apa, sebab you kan tengah berpantang. Tapi.. I ada beli hadiah untuk kembar. Nanti I hantar dekat rumah korang" Aaira senyum lagi. Kini, lebih lebar.

"Untung si kembar dapat banyak hadiah. Terima kasih akak" ucap Aaira lembut. Ikhlas kedengaran membuatkan Farisya turut mengukir senyuman manis. Kemudian, dia pusing ke belakang. Ke arah si kembar.

"Farisya nak dukung Fahd ke?" Tanya Nara perlahan. Farisya angguk malu sebelum pusing semula memandang Aaira. Melihat anggukan daripada Aaira itu, Nara terus bangun untuk memberi bayi di dalam dukungannya kepada Farisya.

Gadis itu agak kekok pada mulanya. Tetapi lama-lama mula tersenyum sendiri melihat Fahd.

Aaira senyum melihat adik sepupu suaminya itu. Kejadian di restoran haritu buat dia agak janggal dengan Farisya.

Aaira mencapai tangan suaminya. Tak dihiraukan semua yang ada di situ.

"Abang" panggilnya perlahan.

"Sakit" adunya kecil apabila lelaki itu mengangkat kening bertanya. Tengku Danish terus duduk tegak.

"Sakit kat mana?" Soal Tengku Danish. Aaira menunjukkan belakang tangan yang dicucuk IV drip. Tengku Danish menilik tangan kecil isterinya itu. Bengkak dah.

"Nanti aku suruh doktor check ye. Tahan dulu boleh kan?" Aaira angguk kecil.

"Boleh! Aaira kan strong" balas Aaira penuh yakin. Tengku Danish tergelak kecil. Diusap kepala isterinya itu lembut.

Makin manja pula ibu muda ni lepas bersalin. Mujur kalau melihatkan si kembar, Aaira terus bertukar mood keibuan.

Aaira cakap dulu dia sudah biasa jaga budak-budak kecil. Tetapi kalau bayi, perlu ada bimbingan daripada ummi. Tengku Danish tak risau sangat. Kalau Aaira kekok, dia boleh bantu. Waktu Tengku Faid dan Tengku Faiq masih bayi pun dia yang banyak jaga. Jadi, ada lah pengalamannya.

Farisya melihat kemesraan suami isteri itu buat beberapa saat sebelum melarikan anak matanya ke arah Fahd di dukungannya. Bibir perlahan-lahan menyungging senyuman nipis. Bibir kecil yang bergerak-gerak comel itu dicuit.

Geram!

AAIRA membelek majalah yang sememangnya sudah tersedia dalam wad itu. Secara jujurnya, dia tak baca pun sebenarnya. Cuma tengok-tengok gambar yang ada dalam majalah itu.

Dah habis satu majalah, dia ambil majalah lain pula. Betapa bosannya dia ketika itu. Nak main dengan kembar, tapi anak-anakku itu sedang tidur. Tak mahu dia kejutkan. Belajar dari kesilapan, anak-anaknya memang susah nak tidur balik melainkan hanya menangis saja.

Mengamuklah! Apa lagi kan..

Telefon bimbitnya pula ada pada Tengku Danish. Lelaki itu memegang gajet itu sejak dia tunjuk nombor tak dikenali kelmarin. Bila tanya nak dibuat apa dengan telefonnya itu, hanya dibalas sambil lewa saja. Entah apa yang dia nak buat.

Aaira rebahkan tubuh di atas permukaan katil hospital bersama majalah yang sudah tersadai di atas perutnya. Jam yang tersangkut pada dinding ward dipandang.

Pagi tadi sebelum suaminya gerak ke tempat kerja, Tengku Danish beritahu yang dia akan balik awal. Mungkin waktu lunch nanti kut.

Aaira terfikir tentang kereta yang hampir melanggarnya haritu. Sudahlah larikan diri. Orang cakap la maaf ke apa. Ni blah macam tu je?

Mujur anak-anak aku selamat. Humph!

Bunyi pintu ditolak dari luar menghentikan lamunan Aaira. Terus terduduk tegak saat melihat susuk tubuh Tengku Danish. Wajah suaminya ditatap dengan kerutan.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" sambut Aaira perlahan. Tangan Tengku Danish dicium lembut sebelum terasa dua kucupan singgah di dahi dan kedua pipinya saat kepala diangkat semula.

Dia melihat lelaki itu bergerak mendekati si kembar. Kucupan lembut dilabuhkan pada pipi wangi anak-anaknya.

"Abang dah habis kerja ke?" Soalnya. Tengku Danish melempar coat miliknya di bahu sofa lalu dia berbaring di atas permukaan sofa tersebut. Soalan Aaira dibiar tak berjawab. Helaan nafas panjang kedengaran di telinga.

Penuh berhati-hati Aaira turun dari katil dan menapak perlahan ke arah suaminya. Dia tinjau sedikit wajah Tengku Danish yang sudah ditutupi dengan lengan lelaki itu.

Perlahan-lahan Aaira duduk di hujung sofa. Pedih di bahagian kewanitaannya ditahan. Lantas dibaringkan tubuhnya di atas badan Tengku Danish. Tangan memeluk erat tubuh itu. Risau dia yang tergolek ke bawah nanti.

Tengku Danish alihkan lengannya dengan wajah berkerut. Spontan mata terbuntang luas tatkala ruangan maya dipenuhi dengan separuh tubuh Aaira di atasnya.

Tubuhnya ditahan supaya tidak bergerak. Tak mahu gerakannya buat isterinya sakit. Lagipun dia tak boleh nak bangun kalau dihimpit begini.

"Ya Allah.. Aaira"

Belakang Aaira ditepuk lembut. Aaira gerakkan kepala memandang ke wajah Tengku Danish. Kepala masih melepet pada dada lelaki itu. Sengihan panjang dilemparkan.

"Bangun" Tegas lelaki itu. Aaira diam. Wajah digesel pada dada itu tanpa menghiraukan arahan suaminya.

Tengku Danish mengeluh kecil. Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya. Tubuh kecil Aaira dipeluk erat.

"Baring dekat atas katil sana. Jangan baring dekat sini. Abang nak rehat sekejap. Boleh?" Tanya Tengku Danish lembut. Memujuk isterinya itu supaya mendengar apa yang disuruh. Aaira mencebik. Tubuh suaminya masih tidak dilepaskan.

"Abang janganlah baring sini. Baringlah dengan Aaira dekat atas katil tu"

"No.. abang baring sini je" tolak Tengku Danish perlahan. Aaira sudah cembeng.

"Kalau macam tu, saya nak baring sini jugak!" tutur Aaira selari dengan pergerakan tubuhnya mahu berbaring di ruang sempit di atas sofa itu. Tengku Danish meraup wajahnya. Pantas ditahan tubuh kecil yang sudah mahu rebah.

Degil betul.

"Okey, aku tidur atas katil dengan kau. Bangun-bangun" Akhirnya dituruti juga kehendak si isteri.

Sepanjang Aaira berpantang, dia perli beri lebih perhatian pada isterinya itu. Emosi orang berpantang perlu dijaga dengan sebaiknya.

"Abang tak jawab pun soalan saya tadi. Awalnya abang datang sini" Aaira bertanya semula setelah kedua-duanya selamat berbaring di atas katil. Tengku yang mengiring menghadapnya sambil melelapkan mata dipandang.

Tengku Danish diam buat beberapa saat sebelum membalas.

"Takde meeting penting harini. Abang datang lah sini teman Aaira" jawab Tengku Danish perlahan. Matanya dipejam rapat sambil melepaskan lelah. Aaira senyap memerhati suaminya.

Layanan lelaki ini nampak lain. Mungkin ada masalah di pejabat. Bibir Aaira kembali menarik senyuman.

"Doktor ada cakap apa-apa tak?" Soal Tengku Danish pula. Pantas Aaira angguk kepala walaupun suaminya itu tidak melihat wajahnya.

"Adaa. Doktor cakap Aaira dah sihat! Dah boleh balik! Yeayy!!" jawab Aaira dengan nada riang. Tengku Danish mencelikkan mata. Memandang tunak ke mata isteri kecilnya itu.

"Tu je doktor cakap?" soal lelaki itu bersama kerutan di dahi. Aaira kecilkan bibir.

Sebenarnya doktor yang datang ke biliknya pagi tadi selepas Tengku Danish lepas ke tempat kerja sudah menerangkan tentang keadaannya dengan si kembar. Panjang lebar dia dengar tanpa sebutir suara pun keluar.

Faham pun tidak. Malah dia hanya terkebil-kebil dan senyum mengangguk seakan faham.

Keluar saja doktor itu, Aaira terus garu kepala seraya melihat ke arah anak-anaknya. Lupa sudah apa yang dia dengar tadi.

"Ehehe.. Aaira tak faham doktor cakap apa" tutur Aaira perlahan. Bibir memuncung tak bersalah . Mata Tengku Danish mengecil melihat isterinya itu. Jemarinya terus mengepit hidung Aaira. Terkejut ibu muda itu dibuatnya.

"Abangg" rengek Aaira sakit. Mata dipejam sambul menampak tangan Tengku Danish. Terkemam bibir Tengku Danish menahan gelak apabila mendengar suara sengau Aaira.

"What?"

"Lepaskan hidung Aaira!"

"Kalau tak nak?"

"Aaira cubit abang" Terjungkit kening Tengku Danish mendengarnya.

"Haa try lah" Belum sempat Aaira mahu cubit pinggang suaminya, Tengku Danish sudah mengunci kedua tangannya kemas.

"Abangg!! Tak acii"

"Aci dekat India" ejek Tengku Danish. Aaira menjerit sengau. Kepala digeleng cuba melepaskan hidungnya.

"Abangg" Tengku Danish tergelak kecil.

"Yela yela" Merah hidung Aaira saat dilepaskan. Tercebik-cebik bibir nipis itu. Hidung disuakan pada suaminya.

"Akitt" rengek Aaira lagi. Tengku Danish tersenyum nipis sebelum menunduk sedikit. Hidung kecil itu dicium sekilas. Tersengih-sengih Aaira. Senang dengan perbuatan suaminya itu. Tubuh Tengku Danish terus dipeluk erat.

FARISYA merenung potret keluarga Tengku Farid. Lebih tepat ke arah Tengku Danish. Segak walaupun tanpa senyuman. Lama dia berdiri di hadapan gambar tersebut. Kemudian dia bergerak ke arah bingkai gambar yang tergantung pada dinding. Matanya terpaku pada gambar perkahwinan Tengku Danish dan Aaira. Farisya tersenyum nipis.

Dia beralih pada gambar sebelah pula. Gambar Tengku Danish memakai seragam sekolah berwarna biru. Tanpa sedar, tangan Farisya menyentuh permukaan gambar tersebut. Teringat kembali waktu dia diganggu oleh sekumpulan pelajar lelaki di belakang sekolah. Tengku Danish lah yang menyelamatkannya. Dan sejak itu lah dia mula menaruh hati pada abang sepupunya itu.

"Kenapa lah aku tak luahkan perasaan aku dulu. Kalau tak mungkin sekarang ni aku dah bersama dengan abang Danish" keluh Farisya perlahan.

Sedikit perasaan iri terhadap Aaira. Mereka baru kenal dan tak sampai setahun pun hubungan mereka. Kenapa Tengku Danish lebih memilih orang yang baru dia kenal beberapa bulan. Dia akui Aaira seorang gadis yang cantik. Malah lebih cantik berbanding dia.

"Tapi dia terlalu naif untuk abang Danish. Memang tak sepadan" Farisya memejam rapat matanya dengan tangan tergenggam erat menahan rasa.

"Farisya"

Farisya menoleh ke belakang. Kelihatan Mellysa berdiri memandangnya sambil memegang sedulang air. Baru dia sedar, rumah ini bukan hanya ada dia saja. Bahkan ramai.

"Bila you datang sini?" Soalnya mendatar. Mellysa jongket sebelah kening.

"Lama dah. Farisya je tak perasan" balas Mellysa bersama senyuman manis. Farisya kerutkan dahi. Aneh.

"Farisya pergilah depan. Semua lepak sana" sambung Mellisa lagi sebelum gadis itu mula mahu menapak ke depan. Cepat-cepat Farisya menahan.

"Eh kejap"

Mellysa kembali memandang Farisya. Kedua belah kening diangkat tinggi.

"You.. ingat tak haritu? Masa kita jumpa" soalnya perlahan. Mellysa berkerut tak faham.

"Jumpa bila tu? Dekat mana?" Tanya Mellysa pula. Farisya diam tak menjawab. Wajah gadis dihadapannya itu dipandang dengan kerutan di wajah.

Kemudian, dikawal riak wajahnya.

"Tak de pape lah. You pergi depan dulu, nanti I ikut" balas Farisya perlahan tanpa menjawab soalan tadi. Ragu-ragu gadis itu jatuhkan kepala sebelum beredar dari situ. Farisya diam berfikir.

Apa sebenarnya ni?

Takkan Mellysa lupa dengan pertemuan mereka haritu? Nyanyuk ke?

"Sayang nak makan apa? Ada kuih karipap, kuih donat, kuih.. kuih apa ni mak long?" Tanya Danyel pada Tengku Seri.

"Itu kuih bakar"

"Hah, kuih bakar. Sayang nak apa?" Soalnya sekali lagi. Nara kecilkan bibir sambil memandang semua kuih yang ada.

"Nak semua lah! Kita share boleh?" Tanya Nara pula. Danye ukir senyum lantas angguk sebagai jawapan. Pinggan polisterin di keluarkan dari plastik. Diambil setiap jenis kuih sebiji. Penuh pinggan itu terisi. Kemudian, barulah dia hulur pada isterinya.

Nara tersenyum lebar.

Baru saja dia mahu duduk di sebelah isterinya semula, ada satu suara memanggil.

"Abang Danyel"

Farisya berdiri tegak di tepi sofa yang diduduki mereka. Riak wajah itu serius. Danyel balas dengan riak kosong diwajahnya sebelum bertukar ceria apabila menatap wajah si isteri. Kepala Nara diusap lembut lalu dikucup pipi gebu itu sekilas.

"Abang jumpa Farisya kejap ye. Sayang makan lah dulu"

Nara cemberutkan wajahnya.

"Aipp.. no jealous jealous" tutur Danyel perlahan. Nara tergelak kecil.

"Pergilah sana. Orang nak makan ni" halau Nara. Danyel bulatkan mata. Kemain budak kecik ni.

Dia pandang adik sepupunya semula.

"Jom" Terus jalan melepasi gadis itu ke taman bunga Tengku Seri. Farisya senyum nipis pada Nara sebelum berlalu mengikut Danyel. Tak mahu isteri abang sepupunya berfikir lain.

Nara hanya balas senyuman itu lantas melahap kuih donat ke dalam mulut.

Erm.. veryyy lembut!

– Wafa Ariffin –
ෆ Do vote and comment ෆ

Kalau ada yang pelik sila beritahu!

Maaf buat yang lama menunggu, luv semuahh ( ˘ ³˘)♥

Continue Reading

You'll Also Like

78.5K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
96.2K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...
293K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
637K 24.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...