T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 25

2.6K 185 50
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

PERBINCANGAN antara dua buah negara itu berjalan dengan lancar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Cik Skyler White merupakan pegawai berkuasa di cawangan North Carolina dan kehadirannya di sini adalah atas dasar kemahuan diri. Estate Empire melantik wanita lingkungan 30 tahun ini untuk menjaga dan mengawal kekecohan yang berlaku dari semasa ke semasa. Setelah dikenalpasti, dalang yang menjadi gunting di dalam lipatan berjaya diberkas. Tidak disangka-sangka pembantu timbalan turut memainkan peranan dalam menggelapkan jumlah wang demi menjaga pelaku yang berpangkat rendah.

"Since we have strong evidence in the case against Mr. John, it is quite certain that the police will take action against him. It's just a matter of time until he's put behind bars, probably for a few days at least." Tutur Skyler memberi maklumat. Anak mata hazel itu direnung. Menyambung.

"He'll try to plead mistrial, saying that there was insufficient evidence against him. But I've hired some of the best lawyers that money can buy, and they're going to shoot down his mistrial plea. Even if it goes to court, we'll win the case. So worry not, this case is in good hands."

"What about the rest?" Soal Hardeen lagi.

"They admitted to embezzling funds so they could get their sentence reduced, but we've hit them with a twelve million dollar lawsuit. So they're screwed either way."

Hardeen menyentuh batang hidung, sedikit gelisah. Saman tidak akan menyelesaikan masalah. Kerugian yang dihadapi cawangan di luar negara sangat serius dan tidak mustahil mereka akan jatuh ke dalam gaung. Wang yang digelapkan bukan 1 USD, tetapi berjuta-juta sehingga menjejaskan pembayaran gaji untuk tenaga kerja.

"I need you to keep a close eye on all staff and to be especially vigilant for any hint of wrongdoing. Sean needs to be monitoring for any loss or misappropriation and should be sending reports to the main branch immediately, without fail. We can't afford to miss even the tiniest detail."

"Don't worry about a thing, we're on the case."

Skyler menggangguk taat. Mencatit perkara penting di dalam perbincangan lisan bersama tokoh perniagaan terkemuka yang menerajui Estate Empire. Permintaan dikemukakan. Tumpuan lelaki itu terhala kepadanya. "We've discussed Mr. Sean's conditional admission, so we thought we'd give him a spot here at our branch, if that's alright by you."

Bagai bulan jatuh ke riba, Hardeen menguntum senyuman penuh makna. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh dengan postur santai. Menyimpan Sean terlalu lama di negara asing tidak menguntungkannya, lebih-lebih lagi mereka memang memerlukan lelaki itu di sini. Tempoh Sean berkhidmat sementara selama tiga bulan bukan satu masa yang singkat. Dia perlu memikirkan status Estate Empire di hari muka.

"We'll see how it goes."

***

Laci kabinet digeledah dengan kerutan di dahi. Tidak cukup dengan itu, document tray di atas meja kerja diperiksa untuk kesekian kalinya, memastikan objek tersebut tidak berselindung dibalik kertas-kertas kerja. Tiada. Mana handphone aku lesap ni? Tiara berfikir sejenak, cuba mengingati satu-persatu momen kelmarin. Pemeriksaan turut dilakukan berkali-kali di segenap rumah dan kereta Farzana, malang sekali usaha pencariannya umpama mencurah air ke daun keladi.

Takkan hilang? Walang sungguh hati ini mengenangkan kandungan-kandungan dalam telefonnya sangat bernilai. Harapan nada dering telefon bimbitnya menjerit untuk diangkat terpatah sendiri selepas mod senyap dipasang sebelum memasuki dewan mesyuarat semalam. Dia tidak pasti sama ada sudah mematikan mod senyap atau belum. Mungkin, mungkin tertinggal di dewan. Tiara berfikir lagi memandangkan pencariannya belum menjelajah di kawasan itu.

Di luar dunia Tiara, sepasang mata ganjil memerhati dalam diam. Harrez memusatkan fokusnya ke arah cermin jendela yang menempatkan ruang eksekutif pemasaran. Kubikelnya disusun menghadap bilik gadis itu, memudahkan untuk mencuri pandang figura kecil di kamar berpenghawa dingin. Objek leper berteknologi canggih yang sejak dari tadi mendarat di tangan dimain-main mengikut arah pusingan jam. Berfikir.

Bagaimana cara untuk memulangkan tanpa memburukkan namanya sendiri? Hendak diserahkan kepada Jane secara buta-buta bukan satu idea yang bijak kerana dia pasti akan ditunding sebagai pencuri kelak. Harrez bangkit dari kerusi dan melangkah santai. Mata-mata pekerja yang memerhatik tidak diendahkan malah aturan kakinya semakin maju menghampiri Jane di workstation. Tumpuan gadis itu terlari selepas posisi diriannya tegak di hadapan kubikel. Mereka saling bertatapan sebelum bait bicara Jane terlepas dari bibir.

"Ya, Encik Harrez?"

Jane mendongak, merenung wajah kacak Harrez di hadapan. Rupa lelaki itu sangat seiras dengan Tan Sri Haidar Saadi jika dilihat dari jarak dekat. Bicara disambung. "Ada apa-apa I boleh bantu?"

"Aku nak jumpa Tiara." Pinta Harrez tiada dolak-dalih.

Jane menyatakan hujahan. "Miss Tiara is pretty busy right now, so it might be wise to seek out your mentor instead. They can provide you with the help and references you need."

Harrez melorek kuntuman sinis, tidak menerima alasan Jane yang terang-terangan sedang menghalau. Tujuannya berpijak hingga ke sini adalah untuk memulangkan telefon bimbit gadis itu. Sibuk? Sibuk jadahnya kalau berkerut-kerut dahi Tiara mencari barang yang tidak kunjung tiba?

"Mind your own damn business. I want to get in there, so tell her. Right now."

Jane menghembus nafas, menjentik hatinya untuk tetap bersabar dengan sikap biadap Harrez. "Encik Harrez tak faham bahasa ke? You can't just do whatever you want unless it's something really important. So cut it out."

"See if I give a damn."

Harrez meluru ke daun pintu. Tergesa-gesa Jane bangkit dari kerusi untuk mengejar langkah Harrez yang kian menjauh. Kehadiran mereka berdua disambut dengan riak tertanya-tanya dari Cik Tiara. Bibir diketap geram. Jelas sekali lelaki itu tidak menghormati gubalan undang-undang syarikat. Kepala ditunduk dengan pintaan maaf berkali-kali atas kelalaiannya.

"It's okay Jane."

Tiara tersenyum tipis sambil merenung figura-figura manusia di muka pintu pejabat. Kata pamitan Jane diangguk sebagai balasan. Kini, ruang tertutup ini hanya tinggal mereka berdua. Lelaki itu bergerak mendekati dan memilih untuk duduk di hadapannya. Sudah pasti tanpa kebenaran mahupun keizinannya. Pancaindera Tiara bergerak mengamati tingkah laku selamba Harrez. Lelaki itu memangku pergelangan kaki di atas lutut. Kerek sudah gayanya.

"You nak apa? Nak tuntut I sembah dekat kaki you?" Sarkastik nadanya. Jelek yang dirasai selepas mata Tiara menangkap abjad tato kecil yang tertera 'Women, Money & Sex' di pergelangan tangan lelaki itu.

Harrez menyeret perlahan telefon bimbit Tiara ke tengah-tengah meja. Langsung tidak menghiraukan sindiran gadis itu.

"This is yours?"

Tiara kehilangan kata. Kedua-dua belah pipi semakin hangat membahang. Berbagai-bagai kemungkinan sedang bertebaran di fikiran, sekaligus menerbitkan satu perasaan kurang senang. "I tak sangka pula dalam jabatan ni ada pencuri?"

Harrez melakar sinis. Tercabar. "Telefon cap ayam kalau hantar kedai pun orang tak sudi ambil lah. Aku dah pulangkan, berterima kasih boleh?"

"Thanks. Dah bagi kan? Keluar. I tak nak tengok muka you."

Tiara menghalau dengan nada tertahan. Harrez ketawa mengejek, berpuas hati dapat menyakiti hati gadis itu. Kalau Tiara mengetahui kabelnya besar di syarikat ini, pasti gadis itu tidak berani menghalaunya sedemikian rupa. Sayang... Dia tidak suka mendedahkan identiti diri kepada orang lain. Biar orang mengenalinya sebagai Harrez Dalwi, bukan Harrez Tan Sri Haidar Saadi yang sepatutnya dilayani dengan penuh kepuraan. Dia bukan lelaki hipokrit.

"As your wish, Cik Tiara."

Harrez berdiri tegak untuk berlalu. Tatapan tajam Tiara sedikit pun tidak menakutkan, malah dia rasa tercuit pula dengan reaksi tersebut. Pintu kaca ditutup, isyarat mata Jane tergambar kemarahan yang menyala-nyala namun dia sengaja berlakon bodoh.

Perlahan-lahan kakinya bergerak ke kubikel untuk menyambung tugas yang tergendala. Harrez sekali lagi mencuri pandang ke arah Tiara melalui cermin kaca. Gadis itu sibuk memeriksa telefon bimbit bersama kerutan di dahi. Anak mata mereka tiba-tiba terbidik tepat, Tiara menghadiahi jelingan tajam sebelum menutupi tirai menggunakan alat kawalan jauh. Tawa halus Harrez berkumandang. Interesting.

Kepulan awan hitam memunculkan diri sehingga warna langit berubah mendung dan kelam. Hujan rintik-rintik membasahi bumi, menyuburkan alam flora yang bertunas. Iris Tiara meliar memerhati kenderaan yang kian perlahan berasak-asak dari bangunan Estate Empire. Bulu roma yang mencacak di kedua-dua lengan digosok untuk menghasilkan haba. Jam sudah bergerak tepat pada angka tujuh petang. Dia masih berdiri tegak, setia menanti ketibaan Farzana di lobi. Notifikasi telefon bimbit menangkap deria pendengaran. Ruangan pesanan dibuka.

Tiara, aku tak dapat nak pick up kau hari ni. Aku dah otw, tapi kena patah balik. Sorry... Cik Nana minta aku datang kedai immediately sebab supplier baru aje hantar stock. Staf shift malam ambil cuti urgent. Kau balik sendiri ek? – Siti Farzana

Kedua-dua ibu jari laju mengetik dada skrin telefon bimbit. Kaki pula sudah berubah arah menuju ke ruangan rehat.

It's okay, aku faham. Aku balik naik uber. Kita jumpa dekat rumah. – Tiara

Pesanan dihantar dan lounge couch diduduki. Jauh matanya memerhati arca air pancut di tengah-tengah lobi dengan pelbagai sarangan di kotak minda. Sejak kesepakatan mereka termeterai, tumpuan Tiara sering terganggu. Tuan Hardeen berubah sikap seratus-peratus dan menghormati syarat yang diletakkan. Ada satu ketika, pertembungan mereka berlaku di lif. Lelaki itu tidak bertegur, malah kewujudannya seolah-olah hilang dari radar. Hatinya tertarik untuk mengetahui punca. Kadang-kala, bila melewati jabatan karporat untuk menghantar sampul berisi maklumat sulit, mata ini akan menderhakai tuan.

"Tak balik lagi Cik Tiara?"

Lamunan Tiara diterbangkan. Kepala didongak, melihat batang tubuh seorang lelaki yang tidak lagi asing di pancaindera. Laju saja mata beningnya memainkan peranan, hanya memandang kosong si penyapa tanpa balasan. Seolah-olah tidak terkesan.

Raut wajah Tiara menjadi mangsa tenungannya sebelum layar mata berpindah ke luar jalan raya, memandang turunan hujan yang kian lebat.

"Tunggu kawan?"

Sepi.

"OT malam ni?"

Harrez menyoal lagi tapi nadanya lebih kepada bermain-main. Sebuah kereta yang cukup dikenali di luar bangunan tertangkap. Kali ini matanya meneliti perkakas kerja di samping gadis itu. Tiada sebarang dokumen tambahan. Selalunya Tiara takkan pulang dengan tangan kosong. Bibirnya terbit senyuman senget. Sejak kebelakangan ini dia memang suka menaikkan amarah gadis itu. Rutin untuk menghilangkan tekanan. Kerjanya sudah berlambak, malah dia kerap pulang lewat untuk menyiapkannya.

Tiara membetulkan dirian selepas berpura-pura memesan uber di aplikasi khas dengan panggilan telefon. Dia tidak lagi menggunakan perkhidmatan pemandu dari keluarga Encik Sean kerana kurang selesa akan kebaikan yang diberi. Renungan Harrez tidak diendahkan. Perkakas kerja dikutip cermat.

"Aku hantar kau balik."

Masih berpura-pura bodoh.

"Tiara."

Tiara mengatur langkah melepasi akses sekuriti tanpa menghiraukan tawaran Harrez. Baru sahaja dia ingin melintasi pintu kaca, tangannya direntap mendadak untuk membuntuti langkah lelaki itu. Tiara terkejut akan sentapan tersebut. Dia menepis kuat dengan wajah menyinga namun kudrat lelaki itu terlampau besar. Isi syarikat hampir kosong menandakan para pekerja sudah menyusun jalan untuk pulang ke rumah masing-masing. Berjela-jela sumpahan melukut di bibir. Lelaki itu benar-benar mencabar kesabarannya.

"Lepas lah! You gila ke?!"

Tiara tersentak saat lengan kirinya ditahan oleh seseorang dari belakang. Gerakan mereka terbatas serta-merta dan genggaman Harrez longgar. Kepala dipaling. Kejung tubuh Tiara apabila gerangan yang sering mengganggu fikirannya sedang muncul di depan mata. Bahunya ditarik secara berlapik, sekelip mata saja dia sudah berada di belakang tubuh lelaki itu. Bau wangian Hugo Boss menusuk ke dalam reseptor bau, membibitkan debaran kecil di hati.

Aneh.

"She's coming with me."

Atmosfera dingin berubah hangat bagaikan berada dalam timbunan lava. Hardeen dan Harrez saling berpandangan, menzahirkan ketidakpuasan hati melalui renungan. Peristiwa dahulu terimbas tanpa diduga dan kesakitan lampau berdenyut bagai nak gila. Tidak pernah terlintas sekalipun pita kegagalan percintaannya akan dimainkan berkali-kali tanpa kesudahan. Mengetahui Harrez wujud dalam persekitaran Tiara, hatinya tergugat. Berombak dadanya menahan amarah dan sakit hati. Tidak betah.

Bibir Tiara terkunci. Hanya menjadi sang pemerhati dari rentak kedinginan perbualan dua jejaka itu. Persoalan terbit di sanubari namun semuanya hanya bermain di kepala.

Harrez bernada tidak puas hati. "She's been with me since I planned to send her off. Why the fuss?"

"Just head home, we are going out together."

Hardeen dikuasai ego melangit. Dia tidak kisah sekiranya terdapat sepasang telinga lain yang mendengar omongannya selain Harrez. Cerlungan lelaki itu meningkatkan hormon bara di dada, berdetak jantung lajunya menjamah secebis senyuman sinis di bibir Harrez.

"Definitely planning on taking her out on a date?"

Harrez mengejek sambil menjongket alis. Sakit hati dengan tingkah Hardeen yang merosakkan rancangannya. Anak matanya Tiara dicari. "Can't wait to see how long it takes before she realizes you're just using her as a prop for your own ego."

Senyuman senget terbentuk di bibir. "Well, here's a newsflash: I don't really care what you think. In fact, it's funny that you're getting so worked up about this. She's coming with me regardless of what you think or say."

"Get real buddy, aku cuma nak hantar dia balik. Kau muncul macam setan tiba-tiba baran asal?"

"She's mine. Cut the crap, and back the hell off."

Hardeen berkata tenang, menjeling Harrez yang terkedu sendiri manakala Tiara tergamam. Riak wajah lelaki itu seolah-olah kurang mempercayai pada mulanya tetapi melihatkan keadaan mereka, kenyataan olok-olok itu akhirnya diterima. Harrez termanggu-manggu sendiri dalam lautan persoalan.

"We are leaving."

Bagai orang mengantuk disorong bantal, Tiara menerima ajakan tersebut selepas berkira-kira tentang keselamatannya. Perjalanan tanpa arah tuju diisi dengan deruan penghawa dingin serta putaran lagu di radio. Sekali lagi mereka berada di dalam ruang yang sama tetapi jurang perbualan terlampau besar. Tiara duduk berteleku sepi, membuang pandang melihat barisan kereta-kereta yang tidak bergerak akibat kesesakan kritikal lalu lintas.

Dia perlukan penjelasan.

"He isn't the sort of person you get along with."

Hardeen bersuara selepas kesunyian di antara mereka gamat. Pedal minyak ditekan apabila kenderaan di hadapan mulai bergerak perlahan-lahan mengakhiri tiang lampu isyarat. Ayatnya ditambah. "For your own sake, steer clear of him."

"Just so you know, he's actually not really an issue."

"What happened between you and Harrez isn't really even that important. I don't care about it. Cuma kau jauhi dia, Harrez bukan tandingan kau."

"Tanpa alasan kukuh? I'm not going to let this slide unless you tell me what's going on."

Tiara memacakkan batasan. Tuan Hardeen berbeza, sukar sekali menebak keributan taufan yang meledak. Taring lelaki itu juga sudah tumpul, malah lelaki itu berpegang kepada syarat pendamaian mereka demi menuntut habuan masing-masing. Waima begitu, dia bingung dengan keselambaan Tuan Hardeen menyatakan pengakuan. Demi Tuhan, degupan jantung ini memainkan tempo ketidaksekataan. Sisi lelaki itu dilihat penuh tanda tanya lebih-lebih lagi setelah anak matanya menangkap ketegangan Tuan Hardeen semasa situasi tersebut berlanjutan.

Hardeen menghembus nafas berat. Dia sudah menjangka jawapan Tiara yang menagih penjelasan dari setiap larangan. Tiara ialah Tiara, gadis itu takkan memberi kerjasama tanpa logik. Mahu atau tidak, dia terpaksa menggunakan helah lain untuk mendiamkan bibir mungil itu dari terus membangkang.

"Rule number two, respect each other's boundaries, it's not that hard. Kau sendiri yang pacakkan syarat, kau juga yang langgar?" Kening dijongket. Mengejek. "Wanna make a new deal so we can both come out on top? Just so you know, you'll regret those pointless rules you set."

"Right, rule number six. Lack of good argument, no more tolerance. You got it? I won't tolerate nonsense if you've got no good reason." Tiara membidas lalu tersenyum olok-olok. Lelaki itu mengetap rahang, sebal dengan kedegilannya mungkin.

"Jadi apa alasannya?"

Hardeen menyembunyikan senyum, lucu dengan hiburan yang tidak terjangka dari perdebatan mereka. Wajah manis itu dikerling sekilas sebelum pemanduan difokus. Stereng dipusingkan ke kanan. Syarat-syarat yang termeterai di antara mereka tempoh hari bertapak kukuh di ingatan. Dia sukakan cabaran, dan gadis itu sedang bermain api dengannya. Mana mungkin dia kalah dengan permainannya sendiri?

"Remember rule number one? Don't be pushy when discussing. You're blatantly breaking the rules, again. I do like how this game works, seeing you bend your own rules. Hiburan."

Tiara mengetap bibir lalu membuang pandang ke tepi tingkap. Mengalah selepas termakan dengan kata-katanya sendiri.

LAMBAKAN ikan segar di pasar tani dibelek sebelum dipilih. Keadaan di sini hiruk-pikuk dengan suara orang ramai dan para peniaga dalam tawar-menawar. Kedua-dua belah kaki perlahan-lahan berasak ke bahagian sayur-sayuran. Cuitan jari di bahunya memalingkan kepala Puan Diana. Not sepuluh ringgit disimpan kembali di dalam dompet. Mereka sama-sama berjalan beriringan sehingga ke hujung. Bau-bau hanyir menusuk ke dalam rongga pernafasan.

"Esok nak mula meniaga, ikan merahnya dah jumpa ke belum?"

"Banyak yang tak segar Kak Ana. Ingat nak pergi tengok kedai Mail sekejap. Hujung sana pun tak pergi tengok lagi."

Usu Najda memanjangkan leher melihat ikan-ikan terjual mengikut piring. Esok dia akan mula meniaga di depan rumah. Banyak permintaan diterima dari orang kampung mengenai masakannya, dan kesempatan tersebut digunakan sehabis baik. Dapat dia menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaan lain nanti.

"Da pergi lah tengok dulu, kak nak beli bawang. Rasanya tinggal seulas dua aje dekat dapur tu."

Mereka berpisah arah. Kedai Pak Mahad ditujui dan lelaki tua itu menegurnya dengan ramah. Satu plastik jernih yang dihulurkan oleh Idayu disambut lali tangannya turun memilih limpahan bawang-bawang dalam bakul besar.

"Sakan Cik Ana shopping. Hari ni masak apa?" Idayu menyoal mesra. Plastik dihulur kepada pelanggan yang datang menyinggah. Tidak jemu matanya meratah raut lembut Puan Diana di hadapan.

Senyuman dibalas. Bawang yang agak buruk diletakkan semula sebelum tangannya memilih bawang lain. "Masak simple je Ayu. Cik Ana ni tinggal berdua aje dengan Cik Ada. Masak banyak-banyak nanti siapa pula nak jadi tukang perabis? Alih-alih ke tong sampah juga kalau basi nanti."

Idayu mengerut dahi. "Aik? Ayu ingat Ara balik rumah. Ara kerja dekat KL okey ke Cik Ana? Dah lama Ayu tak nampak dia."

"Ada lah dalam dua ke tiga bulan. Nanti datang lah rumah, ajak umi datang singgah. Kuih putu kacang yang umi kamu pesan dekat Cik Ada dah siap semalam, tinggal nak ambil je." Puan Diana mempelawa ramah.

"Cepatnya siap. Baru tiga hari lepas umi oder. Nanti Ayu beritahu umi."

Bungkusan plastik berisi bawang pilihan diserahkan semula kepada Idayu. Gadis itu meminta izin untuk menimbang di alat penimbang. Wang dari dompet dikeluarkan untuk membuat pembayaran namun perhatiannya tertarik tatkala nama Tiara disebut-sebut oleh suara-suara dari belakang. Tubuhnya terkutik, menadah telinga untuk mendengar setiap butir bicara mereka. Plastik yang dihulur Idayu disambut.

"Hang tahu tak anak Haji Mansor yang baru menikah tu bergaduh laki bini disebabkan perempuan lain? Anak aku berjiran sebelah rumah. Yuni beritahu laki bini tu boleh dikatakan bergaduh setiap malam. Macam-macam bunyi dengar katanya, sampai tak boleh lena."

"Biar betul? Perempuan mana? Orang kampung ni juga ke?" Juriah menyoal. Makin rancak mereka berbual, tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Siapa lagi? Memang budak si Yaqin tergila-gila dengan anak arwah Mizi dari dulu lagi. Aku tak faham betul lah. Orang tu dah berbini, tapi miang jual minyak dekat laki orang. Apa dah pupus ke lelaki dekat kampung kita ni?"

"Kalau dah gatal nak menikah, menjual dirilah Hasnah oi. Sayang betul, tak padan dengan terpelajar terkejar-kejar suami orang. Tapi itulah, anak arwah abang Mizi tu memang cantik betul budaknya."

Puan Diana menarik nafas panjang. Berasap-asap kepalanya menahan diri daripada menyergah dua manusia itu. Dia tidak mahu membuat drama pergaduhan mulut di khalayak ramai hanya disebabkan desas-desus buruk berkenaan Tiara. Tetapi, ibu mana yang tidak sakit hati? Ibu mana yang sanggup memekakkan telinga mendengar nama anaknya dicanang sebegitu?

Puan Diana sengaja menyelit di antara mereka dengan wajah selamba. Dia pura-pura menyibukkan diri dengan mengambil sepiring cili padi untuk diserahkan kepada penjual. Wajah Juriah dan Hasnah pucat lesi tidak berdarah selepas menyedari kehadiran wanita itu. Masing-masing terbisu kerana tidak menyangka umpatan mereka terkantoi begitu saja. Juriah menelan air liur yang terasa kesat di rengkung, wajah dimaniskan.

"Eh, Ana. Datang sorang je ke? Najda tak ikut sekali?"

"Ada jembalang lain ke belakang aku ni Yah oi... Nak pesan sikit lah. Nak mengajar. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sebelum nak buat dosa, perhati dulu keadaan sekeliling. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Sebelum nak mengata anak aku, selak kain sendiri dulu. Takut lubang lagi besar koyaknya."

Pembayaran dibuat tanpa menunggu balasan Juriah dan Hasnah. Puan Diana segera melangkah jauh meninggalkan mereka berdua. 

Continue Reading

You'll Also Like

10.4K 1.1K 21
"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."
318K 12K 83
AMARAN! CERITA INI BUKAN UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR! "My proposal is, bear my child. Produce my offspring. Itu sahaja. After you finish your job, you a...
5.4K 365 6
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
18.5K 1.3K 54
"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjela...