Part 1

993 101 21
                                    

Bruk!

"Sstt.."

Gempa merintih sakit apabila tubuhnya didorong oleh beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan. Mereka memandang sinis pada Gempa yang terduduk di lantai kelas.

"Ishh, anak miskin ni. Ganggu pemandangan betul lah, kenapa dia boleh ada kat sekolah ni ha?"

"Entahnya, ingat dia tu comel sangat ke? Sesuai jadi jalang di bawah pakcik-pakcik hidung belang aje. Dahlah, sibuk nak dekat-dekat dengan Halilintar. Memang lupa darjat eh?"

"Dia memang lupa darjat, dia kan sibuk mendesah di bawah pakcik-pakcik hidung belang. Mungkin, lepasni Halilintar menjadi target dia. Yelah, Halilintar kan anak orang kaya."

Bisikan yang sememangnya adalah makanan harian Gempa disekolah, kini mula memenuhi ruangan kelas itu.

"Mak penjual tubuh dan suka kikis duit orang kaya, ayah pula suka berjudi. Mungkin anak dia pun sama macam mak bapa dia. Jalang murahan."

Gelak tawa mula kedengaran. Gempa mengepalkan tangannya. Birai matanya berair. Sakit apabila arwah ibunya dipetik.

Gempa bangun dan memandang tajam pada mereka semua.

"Jangan berani sebut pasal ibu bapa aku! Korang apa tau tentang kehidupan aku ha?! Apa yang korang iri dengan orang miskin macam aku ni ha? Korang tu sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan dengan keluarga yang berlimpah harta!"

Bukannya ada yang mendengar malah mereka hanya ketawa melihat raut Gempa yang bagi mereka amat menyedihkan. Sudahlah anak yatim, miskin pula tu. Hidup pula dengan ayah yang suka berjudi. Disekolah pula dia menjadi mangsa buli para pelajar.

"Eh, aku dengar suara lalat bercakaplah. Korang dengar tak?" ucap salah seorang daripada mereka.

"Dengar, tapi tak sesuai kut lalat. Ni kan lalat limited edition. Dia sesuai dipanggil jalang miskin."

"Hahahaha.."

Bibir Gempa terkatup rapat. Wajahnya memerah, menahan perasaan.

"Korang memang tak guna!"

Pang!

Gempa memegang pipinya yang mulai memerah apabila ditampar, bahkan kini rambutnya ditarik. Dia menahan rasa sakit.

"Kau! Kau tu yang tak berguna! Jalang yang tak sedar diri!!"

"Heyy guys! Jalang mestilah kena layan macam sampah kan? Dia kan sampah masyarakat. Mencemarkan nama sekolah aje ada jalang macam dia ni!"

Beberapa pelajar lelaki memegang tong sampah lalu tanpa membuang masa mereka mencurah semua sampah yang ada di dalam tong sampah itu pada Gempa dan diikuti pula dengan gumpalan kertas ataupun plastik makanan daripada pelajar lain.

Mata Gempa berlinangan kerana diperlakukan begitu.

"Argh!! Korang memang tak guna!! Manusia yang terjijik yang pernah aku temui!!"

Gempa mendorong pelajar yang ada berdekatan dengannya lalu dia terus berlari keluar dari kelas dengan air mata berguguran.

"Hoi!! Dasar jalang tak guna!! Siaplah kau nanti!"

•••••

Gempa duduk bercangkung di bawah pokok yang ada di taman sekolah, melepaskan rasa sakit hatinya.

"Hiks..." esakkan yang begitu lirih keluar daripada belah bibirnya. Wajahnya disembamkan pada lutut, seraya memeluk erat lututnya.

Hup!

"Maaf, sebab aku tak ada masa kau memerlukan.. Menangislah agar perasaan kau menjadi tenang. Maaf Ouro."

Tangisan Gempa berhenti apabila mendengar suara yang amat dia kenali, bahkan tubuhnya dipeluk.

"Lepaskan aku!" Halilintar segera melepaskan Gempa, takut pula lelaki mungil itu makin marah padanya.

"Gempa.."

Mendengar namanya dipanggil dengan begitu lembut oleh orang dihadapannya, buatkan Gempa bangkit daripada bercangkung dan diikuti Halilintar. Kini mereka saling berhadapan.

"Gempa.." panggil Halilintar, dia mahu mendekati Gempa namun terbantut apabila Gempa berteriak padanya.

"Stop!! Berhenti berpura-pura baik dengan aku! Cukup! Aku tak suka!"

"Tapi aku ikhlas sukakan kau Gempa.."

"Suka? Haha, suka? Kau suka orang yang miskin dan jalang macam aku ni?"

Halilintar mengetap bibir, merasa sakit hatinya melihat keadaan Gempa yang kacau itu. Ingin sekali dia memeluk tubuh rapuh itu, namun dia takut Gempa makin membencinya.

"Gempa, susah sangat ke kau nak terima aku?"

Mendengar suara Halilintar yang sayu itu, membuat Gempa berasa bersalah tetapi dia hanya mendiamkan diri.

"Gempa.."

"Aku tak suka kau."

Sakit, itu yang Halilintar rasa. Namun, dia sudah lali dan kebal dengan penolakan Gempa. Walaupun kenyataannya, tetap menyakitkan.

"Pergi Halilintar, aku nak bersendirian atau aku yang pergi."

Gempa mengangkat kaki untuk pergi, akan tetapi pergelangan tangannya dipegang Halilintar.

"Maaf, biar aku yang pergi." Ucap Halilintar dengan wajah menunduk.

Kemudian dia mengangkat wajah dan memandang Gempa yang sememangnya sedari tadi merenungnya dengan tatapan datar. Anak mata Halilintar jatuh pada kepala Gempa yang terdapat sisa sampah yang melekat.

"Aku akan pergi, tapi sebelum tu biarkan aku bersihkan ni."

Tanpa mendengar jawapan Gempa, dia membersihkan rambut Gempa daripada sisa kotoran.

Rambut Gempa yang sedikit kusut, dibetulkan sehingga rapi.

Tidak semena-mena anak mata mereka bertembung. Lama mereka bertatapan mata dengan posisi yang amat dekat.

Gempa tersedar lalu dia menepis tangan Halilintar yang masih berada di atas kepalanya seraya mendorong tubuh tegap lelaki itu agar menjauh daripadanya.

"Maaf, aku.."

"Pergi."

Halilintar hela nafas. "Baik, aku pergi."

Sebelum pergi, Halilintar sempat mengusap pipi Gempa yang basah dengan sisa air mata lalu dia beredar pergi dengan wajah muram.

Gempa hanya menghantar kepergian Halilintar dengan hujung mata. Dia mendengus kasar.

Langit biru menjadi santapan matanya. Dia tergelak. Mentertawakan dirinya sendiri yang begitu menyedihkan.

"Gempa yang malang.."










Tbc...

30 vote for next chapt...

Kbai!

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now