Part 8

726 89 5
                                    

Langit semakin mendung, begitu juga dengan hujan yang makin melebat. Seolah langit turut menangis atas apa yang terjadi di kehidupannya.

Di sebuah taman, terlihat Gempa yang duduk dibangku taman sambil memeluk kedua lututnya, wajahnya disembamkan pada lututnya.

Suara esakkan tangisannya tenggelam oleh deruan air hujan yang lebat.

Seluruh tubuhnya basah oleh air hujan yang seperti tidak mahu berhenti daripada membasahi bumi.

"Hiks... Kenapa hidup aku selalu malang? Tidak pantaskah aku untuk hidup? Aku.. Aku hanya mahu setitik rasa bahagia dalam hidup aku tapi kenapa susah sangat untuk aku rasakan perasaan itu?"

Tangisannya makin memilukan, Gempa menghamburkan rasa sakit hati yang selama ini dia tahan.

Gruhh!

Bunyi guruh dan kilat saling berdentuman. Suara air hujan makin kuat kedengaran dicuping telinganya.

Gempa bangun daripada bangku taman, kepalanya menunduk. Merenung titisan air hujan yang membasahi tanah.

"Aku memang seorang manusia yang termalang."

Gempa melangkahkan kakinya menuju ke tembok pembatas, di bawah sana terdapat sungai yang mengalir begitu deras sekali.

Gempa memanjat tembok itu dan berdiri di atas tembok itu. Anak matanya yang masih setia mengalirkan air jernih, merenung ke dasar sungai.

"Apakah aku patut mati? Supaya aku lepas dari semua ini? Ibu.. Apa yang patut Gem buat? Gem nak ikut ibu boleh? Pasti ibu bahagia kat atas sana tanpa ada masalah kan?"

"Hiks... Ibu.. Kalau ibu masih hidup pasti semua ini tidak akan terjadi. Ibu, biarkan Gem ikut ibu ya? Gem rindu ibu.."

Gempa mengangkat sebelah kakinya dan dihala keluar dari pembatas tembok.

Kelopak matanya dipejam rapat.

"Baik mati daripada hidup. Hidup aku akan selalu menyusahkan orang. Betullah ayah cakap.. Aku memang seorang yang pembawa malang dan menyusahkan. Mati lebih baik.. Ya.."

Di saat dia ingin melompat, kerana menyerah akan kehidupannya yang begitu menyedihkan. Tubuhnya ditarik dan dirinya masuk kedalam sebuah pelukan yang erat.

"Kau bodoh ke ha?! Ingat dengan cara bunuh diri dapat menyelesaikan semuanya ke ha? Kau memang bodoh Gempa, bodoh. Hiks kau memang bodoh, manusia yang terbodoh aku jumpa.."

Mendengar sahaja daripada suaranya, Gempa dapat meneka siapa orang yang cuba menghalangnya daripada membuat kerja gila itu.

Gempa mencuba melepaskan diri, namun pelukan yang amat erat itu buatkan dia tidak berhasil.

"Kenapa kau nak halang aku hm? Cukuplah! Jangan berlagak nak jadi superhero boleh tak? Aku tak suka, cukup urus hidup aku!!"

Halilintar mengetap bibir, dia menarik Gempa untuk turun daripada situ.

Kini mereka saling berhadapan di bawah lebatnya hujan.

"Kenapa kau cepat menyerah Gem? Tolong jangan macam ni.. Aku ada untuk kau bila kau perlukan.. Please Gem.."

Halilintar menatap sayu pada wajah sembab Gempa itu. Lelaki itu tampak begitu menyerah sekali akan kehidupannya yang begitu banyak sekali dugaan.

Gempa ketawa, kedengaran agak sumbang kerana terpaksa.

Dia membalas tatapan mata Halilintar.

"Kau memang bodoh Halilintar sebab mengharapkan orang jalang dan murahan macam aku ni. Tolong jangan butakan mata kau, lepaskan cinta monyet kau tu. Aku tak pantas untuk kau. Tolong cari orang lain, aku.."

"Walau bagaimana pun, aku akan tetap ada disisi kau Gem. Jadi, tolong jangan berniat untuk bunuh diri lagi. Aku tak sanggup kalau itu terjadi, kau sangat bermakna untuk aku Gempa."

Gempa mengemam bibirnya, deraian air matanya jatuh kembali bersamaan dengan air hujan.

Bibirnya bergerak mahu menuturkan kata, namun tidak keluar sebutir perkataan pun. Malah suasana gelap yang menghampirinya.

Dia rebah tidak sedarkan diri.











Tbc..

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now