Part 5

705 97 6
                                    

Gempa keluar kelas sambil memikul beg sandangnya yang sudah lusuh itu, memandangkan semua rakan kelasnya sudah pulang. Dia sengaja pulang lewat beberapa minit, disebabkan dia mengetahui bahawa dia akan dibuli oleh mereka semua.

"Stop."

Sergahan tiba-tiba itu mengejutkan Gempa sampaikan terhenti langkahnya, kepalanya menoleh ke samping. Terlihat Halilintar yang bersandar pada dinding kelas sambil berpeluk tubuh.

Halilintar mengangkat kepalanya yang sedari tadi menunduk. Wajah Gempa ditenungnya lembut.

"Apa? Jangan ganggu aku, kalau kau nak confe.."

"Kau free tak malam ni?"

Gempa terdiam, matanya terkebil-kebil. Sebuah dengusan sebal terluah dari belah bibir Gempa.

"Kenapa?"

"Kalau kau tak sibuk, aku nak ajak keluar.."

Belum sempat Halilintar habiskan kata-kata, Gempa memotongnya.

"Sibuk ke tak, aku tak nak keluar dengan kau. So, jangan harap aku nak keluar dengan kau."

Gempa menentang pandangan mata Halilintar dengan sinisnya.

Halilintar hela nafas. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seraya mendekati Gempa. Wajah terkasih ditatapnya.

"Macam tu ya? Okey fine." kata Halilintar dengan nada suara seakan merajuk. Dia berlalu pergi dengan wajah datar.

Gempa mengemam bibirnya, rasa bersalah pula melihat wajah pasrah Halilintar.

"Dia dah kenapa? Tak faham betullah dengan lelaki zaman sekarang ni, sensitif betul." omel Gempa, seraya mengorak langkah untuk pergi ke tempat kerjanya.

•••••

Air pancuran membasahi kepala sehingga ke tubuh Halilintar yang berdiri di bawahnya.

Halilintar menatap dinding tandas dengan fikiran yang sedikit bercelaru.

Sudah pelbagai cara dia cuba untuk memikat Gempa namun gagal. Susah betul dia mahu meluluhkan hati beku Gempa itu.

"Haihh.."

Pili air pancut di tutup, dia mencapai bathrobe yang tergantung pada dinding tandas dan dia kenakan baju itu pada tubuhnya lalu tuala bersih turut dicapai.

Dia keluar daripada tandas sambil menggeringkan rambutnya yang basah itu dengan tuala bersih.

Meja solek dituju. Wajahnya yang terpamer pada cermin solek ditatapnya.

"Haih.." sekali lagi, dia hela nafas.

Dia berhenti daripada menggering rambut, tuala dibiarkan diatas kepalanya. Telefon pintarnya yang terdampar di meja solek, dia raih.

Dia merenung wallpaper telefonnya yang memaparkan gambar kandid Gempa.

Gambar yang dia ambil secara senyap-senyap.

Permukaan skrin telefon diusapnya. Dia tersenyum melihat gambar tersebut, gambar Gempa yang sedang tidur di kelas.

"Comel.."

"Sabarlah wahai hati... Kalau dah jodoh tak akan ke mana kan? Gempa.. Gempa.."












Tbc..

Sorry pendek, idea down... Tambah lagi, sedikit busy. Tak sempat nak up... Huhuhuhu

35 vote for next chapt ❤

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Onde as histórias ganham vida. Descobre agora