Part 15

682 85 24
                                    

Halilintar mundar-mandir di dalam biliknya. Kuku ibu jarinya digigit, tabiat dia yang belum hilang ketika sedang gelisah.

"Mana dia ni? Aku dah tak sabar nak dengar info tentang Gempa." bisiknya,  sesekali mengerling telefon bimbitnya yang terdampar di atas meja belajar.

Dia sedang menunggu akan panggilan dari orang suruhannya.

Halilintar mendesah gelisah. Hatinya begitu tidak tenang selagi dia tidak mendengar khabar tentang Gempa.

Asyik dengan fikiran, telefonnya berdering nyaring. Halilintar terus mendapatkan telefonnya.

Terpesona.. aku terpesona memandang wa...

Panggilan daripada orang kepercayaannya diangkat.

"Macam mana? Korang dah jumpa Gempa belum?" tanpa memberi salam, Halilintar terus menghujah pertanyaan.

"Bos ni, bagi lah salam dulu. Ni main terjah aje." perli orang suruhannya yang berada di hujung talian.

Bebola mata Halilintar terguling ke atas.

"Assalamualaikum! Ha dah bagi kan?"

"Waalaikumsalam, macam tu lah bos yang budiman. Pasal wife bos kami dah dapat jejak..."

"Apa?! Kat mana?!"

Lelaki di seberang sana memegang dada kerana terperanjat dengan sergahan Halilintar itu. Dia mengusap dadanya.

"Sabor bos, sabor. Meh sini che nak habaq kat hangpa, mengikut informasi dari sumber kebenaran. Gempa diculik oleh Ahlong, atas sebab arwah ayah wife bos tak bayar hutang mereka dan diorang jadikan your wife sebagai gantinya. Diorang budakkan wife bos! Diorang nak wife bos layan pakcik- pakcik hidung kerbau!"

Mata Halilintar membulat, dia meramas telefon.

"Wtf!!"

"Shh! Jangan mencarut bos nanti jodoh bos dengan your wife pendek."

"Sila meninggal."

"Hm, saya tak boleh meninggal lagi bos. Ajal saya belum sampai lagi. Tapi saya takut bos yang ajal dulu sebab kuat sangat mencarut."

Kenapa aku boleh ada orang bodoh macam dia ha?! Bentak Halilintar di dalam hati. Geram dengan ayat perlian daripada orang suruhannya.

"Tch, bising kau! Sudahlah, aku nak kau perhatikan apa tu nama dia achiklong? Dan ka.."

Ucapan Halilintar dipotong dengan tidak sopan oleh orang dihujung talian.

Suka suki dia aje potong aku tengah bercakap, potong bird kau baru tau! Omel hati Halilintar. Kesal!

"Ahlong bos, bukan achiklong. Tu adik dia bos, macam mana bos tau nama adik dia?"

"Adik ke bapak dia ke, tetap awasi gerak geri dia. Aku nak kau kasi alamat tempat Gempa berada! Cepat!"

"Yelah, yelah. Tak payah lah nak jerit bagai, sakit tau telinga cumil saya ni. PMS ya bos?"

Bulat mata Halilintar mendengarkan itu.

"Apa kau kata?! Kau na..."

Tut! Tut!

Tidak sempat Halilintar berkata-kata, panggilan telefon itu diputuskan secara sepihak.

Halilintar menggeram marah.

"Dasar pekerja tak ada akhlak! Eii!"













Tbc...

Vote 35 for next chapt! ❤

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now