Part 18

644 85 8
                                    

"Sayang, are you okay? Diorang tak apa-apakan kau kan?"

Halilintar merenung wajah orang terkasih yang tampak berdiam diri sebaik sahaja meninggalkan tempat yang membuat dirinya menjadi trauma. Kini mereka berdua berada di ruang tamu rumah Halilintar.

Gempa menunduk, tidak menyahut perkataan Halilintar. Jari jemarinya meramas kain seluar yang dia kenakan.

Tess..

"Gem.." Halilintar melihat kedua mata indah milik Gempa mencurahkan air jernih yang begitu lebat. Dia mengetap bibir.

Halilintar meletak tangannya di atas tangan Gempa yang sedari tadi mencengkam seluarnya. Tangan itu disentuh sebelum memegang erat.

"Gempa, please say something.. Look at you like this, it makes my heart hurt.."

Bibir Gempa bergetar, menahan esakkan. Dia memandang tangannya yang digenggam oleh Halilintar, perlahan dia melepaskan genggaman itu. Perbuatannya itu berhasil membuat Halilintar terkedu.

"Aku dah kotor dan jijik, tolong jauhkan diri kau dari aku."

Kata-kata itu mampu menghunus pangkai hati Halilintar, tidak ketinggalan juga Gempa sendiri. Perasaannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Halilintar menggelengkan kepala, dia mengangkat wajah Gempa agar mereka dapat bertatap mata.

"No Gem, no! Kau tak kotor Gem, diorang yang buat kau rasa kotor tapi bagi aku tak Gem. Kau masih Gempa yang aku kenal, kau tak menjijikkan."

Wajah itu dipegang lembut, anak mata mereka saling bertautan.

Kepala Gempa tergeleng. "Kau salah Halilintar. Aku terlalu kotor, sangat kotor. Hiks, mereka mempermainkan tubuh aku seperti aku ni anak patung yang senang dipermainkan sesuka hati. Aku..."

Hati Halilintar seperti diramas melihat penderitaan orang di hadapannya.

"Gem.."

"Halilintar, aku bukan lagi Gempa yang kau kenal. Aku dah kotor, aku..."

Ayat Gempa terputus apabila Halilintar mencium dahinya. Dia terkedu, matanya yang masih setiap mengalirkan air mata membalas tatapan Halilintar. Iris merah itu memancarkan rasa duka, seperti turut berduka atas apa yang menimpa dirinya yang malang itu.

Halilintar mengusap kedua belah pipi Gempa yang basah itu sebelum mendaratkan ciuman pada kedua belah mata Gempa yang tampak bengkak dan sembab. Ciumannya turun pada pipi Gempa yang dulunya tembam, kini menjadi sedikit tirus.

Halilintar menjauhkan wajahnya, dia memandang Gempa sejenak sebelum mendekatkan kembali wajahnya pada Gempa.

Bibir mereka berdua bertemu buat pertama kalinya. Rasa manis dan perih bercampur menjadi satu.

Gempa memejamkan mata, tidak memberikan reaksi terhadap ciuman itu malah kedua birai matanya mengalirkan air jernih.

Ciuman sepihak itu, terlerai dengan begitu hampa sekali.

"Please don't say that again, kau tak sekotor itu Gempa. Benda ni berlaku mesti ada hikmahnya. Benda tu dah lepas, so aku nak kau lupakan semua tu. Biarkan ia menjadi masa silam kau Gem. Kau mesti teruskan life kau, bukan kerana ni kau nak musnahkan life kau. Walau apa pun, kau kena bangkit Gem."

Halilintar mengukirkan satu senyuman tipis.

"Ingat, aku selalu ada untuk kau Gempa bila kau perlukan aku. Aku akan bawa kau keluar dari penderitaan yang selama ni kau rasa, sebab kau juga perlu merasakan apa itu kebahagiaan. Aku mahu bahagiakan kau Gempa, itu janji aku."














Tbc..

Hmm (͡° ͜ʖ ͡°)

38 vote for next chap!❤

Kbai!

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now