4. Suspicious

Mulai dari awal
                                    

Aku alihkan pandangan ke lantai bawah. Aku gigit kecil bibir bawah aku, pipi aku dah sedikit merona merah.

Dan aku keliru, buruk pasal aku?

"Kebanyakannya perempuan lah, mungkin diorang jeles dengan awak?" Hah?! Dia dapat baca fikiran aku ke?!!
"But kalau lelaki pulak, kalau boleh dalam kelas saya pelajar lelaki semua fans kat awak,"

Aku menoleh, "Fans kat saya?!" Aku teruja gila, aku ada fans wtf.

"Ne, diorang ada gambar awak dalam gallery diorang, saya dapat pastikan sebab dalam group kelas diorang banyak share gambar awak, dan...diorang cakap fav diorang gambar awak time interview dengan mommy awak tu."

"Ouhh tu, Sunbaenim kata semua lelaki dalam kelas sunbaenim fans kat saya kan? Maksudnya sunbaenim pun?" Aku pandang mata dia untuk dapatkan kepastian, aku tengok halkum dia bergerak, dia meneguk saliva sendiri, hehe comel betul Heeseung sunbaenim bila blushing.

"Sunbaenim?"

"Ermm sa-"

"Lacy!!!"

Aku menoleh. Sh*t kenapa kena jumpa dia kat sini jugak.

"Apa dia? Na-ga, tak nampak ke orang nak lalu?"

Mungkin aku yang tak perasan klinik dah dekat tapi dia sekat jalan pulak kesian Heeseung Sunbaenimㅠ

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Jake.

"Kau yang buat apa!! Blok kau bukan kat sini."

"Kau lupa ke? Aku masih dalam visit sekolah ni."

"Tch!"

Aku tau Heeseung sunbaenim mesti dah lenguh, so aku pun turun perlahan-lahan.

"Tepi!!"

Jake ke tepi dan Heeseung sunbaenim memapah aku, nasib baik lagi berapa langkah je sampai.

"Lacy, jangan lupa malam ni,"

Tu ayat terakhir yang aku dengar daripada Jake sebelum aku masuk klinik.

☃☃☃

Sunghoon penat, dah berkali-kali dia pesan jangan ganggu dirinya lagi tetapi Wonyoung tidak mahu dengar, dia masih berdegil.

"Wonyoung, tolong lah, jangan ikut saya lagi, lebih baik awak masuk kelas daripada sibuk ikut saya, kalau betul awak takut saya hilang, awak selalu nampak saya kat sekolah kan?" Sunghoon menghela nafas kasar.

"Saya cuma nak sunbae rasa cookies yang saya baru buat tadi, boleh?"

Sunghoon menghulurkan tangan.

Wonyoung tersenyum gembira, disambutnya tangan Sunghoon dan meletakkan sepaket cookies.

"Kamsa!!" Wonyoung keluar dari rink.

Sunghoon menghela nafas, mengeluh. Dia meneliti bungkusan.

Sunghoon mengambil beg dan berjalan kearah junior lain. "Nah, korang share lah"

"Kamsahabnida, Sunbaenim"

"Hm." Sunghoon keluar.

Baru keluar dari dari rink, di depan pintu , di situ juga telefonnya berdering.

"Sunghoonie~ malam ni ada meeting dengan great kingdom, Sunghoon teman eomma,ne? Yeji kena study elok-elok, jadi dia tak boleh. Okay lah. Balik awal ya?"

"Hm." Sunghoon menamatkan panggilan. *sigh*

☃☃☃

"Lacy cuma cedera sikit je, Lebam biasa je, disebabkan lutut Lacy terhantuk dekat ice tu kuat sangat itulah menyebabkan sakit jangka masa yang panjang, its okay, normal, nanti okay lahtu." Ujar doktor perempuan yang mengecek keadaan Lacy.

"Biru tak doktor?" Tanya Lacy.

"Biru tapi boleh letak ais ataupun pek sejuk kat situ, kejap eh?" Doktor itu meninggalkan Lacy dan Heeseung sebentar dan kembali dengan pek sejuk ditangannya. "Nah, letak pek sejuk ni, memang tak 100% hilang biru tu tapi atleast ada hilang sikit², saya keluar dulu ye,"

Seraya doktor itu keluar Lacy dan Heeseung bow ke doktor.

Selepas doktor itu keluar keadaan jadi janggal, tiada percakapan ataupun kontak mata, masing-masing diam tak bersuara, Lacy dengan pek sejuk dan Heeseung duduk di kerusi sebelah katil Lacy.

"Ermm, saya potong apple eh?" Heeseung menyambut pisau dan buah apple di meja sebelah Lacy.

Lacy terkejut melihat Heeseung memegang pisau. "E-er tak apa, saya tak nak makan apa-apa," Mata Lacy tidak pandang mata Heeseung melainkan pisau yang berada di tangan dia.

Heeseung orang yang peka, jadi dia tahu maksud Lacy sebenarnya.

"Saya tahu awak masih terganggu dengan news tu kan?"

Lacy menggigit bibir bawahnya dan membuang pandangan ke lantai.

Heeseung menggapai tengan Lacy dan menggenggamnya, "Percaya saya, ne? Saya tak buat benda² macam tu, apa lagi ada kaitan,, muka saya nampak macam penjahat ke?"

Lacy pura-pura menggaru kening kanannya. Dan sekali lagi suasana jadi sunyi sepi.

"OUHH!!! LACY KAU DATING SENYAP²!! BAGITAHU DADDY KAU!!" Jerit Jake yang tiba-tiba selak langsir, Dengan refleks tangan Heeseung dan Lacy terpisah.

"SHIM JAEYUN!!! Kenapa kat mana- mana ada kau hah?! Kata nak visit sekolah! Aishh!!"

"Nanti² lah, ada 6 hari lagi kan? Buat apa nak cepat-cepat?"

"Ouh Lacyy~ i'm coming!" Itu suara Sunoo yang baru sahaja masuk ruangan Lacy, diikuti dengan Yeeun dibelakang Sunoo.

"Nah, banana uyu kau, jangan ugut aku masuk bilik soal siasat daddy kau eh," Sunoo bagi tanpa pandang muka Lacy.

"Okayy, thanks!!"

"Ehem!! Boleh korang semua keluar kejap, nak cakap something lah dengan Lacy," Ujar Jake.

"Waittt!! Ni Jake yang dari blok sebelah kan?? Omo omo!!" Teruja Sunoo, eye smile nya terserlah. Comel hehe.

Jake hanya menaikkan kening nya sahaja, + smirk.

"Dah keluar," Ujar Jake sekali lagi.

Yeeun memandang Lacy - mendapatkan kepastian. Yelah, Yeeun belum kenal lagi Jake ni siapa, jadi dia risau. Lacy hanya mengangguk dan Yeeun heret Sunoo keluar sekali.

Dan kini tinggal Heeseung. Heeseung membisikkan sesuatu di telinga Lacy-yang mampu membuatkan Lacy tersenyum lembut. Heeseung mengusap kepala Lacy lembut dan keluar.

Sedangkan Jake yang menontonnya, memandang sinis Heeseung.

To Be Continued...

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang