7. Winter

137 28 0
                                    

Bunyi kasut tumit yang mengisi kesunyian selama perjalanan, Lacy terus berjalan. Lacy mempercepatkan langkahnya dengan perasaan yang semakin gelisah. Sampai orang yang mengikutinya itu memegang bahunya. Lacy tersentak.

"Lacy!"

Dengan cepat Lacy menoleh kebelakang. "Mommy?! Mommy, terkejut Lacy. Lacy ingatkan siapa tadi!"

"Lacy pun satu bukan nak pandang belakang," Yoona melipatkan tangannya kedada, menutup mata dan menghadap ke kiri, merajuk.

Lacy memeluk tangan kanan Yoona. "Alah mommy jangan lah macam ni, Lacy takut sangat tadi hehe," Lacy memeluk tangan kanan Yoona dan mereka jalan bersama-sama.

"Lacy. Pada pendapat Lacy, Jake orangnya macam mana?" Tanya-nya.

Lacy pasang muka menjengkelkan.
"Jake? Hmph! Suka sangat kacau orang, kat mana-mana mesti ada dia. Heran."

"Jake rakan sepermainan Lacy dari kecil lagi. Tak heran lah kenapa Jake suka kacau Lacy. Wajar kerana Jake seorang lelaki."

"Okay lah. Lacy salah. Jake tu baik orangnya, caring, penyayang, semua yang baik ada pada dia." Lacy menjelingkan mata.

"Macam tak ikhlas je?"

"Mommy..." Lacy mengeluh dan menyandarkan kepalanya dibahu Yoona.

Baiklah. Lacy mengaku. Walaupun bagi dia, Jake selalu mengganggu dia, selalu muncul secara tiba-tiba itu sedikit menjengkelkan,tetapi jika tanpa Jake mesti dia akan rasa kesepian. Sepatutnya dia berterima kasih pada Jake.

"Menurut apa yang mommy dah perhatikan, Jake tu baik. Bukan Jake je, Jake sekeluarga kan? Mereka baik dengan Lacy, mereka sayang Lacy. Kita macam dah satu keluarga, Tiffany pun dah anggap Lacy macam anak sendiri, sebab apa? Sebab Tiffany tak ada anak. Tengok macam apa yang Lacy pakai sekarang ni, Semua dari mereka, kan? Lacy suka Jake?" Akhir Yoona.

"Mestilah! Lacy suka semua orang,"

Yoona tersenyum.

Akhirnya Lacy mengangkat kepalanya dari bahu Yoona."Wait. Dah selesai meeting ke? Sebab mommy kat sini dengan Lacy?"

"Sebab dah selesailah Lacy dengan mommy sekarang ni",

Dengan panjangnya perbualan mereka tadi, sekarang mereka sudah pun berada di depan pintu dewan utama. Pintu itu dibuka oleh dua orang bodyguard yang setia berada disitu.

Masuk saja dalam dewan itu, Lacy dapat lihat kemeriahan orang. Dapat dilihatnya orang yang sedang tenang menikmati hidangan, orang yang dimeja bar menikmati minuman dan lantunan lagu serta orang yang sedang bersembang ria.

Lacy menarik kedua hujung bibirnya, melihat Heeseung dan Sunoo berdua sedang berbual ria. Lacy berizin dahulu pada Yoona dan kemudian bergabung dengan Heeseung dan Sunoo.

"Hai!!" Sapa Lacy dan duduk disebelah Sunoo.

"Lacy! Kau dari mana?" Sunoo memukul lengan Lacy.

"Akkh!! Hehe aku pergi tandas tadi," Lacy menggaru kulit belakang leher.

"Lacy," Tegur Heeseung.

"Sunbae-" Belum sempat Lacy menyahut, pandangan mereka bertiga jatuh pada perut Lacy yang berbunyi.

Rasanya Lacy mahu menghilang sahaja dari bumi ini. Perlukah perutnya mengeluarkan bunyi sekuat itu? Begitu juga diiringi dengan ketawa Heeseung dan Sunoo.

"Tadi ada yang cakap nak makan dessert tapi tiba-tiba menghilang." Sunoo merolling-kan matanya keatas.

"Jom, lama kitorang tunggu kau." Sunoo jalan mendahului Lacy dan Heeseung.

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum