19. The Blooming Sakura

92 18 8
                                    

Sunghoon duduk diam memandang Lacy yang terbaring di atas katil. Sampai ke malam dia tidak kemana-mana, setia menemani Lacy. Dia sangat mahukan genggam tangan perempuan itu, tapi dia takut dia akan sakiti perempuan itu.

Dia di bungkus dengan rasa bersalah. Lagi-lagi orang jadi mangsa Wonyoung kerananya.

Sampai ada bunyi ketukan pintu yang mengalihkan perhatiannya.

Itu ibu bapa Lacy.

Sunghoon terus berdiri dari duduknya, dia berundur kebelakang dan menunduk hormat pada mereka.

Mereka menghadiahkan senyum kecil pada Sunghoon sebelum melihat anak mereka.

"Lacy.." keluh Yoona, dia mengusap kepala Lacy dan menyelidik wajah anaknya.

Hujung bibirnya terluka, semua jarinya di tampal dengan kapas. Dan juga seperti ada bekas cakaran di pipi. Sepertinya, kuku Wonyoung yang menggoresnya.

Siwon hanya menghela nafas, dia seperti dapat rasa Lacy yang tidak mahu minta bantuan dari sesiapa, sama seperti yang pernah di lakukan sebelum ini.

Sunghoon meneguk air liurnya sendiri sebelum berani membuka suara. "Saya minta maaf, sebab saya Lacy jadi macam ni." Sunghoon masih menundukkan kepalanya.

Yoona menoleh ke belakang, memandang Sunghoon dan tersenyum. "You must be Sunghoon, right?"

Sunghoon mengangguk.

"Kami tak salahkan kamu. Benda kalau nak terjadi makan terjadi lah dia. Apa-apa pun, terima kasih sebab dah bawa Lacy ke sini, Sunghoon." Yoona lagi-lagi tersenyum manis ke Sunghoon.

Siwon juga ikut buka bicara. "Sekarang dah malam, balik lah rehat dan tukar baju. Baju kamu terkena darah."

"O-ouh saya tak apa². Saya boleh temankan Lacy kat sini."

Yoona tersenyum touched. "Betul cakap daddy Lacy tadi, baju kamu terkena darah, mesti tak selesa, 'kan? Jangan risau, Lacy tak apa-apa kat sini. Kamu boleh datang lagi nanti?"

"Tapi saya nak jadi orang pertama yang Lacy nampak bila dia bangun nanti." Sunghoon berani kan diri untuk berkata seperti itu.

And you know what? Sebenarnya Lacy tak tidur, hanya saja dia tutup mata pura-pura tidur. Jantungnya mula berdegup kencang kerana Sunghoon.

Siwon dan Yoona saling tatap satu sama lain dan tersenyum.



•••••

"Saya kan cuma luka sikit je, kenapa kena stay dekat hospital sampai 3 hari?" tanya Lacy pada nurse yang sedang menukar kapas baru di tangannya. Biliknya sedang kosong pada waktu ini.

"Awak kena berehat, tenangkan fikiran dulu."

Lacy mengangguk faham.

"Tekak awak okay, 'kan?"

"Eum!" Lacy senyum. "Petang semalam sakit sikit tapi hari ni dah tak ada-apa."

"Bagus lah kalau macam tu, banyakkan minum air suam ye,"

Lacy menganggukkan kepalanya. Kemudian dia memandang ke luar tingkap.

"Pokok bunga sakura,, besar, cantik." katanya.

"Hm?" Nurse itu ikut memandang ke luar dan tersenyum. "Ouh pokok tu, dengar-dengar cerita, pokok tu terakhir kali mekar 17 tahun yang lalu. Tapi sejak petang semalam pokok tu tiba-tiba mekar dan berbunga semula."

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now