CHAPTER ELEVEN

2K 131 1
                                    

DUMMMM!!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUMMMM!!!!

Badan Aleesya melambung ke udara dan jatuh menghempap jalan tar yang keras.

Pelanggaran itu menyebabkan Aleesya tercampak lima meter daripada tempat dia berdiri tadi. Manakala kereta Hilux itu tersadai di tepi jalan.

Pada ketika itu, rasa sakit mula menyerang seluruh tubuh badan Aleesya. Darah juga mula mengalir tanpa henti.

Suara cuba untuk dikeluarkan tetapi dia tidak mampu kerana rasa sakit yang mencucuk cucuk.

" Cik! "

Seorang lelaki yang melihat kemalangan itu berlari ke arah Aleesya.

Dia segera memeriksa keadaan Aleesya seperti seorang yang berpengalaman dalam hal kecelakaan.

Orang ramai pula mula memenuhi kawasan itu. Mungkin sebab mereka mendengar bunyi rempuhan yang kuat tadi.

" Sesiapa tolong call ambulance cepat!! " arah lelaki itu.

" Saya dah telefon. Beberapa minit lagi, diorang sampai. " kata seorang makcik.

Setelah mendengar hal tersebut. Lelaki itu melihat Aleesya kembali.

" Cik.. Cik dengar saya kan. "

Aleesya memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Dikelipkan matanya beberapa kali untuk menjelaskan pandangan.

Dan lelaki dihadapannya itu ialah

Aryan Izhan

Ya. Dia yakin lelaki dihadapannya itu ialah Aryan Izhan. Dia masih ingat wajah lelaki yang pernah melanggarnya itu.

Melihat Aleesya mengelipkan matanya beberapa kali. Aryan mula bersuara

" Saya nak cik bertahan. Tak lama lagi ambulance akan sampai. Jangan tutup mata. " kata Aryan dengan tenang.

" S--ssakit.. "

Aleesya mula mengalirkan air matanya. Tidak dapat ditahan rasa sakit ketika itu.

" Tolong bertahan.. "

Namun, itu ayat terakhir yang didengari Aleesya sebelum pandangannya menjadi gelap.

ΦΦΦ

Aryan Izhan's

Aryan dan dua orang nurse menolak katil mangsa kemalangan itu ke arah wad kecemasan dengan pantas.

Lelaki itu mula berasa tidak tenang apabila wanita tersebut tidak sedarkan diri dan bacaan nadinya juga semakin  menurun.

Setibanya di wad kecemasan, Doktor Riz mula mengambil alih tugas untuk menyelamatkan nyawa wanita itu.

Sempat juga Aryan mengatakan sesuatu kepada sahabatnya itu.

THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now