CHAPTER FOURTY NINE

2.1K 119 1
                                    

   Aryan tersenyum melihat gambar scan yang memaparkan bayi dalam kandungan Aleesya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   Aryan tersenyum melihat gambar scan yang memaparkan bayi dalam kandungan Aleesya.

Baru dia dapat rasakan perasaan ayah-ayah diluar sana apabila melihat anak dalam kandungan. Gembira yang tidak dapat terucap.

" Alhamdulillah.. Kandungan Tengku dalam keadaan baik. Beberapa bulan lagi kita boleh tahu jantina baby. " kata Doktor.

" Alhamdulillah. "

" Pesanan dari saya, untuk peringkat awal ni jaga kandungan sebaik mungkin. Jangan buat kerja berat dan jaga emosi memandangkan ni anak pertama so kita tak nak benda-benda tak elok jadi. "

Aleesya mengangguk.

" Selain itu, jaga pemakanan. Ibu mengandung ni senang dapat kencing manis. Benda tu kena elakkan sebab takut effect baby dan masa lahirkan anak nanti. "

" Baiklah Doktor. "

" Okay. Bulan depan datang lagi untuk check up seterusnya. Ada nak tanya apa-apa dekat saya? Mana tahu ada kemusykilan. "

Doktor itu memandang Aryan dan Aleesya bersilih ganti.

" Hmmm.. Doktor saya nak tanya sesuatu. Ada tak cara nak kurangkan morning sickness. Sebab saya tengok morning sickness isteri saya boleh tahan teruk juga. " tanya Aryan.

Doktor itu ketawa kecil.

" Morning sickness ni kita tak boleh nak buat apa. Semua ibu mengandung alami.  Sama ada teruk atau tak teruk je. Harap Tengku dan Encik bertahan. Insyallah tak lama hilang lah. Tapi banyakkan minum air masak supaya air dalam badan cukup.  "

Aryan mengangguk.

" Saya akan bagi buku untuk check up. Kalau nak tanya apa-apa boleh contact saya. "

" Terima kasih doktor. " ucap Aleesya.

" Sama-sama. " ramah sahaja Doktor itu.

         " Bila tengok gambar ni. Rasa macam nak suruh baby  cepat-cepat keluar je. " kata Aryan tangannya masih memegang gambar scan.

" Kalau baby keluar cepat abang dah bersedia ke nak jaga? Nak bangun malam buat susu, nak mandi kan, nak basuh tahi dengan kencing. Dah bersedia? " tanya Aleesya.

Aryan memandang Aleesya.

" Mestilah sudah. Dari sebelum kawin lagi. "

" Sebelum kawin? "

" Hmm.. Abang selalu dengar si Riz tu cerita pasal anak dia masa baru lahir. So abang dah slow-slow practice tau. "

" Wahh.. Hebat! So nanti lepas beranak Aleesya nak duduk je. Abang urus semua boleh? "

" Ala.. Kita sama-sama la. Baru boleh cipta memori bersama. Anak pertama ni rasa dia lain macam tahu. "

Aleesya tersenyum.

THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now