CHAPTER THIRTY NINE

1.6K 123 5
                                    

Aleesya terus keluar daripada kereta dan berjalan tanpa menunggu Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aleesya terus keluar daripada kereta dan berjalan tanpa menunggu Aryan.

Hari ini, Bonda mengajak Aleesya untuk makan di rumah. Sebab itulah dia terpaksa hadap muka Aryan walaupun mereka baru sahaja bergaduh kelmarin.

Dia tidak mahulah Bonda terkecil hati jika menolak ajakan orang tua Aryan itu.

'Dia bergaduh dengan Aryan bukan dengan Bonda.'

Itulah sebabnya.

Muka Aleesya yang masam bertukar manis dengan senyuman apabila melihat Bonda sedang menunggu di pintu.

" Assalamualaikum Bonda. "

Aleesya bersalaman dengan Bonda.

" Waalaikumussalam. Sampai pun. Bonda lama tunggu kamu berdua. "

"Biasa la Bonda, Aryan ni bawa kereta lambat betul. Pakcik yang naik basikal pun boleh potong dia " perli Aleesya.

" Hmm... Jom masuk! Bonda masak makanan special untuk Aleesya. "

Bersinar mata Aleesya.

" Jom! Jom! "

Aleesya memeluk lengan Bonda dan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Aryan melihat Bonda dan Aleesya yang melayannya seperti halimunan.

" Siapa anak sebenarnya ni? " soal Aryan.

Dia pun menanggalkan kasut dan masuk ke dalam untuk mencari dua wanita itu.

          " Bonda nak tahu tak Aryan sekarang ni asyik sakitkan hati Sya je. " adu Aleesya.

" Iya?!! "

" Kalau boleh setiap masa ada je benda dia nak cakap."

Bonda menjeling ke arah Aryan.

" W-why? " tanya Aryan.

" Betul ke apa yang Aleesya cakap tu?"

" Ala.. Orang usik dengan sakat sikit je. Aleesya yang terlebih emotional. " Aryan cuba membela dirinya.

" Angah buat la lagi perangai budak-budak Angah tu. Sekali lagi Aleesya mengadu... Bonda sendiri cari lelaki lain untuk kawin dengan dia. " ugut Bonda.

Terkedu Aryan.

Aleesya tersenyum kemenangan.

" Aleesya kalau ada apa-apa yang tak kena si Aryan ni buat. Report je dekat Bonda. Tahulah Bonda nak kerjakan dia. "

" Okay Bonda! "

Aleesya mencuri pandangan ke arah Aryan.

Lelaki itu hanya diam.

Tau takut.

ΦΦΦ


THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now