CHAPTER EIGHTEEN

1.8K 118 8
                                    

" Fira dah bersedia nak jadi seorang isteri?" tanya Bonda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Fira dah bersedia nak jadi seorang isteri?" tanya Bonda.

" UHUK!! "

Semua di meja itu memandang ke arah Aryan.

Aryan batuk beberapa kali disebabkan tersedak. Atiqa dengan pantas menghulurkan gelas berisi air kepada abangnya.

" Apa Angah ni. Mesti makan tak baca bismillah. " kata Atiqa.

" Angah bacalah. "

" Makan elok elok sikit Angah. Malu dekat Fira. " tegur Bonda.

Aryan diam tidak membalas.

Bonda kembali melihat Syafira yang masih tidak membalas pertanyaannya.

" Macam mana Fira? "

" Err... Fira bersedia je. "

Bonda mengukir senyuman.

" Baguslah kalau Fira dah bersedia. Bila bila masa ja kita boleh langsungkan majlis. Betul tak awak?" Bonda menanya Walid sambil tersenyum.

" Hmmm... "

Mereka semua kembali senyap dan menikmati makanan masing masing.

 
     Aryan dan Syafira berdiri di tepi kolam ikan milik Walid. Dia sengaja mengajak Syafira ke situ untuk berbual kerana tidak mahu di ganggu.

"Abang minta maaf kalau soalan mengejut Bonda tu buat Fira tak selesa." Kata Aryan.

"Fira okay je la. Tapi Fira tengok...
abang yang macam tak okay."

Aryan memandang Syafira.

"Fira... betul betul ke nak kawin dengan abang?"

Syafira diam seketika.

"Fira sejujurnya dah lama sukakan abang sejak kecil lagi... Bila Bonda datang masuk minang Fira, Fira rasa gembira sangat sebab tak sangka yang abang sudi nak kawin dengan Fira."

"Untuk pertanyaan abang tu... Ya. Fira sudi nak kawin dengan abang. Fira ikhlas nak jadi isteri dan tulang belakang abang." Kata Syafira panjang lebar.

Aryan memandang lama anak mata Syafira. Memang betul. Syafira memang ikhlas dalam hubungan mereka.

Tetapi masalah sekarang ialah dirinya sendiri.

Dia masih ragu ragu untuk kawin dengan Syafira kerana perasaannya langsung tiada untuk si Tunang.

Aryan menghela nafas berat.

"Dah nak lewat malam ni. Abang teman Fira balik?"

"Ehh... Tak apa. Fira boleh balik sendiri. Lagi pun rumah dekat sebelah je."

Aryan mengangguk.

Mereka berdua berjalan ke arah pintu pagar.

" Bagitahu Bonda ye yang Fira balik. "

THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now