CHAPTER FOURTY THREE

1.7K 118 7
                                    

Dua minggu kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua minggu kemudian,

Aleesya membetulkan tali leher Aryan supaya kelihatan lebih kemas.

Setelah selesai, dia tersenyum apabila melihat suaminya itu kacak dekat kemeja berwarna biru. Ini tak pakai kot lagi. Mesti bertambah kacak.

" Handsome betul suami saya hari ni. " puji Aleesya.

Aryan ketawa kecil.

" Isteri saya pun cantik juga hari ni." balas Aryan pula lalu mencubit pipi Aleesya.

" Nervous lagi? "

" Hmm... Yeahh.. A little bit. But it's okay. As long as awak ada. "

" Good. Jom turun. Saya bangun awal hari ni sebab nak buat breakfast. So that, awak dapat mulakan kerja dengan bertenaga. "

" Really? Okay jom! "

Aryan mengambil begnya dan memeluk bahu Aleesya. Mereka berdua turun ke bawah untuk makan.

Sudah masuk hari keempat mereka berdua tinggal di rumah banglo dua tingkat yang baru dibeli Aryan itu.

Rumah itu cantik. Pandai sungguh Aryan memilih warna dan perabut rumah. Semuanya kena dengan selera Aleesya.

Kawasan rumah itu juga dekat dengan jiran. Jadi tidaklah terlampau sunyi. Jiran mereka pun ramah orangnya.

Aryan duduk di meja makan manakala Aleesya membuka salji.

" Awak nak makan pancake or nasi goreng? " tanya Aleesya.

" Nasi goreng. "

Aleesya pun mencedok nasi ke dalam pinggan Aryan. Kemudian, dia menuang air teh ke dalam cawan suaminya.

Aryan berselera makan nasi yang dimasak Aleesya. Jujur dia katakan Aleesya ni sebenarnya pandai sahaja memasak, cuma kena asah lagi bakat tu.

Mesti boleh jadi chef.

ΦΦΦ

" Selamat pengantin baru!! "

Terkejut Aryan dan Aleesya apabila mereka keluar sahaja daripada lif semua pekerja bersorak kepada mereka.

Nasib baik tak kena serangan jantung.

"Wahh..  Tengku makin berserilah lepas kawin ni. Jealous kitorang. " kata Kak Siti yang merupakan ketua bahagian kewangan.

" Ishh.. Ada-ada je Kak Siti ni. "

" Tengku lama betul cuti rindu tau kitorang dekat pejabat ni, tak dapat jumpa Tengku. " kata Suzen.

THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now