CHAPTER THIRTY THREE

1.7K 114 19
                                    

Aleesya melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aleesya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia membuka tali jam sambil berjalan untuk naik ke bilik.

Namun begitu, langkahnya terbantut apabila Tengku Sofea memanggil.

" Aleesya. "

" Hm. Ye, ma. "

Aleesya memandang Tengku Sofea.

" Aleesya pergi mana tadi? Kata nak hantar buah dekat rumah Ayien je." tanya Tengku Sofea.

" Aleesya bawa anak Ayien jalan-jalan. Sebab tu lambat sikit. Kenapa?"

Tengku Sofea membulatkan mulutnya. Selepas itu, senyuman terbit di bibirnya.

" Firash ada datang. Dia tengah tunggu dekat tepi kolam. Aleesya layan dia ehh. "

" Firash? Kenapa dia tiba-tiba datang? Aleesya tak tahu pun. "

Aleesya menjongketkan keningnya.

" Saja. Dia baru balik daripada Australia. Datang nak bagi buah tangan dari sana. Mama suruh la dia tunggu sampai makan malam. "

" Hmm.. Aleesya pergi tengok dia."

" Haa.. Pergi-pergi. Mama nak sambung masak. "

Aleesya mengubah langkahnya ke tepi kolam untuk berjumpa Firash.

Setibanya di sana, terlihat Firash sedang duduk bermain telefon.

Aleesya mendekati lelaki itu.

" Hey. " sapa Aleesya.

Firash mengangkat kepalanya.

" Eh.. Hai." balas Firash sambil tersenyum.

Aleesya mengambil tempat di salah satu kerusi.

" Kenapa awak tak bagitahu nak datang? Buat susah-susah je datang sampai ke rumah. "

" Tak ada yang susah pun lah. Saya dah alang-alang datang rumah kawan dekat area sini. "

" Ouh.. "

" Aunty kata awak baru balik dari kampung. "

" Aha... Tenangkan fikiran sikit dekat sana. "

" Untunglah ada kampung. Boleh hirup udara segar, main sungai apa semua. Saya ni kampung dekat bandar. "

" Kalau macam tu cari la isteri yang ada kampung. Dapatlah rasa semua tu. "

Firash tersenyum kecil.

Aleesya berdehem apabila melihat Firash tersenyum.

" Awak buat apa dekat Australia? Ada projek ke?" tanya Aleesya untuk menukar topik perbualan mereka.

" Aha. Saya jumpa pelabur dekat sana. Insyallah akan ada projek baru. "

" Alhamdulillah. Baguslah rezeki awak. "

THE TENGKU'S 2 Where stories live. Discover now