9.

4K 599 118
                                    

Tangan naik mengurut pelipis dengan pandangan tak beriak dilontar ke arah laptop. Di tepi sebelah kanan, bersusun timbunan kertas yang dah di-print out buat rujukan. Tepi sebelah kiri, buku nota yang penuh dengan catatan berserta novel Merantau ke Deli elok terletak.

Stress!

Due date progress tesis lagi beberapa hari. Muka surat pula tak bertambah jumlah pun sejak hari tu. Masih tak beranjak dari bab tiga. Nak menjawab apa nanti depan supervisor?

Tangan meraup muka. Tak apa, Roseanna. Sikit je lagi. Tak banyak pun. Lagi dua bab lebih je walaupun yang dua bab lebih tu yang sebenarnya azab.

Tok! Tok!

Anna mengangkat kepala, menghadap pintu yang dah terbuka sedikit menunjukkan kepala Helen. Kening dijongket, bertanya dalam senyap.

"Keluar, jom. Release tension. Penat aku tengok kau dah serupa orang bertapa ni." Helen melangkah masuk menghampiri Anna. Sekilas, permukaan meja yang dah tak nampak dasar tu dijeling.

"Kau pergilah. Aku tak ada mood." Anna menghembus nafas. Kalau dia join Helen lagi, alamat tak siaplah tesis yang nak kena tunjuk dia punya progress ni. Sekarang pun dia dah rasa nak pecah kepala.

Helen geleng. Tangan Anna ditarik, memaksa gadis itu untuk bangun.

"Nope, kau pergi siap sekarang. Malam nanti aku janji, aku tolong kau brainstorming. Tak pun aku tolong taip apa yang patut." Helen tayang gigi, masih berusaha.

Lepas balik dari kampung hari tu lagi Anna jarang keluar dari bilik. Sepanjang minggu ni asyik terperap. Pergi An-Nur pun masa baru balik awal hari tu. Balik rumah bonda pun tak, sekadar sembang dalam talian je. Itu pun tak sampai setengah jam.

"Helen ak—"

"Kau jangan sampai aku seret je kau keluar dari bilik ni." Helen dah keluar aura mafia. Pandangannya mencerun merenung Anna.

"Kau tahu kan aku tak takut dengan ugutan kau tu." Anna buat muka namun kaki tetap menapak ke arah almari, mencari pakaian. Tak apalah Anna, sekejap je. Mana tahu keluar rumah dapat ilham. Hati cuba memujuk.

Helen dah tersengih bahagia.

"Aku tahu kau sayang aku, aku tunggu dekat luar okey." Helen beredar, memberi ruang untuk Anna bersiap. Dia sendiri pun tak gosok tudung lagi sebenarnya.

Kurang dari sejam kemudian, Anna dah siap menyarung sneakers ke kaki sambil menunggu Helen yang masih menghadap cermin di ruang tamu. Anna memejam mata sesaat, cuba paksa hati untuk santai walaupun otak masih membayangkan laptop di bilik sana.

Pin!

Anna berkerut melihat sebuah kereta elok terparkir depan pagar rumah sewanya bersama Helen itu. Sebaik cermin sebelah pemandu diturunkan, Anna rasa nak lari masuk ke dalam rumah balik.

"Hah, dah sampai pun. Jom. Helen muncul sambil menyarung sandal ke kaki. Tanpa menunggu Anna, dia dah berjalan ke arah pagar dulu nak menyapa Irfan.

"Nak pergi mana je hari ni?" Irfan membuka mulut sebaik Anna dan Helen selamat mengambil tempat. Sempat matanya menjeling Anna menerusi cermin pandang belakang. Wajah gadis itu tak beriak. Datar macam selalu.

"Tengok wayang? Boling? Apa-apa jelah yang boleh buat release tension." Helen sengih. Nasib baik Irfan free hari ni, jadi tak payahlah dia berebut cari parking sebab hujung minggu selalunya ramai orang. Dia malas nak bersesak penatkan diri.

Irfan hanya menurut. Lagipun dia setuju nak keluar hari ni sebab Helen bagi tahu Anna join sekali. Jadi nak pergi mana sekali pun, dia tak kisah asalkan dapat spend time dengan Anna walaupun gadis itu gaya tak ada mood je.

RoseannaWhere stories live. Discover now