14.

3.7K 575 118
                                    

Anna menapak ke arah telefon yang bercas. Ikon muzik ditekan sebelum jari menekan playlist. Serta merta ruang biliknya bergema dengan intro Anti-Hero. Nak ambil feel untuk buat kerja pembersihan sekejap lagi.

Hampir sejam dia mengemas, extra vacum karpet berbulu di dalam bilik itu sebelum Anna mengambil tempat di atas katil untuk melipat kain. Sekilas jam dinding dilirik. Sembilan pagi.

Tengah hari nanti dia kena ke universiti berjumpa dengan supervisor. Hari ni hari yang paling ditunggu sebab dah kena hantar tesis dan segala borang kebenaran untuk penjilidan. Lepas ni tak perlu jadi burung hantu hadap laptop lagi.

Suara Taylor Swift dah hampir ke penghujung rangkap lagu sebelum berganti dengan Troye Sivan-Strawberries and ciggaretes. Anna bangun bersama lipatan kain di tangan. Pintu almari dibuka dan lipatan kain tadi disusun elok mengikut jenis.

Matanya singgah menatap beg kertas dua buah yang tersusun elok di tepi almari. Dahi berkerut sambil tangan kiri menarik beg kertas berwarna hitam. Apabila dibuka, dia rasa nak tepuk dahi sendiri. Macam mana boleh salah pula?

Segera dia mencapai telefon. Nombor Irfan didail. Sementara menunggu panggilan bersambut, matanya melirik beg kertas tadi. Dalam beg kertas itu ada hadiah ulang tahun untuk ayah Irfan. Entah macam mana boleh tersalah ambil.

"Assalamualaikum. Irfan, awak busy ke?" Anna memberi salam sebaik suara Irfan menampar gegendang telinga.

"Wa'alaikumsalam. Tak sangat, ada apa?" Irfan menyoal di hujung talian. Tak adanya Roseanna tu saja-saja call dia kalau tak ada sebab.

"Saya terbawa sekali paper bag yang ada birthday present ayah awak." Anna garu dahi yang tak gatal. Dah satu kerja nak menghantar pula.

Seketika Irfan senyap. Cuba mengingat agaknya.

"Allah, patut pun dah cari tapi tak jumpa. Awak nak hantar ke sini? Kalau tak, saya datang rumah awak."

Anna gigit bibir. Sekilas matanya melirik jam yang tergantung.

"Awak share location, nanti saya hantar. Saya pun nak keluar ni." Sebelum pergi universiti boleh kot singgah sekejap. 'Bukan datang nak eratkan silaturahim pun, hantar barang je lepas tu blah.'

"Okey, kejap lagi saya hantar."

Anna menyudahkan panggilan. Sekali imbas dia memerhati bilik sendiri yang dah ada rupa tempat tidur tu sebelum bergerak ke bilik air. Nak mandi dan bersiap. Sempat dia memesan Grab. Helen tak ada hari ni jadi tak boleh tolong hantarkan.

Kurang dari setengah jam, Grab yang dipesan tiba depan rumah. Anna terus mengambil tempat. Lokasi yang dihantar oleh Irfan tadi, ditunjuk ke arah pemandu. Tanpa banyak soal, pemandu lelaki setengah abad itu mula melepaskan brek tangan dan bergerak keluar dari kawasan perumahan.

Anna menyandarkan tubuh ke belakang. Sekilas beg kertas berwarna hitam di sisinya dijeling. Senyuman nipis terukir. Dua hari lepas, dia menemani Irfan bersama Helen untuk mencari hadiah. Dia tak pasti apa hadiah yang dibeli oleh Irfan tu tapi yang pasti, ianya mahal dan mewah.

Nafas panjang dilepas. 'Beruntung betul ada ayah.'

Serta merta wajah seorang lelaki terbayang. Lelaki yang sepatutnya dipanggil 'ayah' oleh Anna itu entah apa reaksinya kalau tahu Anna dah besar dan muncul tiba-tiba. Reaksi yang paling Anna nak tengok adalah reaksi wanita yang dah hina mak dan halau mereka macam binatang dulu.

Sekejap je lagi Anna, tunggu masa yang sesuai je lagi. Dah boleh fikir kut nak buat grand enterance macam mana masa jumpa dua manusia tu.

"Cik, dah sampai."

RoseannaWhere stories live. Discover now