"AWAK pasti ini hotelnya?" Soal Dyanah lembut. Susah hati apabila melihat adik iparnya seakan - akan takut perkara yang buruk terjadi pada Dasuki.
"Saya pasti. Das ada kat sini. Lagipun, Haykal tak pernah silap lagi kalau mencari lokasi suami Nur. Bagus juga Das tu sebab dia buka lokasi. Taklah susah". Bidas Aileen.
"Tapi, macam mana kita nak minta kunci? Saya rasa macam tak lepas je". Rungut Widya pula.
Apatah lagi melihat Ayeen yang sedang menemani Rizzara meminta kunci bilik yang ditempah oleh Sabrina seakan menemui jalan buntu.
"Macam mana?" Soal Alfia.
Ayeen menggosok lembut belakang tubuh Rizzara yang sudah menangis.
"Mereka tak benarkan privasi dicerobohi. Macam mana ni kakak kakak semua? Suami saya nanti kena bertanggungjawab pula pada majikan dia walaupun bukan kehendak dia. Saya tak nak kongsi dorayaki tu dengan sesiapa". Adu Rizzara bersama - sama esakkan.
"No, Nur. Dia takkan dapat buat macam tu". Pujuk Aileen.
"Macam mana awak nak buat, Leen? Saya tengok Ayeen dah pujuk mereka. Tapi, mereka siap panggil pengurus hotel". Gusar Widya.
Aileen mengemam bibir.
Sepasang mat coklat cairnya melihat seorang lelaki yang berkarisma melangkah menuju ke arah kaunter.
Bibir merah jambunya melorek senyuman nakal.
"Awak semua tunggu sini. Sekejap lagi saya datang". Pesan Aileen sambil meleraikan ikatan rambutnya.
"Awak nak buat apa?" Soal Dyanah hairan.
"Cara lama". Balas Aileen sambil mengenyit mata kirinya ke arah Dyanah. Kemudian, langkah dibuka mendekati lelaki yang berkarisma itu.
"Hai handsome". Tegur Aileen lembut.
"Jadi, you lah yang berkeras mahu minta kunci bilik 302?" Soal lelaki itu semula.
Aileen memandang wajah lelaki itu.
"Kenapa? Tak boleh ke?"
"Tak boleh. Itu privasi".
Aileen mengemam bibir merah jambunya. Dia mendekati lalaki itu. Kolar baju yang terbuka dibetulkannya.
"Handsome". Puji Aileen nakal.
Lelaki itu berdehem.
"Well".
"You tak boleh bagi I kunci tu? Kesianlah sikit kat suami kawan I. Kena tangkap masuk bilik tu. Entah apa yang perempuan gila tu buat". Rungut Aileen manja.
Lelaki itu memandang wajah Aileen.
"Tengok apa tu?"
Kalut lelaki itu berdehem.
"T-tak ada apa. You masih tak boleh dapat kunci bilik tu". Bidas lelaki itu tegas.
Aileen kembungkan pipi.
"Bolehlah. You nak I buat apa untuk you bagi kunci tu?" Soal Aileen lembut.
"Buat apa - apa aje?" Soal lelaki tu semula.
YOU ARE READING
Dia, Bidadari - [ɌIƵꝀɎ]
Romance-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti sekuntum mawar. Cantik untuk dilihat, wangi bila dihidu tetapi pedih bila cuba digapai...