PERLAHAN - lahan Rizky menepuk bantal itu supaya Dyanah selesa. Kemudian, dia membantu Dyanah supaya berbaring di atas katil dengan selamat.
"Saya okey, abang". Tegur Dyanah lembut.
Dia tahu Rizky risaukannya.
"Bidadari tu kena berpantang elok - elok. Abang risau apa - apa jadi pada isteri abang", Balas Rizky. Pipi Dyanah diusap lembut.
Rizky mencium dahi Dyanah.
Dyanah tersenyum.
Pintu rumah mereka diketuk.
"Hai!" Aileen melambai ceria ke arah Rizky dan Dyanah.
"Leen? Rian?" Soal Rizky keliru.
"Kenapa berdiri kat luar? Masuklah", Gamit Dyanah lembut. Perlahan - lahan dia bangun dari pembaringan.
Rizky membantu Dyanah.
"Bidadari nak pergi ke mana?" Soal Rizky risau.
"Nak buatkan te-"
"Tak perlu!" Bicara mereka bertiga menghentikan Dyanah yang mahu bangun.
Dyanah terkebil - kebil.
"Saya nak buatkan teh untuk tetamu",
"Kami tak datang sini untuk minum teh", Kata Rian.
"Jadi, awak nak minum kopi atau nescafe?" Soal Dyanah polos.
Rian menghela nafas.
"Dyanah..." Aileen membuka langkah mendekati Dyanah. Rizky memberikan ruang kepada Aileen.
Dyanah memandang Aileen.
"Saya datang ke sini sebab nak jagakan awak memandangkan adik Rizky tak sihat", Terang Aileen lembut.
"Nur demam lagi ke?" Soal Rizky hairan.
"Dia demam terkejut lepas Dyanah hilang", Balas Rian.
"Macam mana kau tahu?"
"Kami kebetulan jumpa adik ipar kau. Dia beritahu kami supaya kami beritahu pada kau". Bidas Rian.
Dyanah menayangkan wajah serba salah.
"Saya minta maaf, abang".
"Bukan salah awak, Dyanah". Pujuk Aileen lembut.
"Tapi, dia bersalah sikit". Bidas Rian.
Aileen memandang geram ke arah Rian.
"Abang!" Tegurnya tegas.
Rian mencebik.
Aileen kembali menoleh memandang wajah Dyanah.
"Abaikan apa yang Dhean kata tu. Dia cuma sedikit tak puas hati bila saya nak menjaga awak". Terang Aileen.
"Tapi, awak tak perlulah menjaga saya. Saya takut awak ada dalam bahaya. Harry mahukan awak. Dia tahu di mana kami tinggal. Kalau dia tahu awak jaga saya, tentu dia akan cari awak di sini. Saya tak mahu susahkan sesiapa".
Aileen menekup lembut pipi Dyanah.
"Jangan risau. Dhean akan jaga kita juga. Awak tak pernah susahkan sesiapa Dyanah..."
YOU ARE READING
Dia, Bidadari - [ɌIƵꝀɎ]
Romance-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti sekuntum mawar. Cantik untuk dilihat, wangi bila dihidu tetapi pedih bila cuba digapai...