Rindu saya?😂
---
TAK sempat Rizky mahu menghalang, Dyanah terlebih dahulu berlari anak memeluk Maisarah. Matanya terus sahaja merenung tajam ke arah Rizzara yang tampak buntu memikirkan kerenah dua beradik itu.
Rizzara memuncungkan bibir apabila dia yang menjadi mangsa abangnya untuk membawa pulang Maisarah.
Bukan salah dia. Hisy!
"Kak Dyanah rindukan Maisarah..."
"Pelacur macam kau layak ke nak rindukan aku?" Soalan sinis itu membuatkan air muka Dyanah berubah.
Bibir Rizzara melopong tatkala mendengar bicara Maisarah.
Rizky mengetap rahang.
"Ap-apa yang Maisarah cakap ni?"
Tubuh Dyanah ditolak menjauhinya.
"Kau memang sundal dari dulu kan? Rampas bakal suami aku. Sebenarnya, kau yang rancang untuk batalkan majlis nikah aku supaya kau boleh kahwin dengan Rizky. Jijik betul kau ni!" Tengking Maisarah.
"Kak Dyanah tak faham..."
"Kau tahu tak penzina ni tempatnya di mana? Neraka kau tahu tak?" Hina Maisarah lagi.
Air mata Dyanah jatuh.
"Ke-kenapa Maisarah cakap macam tu. Maisarah tak kesiankan Kak Dyanah?"
"Aku tak ada kakak pelacur macam ka-"
"Cukup!" Jerkahan Rizky mematikan bicara Maisarah.
Rizzara meraup wajah.
Ah sudah. Abangnya mengamuk pula.
Sejujurnya, abangnya bukanlah jenis yang mudah marah. Namun, kalau kesabaran sentiasa diuji... Siapa aje yang mampu untuk bertahan?
Rizky membuka langkah mendekati Maisarah.
"Kau tahu tak hukum orang yang pandai - pandai nak mengadili orang itu berdosa? Kau rasa kau baik sangat sampai kau boleh hina kakak kau sendiri?" Soalan Rizky membuatkan Maisarah hanya berdiam diri.
"Ya, kau perempuan berpurdah. Cantik. Tapi, sayangnya hati kau busuk. Perangai kau ni membuatkan perempuan yang teringin nak berubah pandang serong. Sebab perangai perempuan macam kau!" Tengking Rizky.
Bahu Maisarah terhinjut.
Menikus.
"Aku bersusah payah nak pulihkan mental dan emosi kakak kau. Tapi, kau dan keluarga kau sentiasa buat emosi dan mental dia terganggu. Kau tak tahu macam mana seksanya dia nak teruskan hidup. Dia nak berubah. Orang yang alim - alim kucing macam kau yang membuatkan dia takut nak berubah. Dia tak pernah minta untuk jadi pelacur. Ayah kau tu yang campak anak sendiri kat tempat maksiat tu tanpa dia sempat nak terangkan semua. Jadi, siapa yang salah? Dia atau ayah kau?" Soal Rizky penuh sinis.
Maisarah takut untuk membalas renungan Rizky.
"Aku tak suka marah, Maisarah. Tapi kau memang dah melampau sangat. Kau boleh jadi anak yang solehah. Kenapa kau tak boleh nak hormat kakak kau sendiri? Sebab dia dari mak yang lain? Kalau itu alasan kau, kenapa Dyanah boleh sayang kau sangat - sangat?!"
YOU ARE READING
Dia, Bidadari - [ɌIƵꝀɎ]
Romance-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti sekuntum mawar. Cantik untuk dilihat, wangi bila dihidu tetapi pedih bila cuba digapai...