"Lisa, awak curi-curi tengok senior yang terlanggar awak semalam tu ehhh?" Hanan mengusik. Fatimah pulak ketawa kecil. Fatimah memang kurang bercakap. Dia lebih suka berdiam dan dengar saja.

"Mana ada! Taklah...saya tak sangka dalam perangai dingin mulut puaka dia tu boleh jadi geng dengan diorang tu."

"Betul jugak tapi semalam saya ada jumpa student dari department tu. Diorang cakap masa tengah sesi suai kenal, senior tu langsung tak ambil port dengan mana-mana perempuan yang cuba gedik dengan dia. Dia tak layan. Muka dia dingin habis. Ada yang gelarkan dia cold blood. Dia hanya layan bila perlu saja sampaikan ada yang takut nak tegur dengan dia. Kira awak untung jugak sampai boleh gaduh dengan dia semalam...dia layan jugak mulut puaka awak ni."

"Tak ada maknanya untung. Sakit jiwa lagi adalah. Tapi tulah...macam mana geng dia boleh tahan dengan mulut puaka dia tu?"

"Entahlah. Boleh tahan sebab dia ada rupalah kot. Banyakkan student department tu cakap dalam geng diorang, lebih banyak orang minat dekat senior tu kalau nak dibandingkan dengan geng-geng dia."

Alisa sekadar mengangguk. Ohhh...bukan calang-calang rupalah dia ni. Tapi, pada pengamatan aku dia memang ada rupalah. Kulit dia putih...mata dia pun cantik. Muka dia macam nak arab-arab jugak. Tapi tulah... bila dah mulut puaka macam semalam memang out from my listlah.

Eh! Bukan list untuk buat boyfriend ok tapi list dalam lelaki yang baik. Ha gitueww.

"Nak tak kita pergi library?" Fatimah memberi cadangan. Semua department mereka dah jelajah. Library still mereka tak jejak.

"Boleh jugak tu." Mereka berdua setuju dan mula menuju ke library.

Sampai di library, mereka menilik satu-persatu rak yang dikhaskan mengikut department sebagai rujukan dan ada jugak rak yang khasnya hanya novel sahaja. Tapi, novel dalam bahasa Khmer lah. Aku nak baca? Memang sahlah aku tak faham. Sakit terus kepala aku dibuatnya nak faham satu-satu perkataan dia. Tulisan Khmer yang ditempel pada rak ni pun aku dah tak faham. Berangkai tulisan dia. Tapi, untung ada terjemahan jadi aku faham rak ni rak untuk buku apa.

Alisa meminta untuk menuju ke rak yang menyediakan buku rujukan bahagian departmentnya manakala Hanan dan Fatimah pula menilik novel di rak tersebut.
Tangannya mencapai satu buku yang menarik minatnya. Dibelek isi buku tersebut. Untung saja semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Tak adalah dia struggle nak faham sangat.

"Woi!"

Alisa yang ralit membaca buku tersebut terkejut. Nasib baik dia tak baling buku ni. Panjang dia menarik nafas sebelum dihembus keluar balik. Dia memandang wajah yang sedang tersenyum sinis memandangnya melalui celahan buku tersebut.

"Nak apa?" Aku baru je jumpa dia dok bersembang dengan geng dia. Tup tup dia ada dekat library ni pulak?

"Kau junior baru masuk kan?"

"Dah tu? Nampak macam senior ke?" Buku yang diambilnya tadi diletak kembali ke rak. Habis melayang mood aku nak membaca.

"Tak kata pun."

"Ok."

"Chams?"

Sibuklah nak tahu aku ni Chams ke apa.
"Yang nak tahu sangat kenapa?"

"Haih kau ni. Kerek!"

"Bukan masalah kerek tapi malas nak melayan. Ada faham?"

"Tak faham."

"Ikut suka awaklah!"

"Period?"

Aiiii mamat ni! Aku cincang jugak mulut tu
kang. "Tak."

Adara AlisaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ