Bab 55

936 34 4
                                    

Phnom Penh, Cambodia.

Alisa tersenyum suka bila Paeng membawanya kembali ke riverside yang dia pernah datang sewaktu masa belajar dulu. Sehari sebelum dia pulang ke Malaysia sebab berhenti belajar. Dia suka waktu-waktu yang dia spend di sini. Masih tak berubah tempat ni dan masih sama macam dulu.

"Senyum je tu? Kenapa?"

"Awak rasa saya senyum sebab sedih ke apa? Mestilah saya suka. Saya ingat lagi moment yang kita ada di sini dengan kawan-kawan. Moment yang saya takkan lupa sampai bila-bila."

"Yang paling penting bukan kita berdua je tapi dah bertiga sekarang. Cepat je masa berlalu. Aku tak percaya semua kisah kita mula dekat sini."

"Tak percaya kenapa?"

"Masa tu aku tak terfikir pun nak kahwin dengan kau. Hahahaha!!!"

"Saya pun tak terfikir nak kahwin dengan awak jugak."

Paeng terus memandang Alisa dengan pandangan tak puas hati. "Kau ni cakap tak berlapik langsung. Kecik hati aku tau."

"Hehehe sorry..."

"Kau nak naik ke bot tu?"

"Nak tapi kalau sekarang tak cantik pemandangan. Malam baru nampak meriah. Saya suka sangat masa first time saya naik bot tu waktu malam. Cantik!"

"Hmmm oklah kalau kau cakap macam tu. Kita tunggu malam baru kita naik bot."

Alisa duduk di atas lantai tangga yang menghadap ke arah sungai. Maklumlah...dukung baby lama-lama memang rasa lenguh. Paeng mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.

"Kalau kau tak larat nak pegang, bagi aku je yang pegang. Kesian dekat kau dah lama pegang baby."

"Tak apa. Saya ok je cuma kaki ni ha lenguh sikit...berdiri lama dengan pegang baby lagi."

"Kenapa kau tak cakap dekat aku?"

"Benda biasa jelah awak. Setakat lenguh-lenguh ni saya masih ok lagi."

Paeng menghadap Alisa lalu kasut isterinya dibuka. Laju tangannya mengurut kaki Alisa.

"Awak? Awak buat apa pulak ni?"

"Kau cakap lenguh kan? Aku tengah urut kaki kau lah. Takkan aku nak buat ayam goreng pulak?"

"Tak apa. Saya ok."

"Lisa..." Paeng berhenti mengurut kaki Alisa. "Kenapa setiap kali aku cuba tolong kau, kau seolah-olah tolak pertolongan aku? Kenapa? Kau masih tak boleh nak adapt lagi ke yang aku ni suami kau? Ataupun kau fikir yang aku ni bukan suami kau?"

"Paeng...apa pulak cakap macam ni? Saya bukan tolak pertolongan awak ataupun anggap awak ni bukan suami saya tapi saya tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak apa yang awak buat atas dasar terpaksa."

"Kau nampak aku macam terpaksa ke?" Alisa menggeleng. "Aku ikhlas tolong kau. Kalau setakat aku tolong picit kaki kau, apalah sangat yang nak dikisahkan? Kalau banding kau dengan aku, jasa kau dengan pengorbanan kau tak dapat nak tanding dengan apa yang aku buat sekarang ni." Tangannya ligat kembali memicit kaki Alisa.

"Kau isteri aku...jadi keutamaan aku untuk jaga dan bimbing kau macam mana kau jaga makan minum aku, jaga aku waktu aku sakit, hadap susah dan senang sama-sama dengan aku tanpa mengeluh, bersengkang mata jaga anak tiap-tiap hari. Jadi, aku tak nak kau fikir apa yang aku buat untuk kau selama ni menyusahkan diri aku. Aku tak suka kau fikir macam tu lagi."

"Aku tahu apa yang jadi dalam hidup kau selama ni effect kepada kau sampai sekarang sampaikan kau tak nak orang rasa terbeban dengan kau bahkan suami sendiri. Tapi aku nak kau ingat...semua benda perit yang kita hadap tu dah mula pergi. Tak ada apa lagi yang kita nak takutkan lepas ni."

Adara AlisaWhere stories live. Discover now