Bab 48

334 21 0
                                    

Alisa melambaikan tangannya ke arah Paeng yang mula memasuki balai perlepasan. Berat hati nak lepaskan suaminya pergi tapi nak buat macam mana? Nak tak nak kena jugak lepaskan. Suami aku pergi sana bukan sebab nak bercuti tapi nak cari rezeki untuk keluarga. Aku doa semoga urusan suami aku dipermudahkan selama dia di sana.

"Hah...hah...muka tu dah monyok nampak? Rindu Paeng dah ke?" Haider mengusik bila melihat air muka Alisa yang dah mula berubah bila bayangan Paeng mula menghilang.

"Mestilah. Orang gila je yang tak rindukan suami sendiri." Nasib baik tak menitik air mata aku ni. Haish...dah besar pun nak menangis lagi.

"Orang suruh ikut balik...tak nak."

"Saya nak awak ikut sekali."

"Kenapa pulak?" Haider mengerutkan dahinya. Pelik kenapa Alisa nak dia ikut sekali.

"So that nanti atas kapal terbang awak boleh lap muntah saya. Saya tak nak susahkan suami dengan kru kapal."

"Kurang asam. Mulut awak ni dah nak naik sama taraf dengan Paeng."

"Isteri siapa? Dahlah...jom balik."

"Tak nak breakfast dulu ke? Manalah tahu awak lapar ke?"

"Saya masuk kerja hari ni."

"Hah? Kerja? Tapi...Paeng suruh awak ambil cuti dulu kan?"

"Saya bosanlah duduk rumah. Nak kemas rumah, semuanya dah terkemas. Jadi, dari bosan-bosan ada baiknya saya masuk kerja."

"Paeng tahu tak ni?"

Alisa menggeleng. Mereka mula jalan menuju ke tempat parkir kereta.

"Lisa..."

"Jangan bagitahu Paeng please? Kalau awak bagitahu dia, mesti dia bising nanti. Lagipula saya buat ni pun sebab nak tolong dia jugak. Saya tak nak dia terbeban cari duit untuk tampung saya. Banyak lagi benda yang dia nak kena cover. Bil elektrik, bil air...bil api...tu tak terkira lagi dengan duit belanja bulanan yang dia bagi dekat saya untuk beli barang rumah. Banyak yang dia bagi. Saya tak tahu duit simpanan dia tinggal berapa. Kalau boleh saya pun nak dia simpan duit untuk kegunaan dia jugak."

Untung kau Paeng dapat isteri yang prihatin, fikirkan kau dalam setiap waktu dan selalu utamakan kau dalam segala benda Paeng.

Mereka tiba di kereta. Haider menghidupkan enjin keretanya lalu penghawa dingin dihidupkan. Selepas masing-masing memakai seatbelt, dia mula memandu pergi.

"Awak jangan risau dengan Paeng sebab saya dah kenal dia lama. Dari zaman kami mula masuk universiti pun Paeng dah mula kerja. Tak kisahlah kerja dekat kedai makan ke, supermarket atau apa-apa sajalah yang dia boleh kerja, semua dia buat. Dia tak berhenti kerja sampai zaman kita degree. Sejak dia ada masalah dengan daddy dia, dia tak pernah langsung bergantung dengan duit daddy dia. Semua atas hasil usaha dia sendiri."

"Tak pernah sikit pun dia mengeluh bila penat bekerja. Itu tak kira lagi kena kerja sampai lewat malam lepas tu esok pulak kelas awal pagi. Kadang-kadang saya tak pun Ken yang akan pergi ambil dia dekat rumah sebab dia tak larat nak pergi universiti sendiri. Jadi, kalau awak fikir dia tak ada duit simpanan untuk belanja dia sendiri, sebenarnya dia ada. Tapi, bila dia dah kahwin dengan awak semua benda dia utamakan lebih kepada awak."

"Awak buat saya menangis," Alisa pantas menyeka air matanya yang mengalir serupa air terjun.

"Saya cuma bagitahu benda yang awak perlu tahu pasal Paeng. Saya nak awak tahu yang awak tak perlu risaukan Paeng. Dia dah pernah lalui banyak benda sebelum ni. Awak tak perlu susah hati fikirkan pasal dia lagi."

Adara AlisaWhere stories live. Discover now