•Bab 12

310 30 0
                                    

Haider menuam muka Raish yang dah membengkak penangan kena tumbuk dengan Paeng. Tapi, langsung dalam hatinya tak ada perasaan kasihan pada Raish. Padanlah muka! Aku dah warning dia awal-awal pasal ni. Dia yang degil tak nak dengar. Bila dah makan habuan penumbuk dari Paeng, baru tahu rasanya macam mana.

Tempat yang bengkak dituamnya dengan kasar. Ditekan-tekan membuatkan Raish mendengus sakit.

"Kau nak bunuh aku ke apa hah?!" Marah Raish.

"Padanlah muka kau. Aku dah cakap dekat kau...jangan cari pasal dengan Paeng tapi kau degil! Ini habuan kau!" Sekali lagi tempat kena tumbuk ditekannya kuat membuatkan Raish terjerit sakit.

"Yang kau nak bela dia sangat dah kenapa?"

"Aku bela dekat orang yang betul! Tindakan Paeng memang betul! Raish! Kau sedar tak Raish? Apa yang kau buat dan apa yang kita buat selama ni bertentangan dengan agama kita ajar. Kita beragama Islam. Takkanlah agama dan bangsa kita hanya atas kad pengenalan sahaja?"

"Aku tahulah aku salah."

"Dah tu kau buat jugak kenapa bodoh? Aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi dengan kau Raish. Kau kena ingat...benda yang jadi dekat Paeng dulu pun puncanya dari kau jugak."

"Apa hal pulak?"

"Tak payah buat-buat lupa! Kau tak rasa ke kalau mama dan papa kau tahu perangai kau macam ni, diorang akan sedih."

"Yang kau tiba-tiba nak jadi baik ni dah kenapa?"

"Aku bukannya tiba-tiba nak jadi baik tapi aku nak ingatkan kau. Benda yang kau buat ni salah. Kau ingat selama ni apa yang kau buat aku sokong ke? Aku pernah tegah perbuatan kau, aku pernah tegur segala salah silap kau tapi kau buat bodoh? Last sekali apa pilihan yang aku ada? Aku just tegah melalui hati aku. Aku tak suka dengan apa yang kau buat. "

"Tambah-tambah lagi apa yang kau dah buat dekat Alisa. Lagilah tak boleh diterima dek akal kau tahu tak? Apa salah Alisa dekat kau hah? Dia tak ada salah apa pun dengan kau. Kau memang gilalah Raish!"

"Mama dan papa bukannya pernah kisah pasal aku pun. Selama aku di sini, ada diorang pernah call? Ada?"

"Aku tahu kau terkilan tapi takkan sebab kau rasa terkilan dengan mama dan papa kau, kau berubah jadi teruk sampai macam ni sekali? Tak betul namanya. Kau sedar tak selama kita duduk sini, kita jarang solat? Senang kata tinggal solat. Waktu kita semuanya habis dengan pergi melepak, melepak, melepak. Waktu solat langsung tak kisah pun."

"Hmmm..."

"Sebab tulah hidup kita tak tenang. Cuba kau tengok hidup Paeng? Tiap-tiap hari dia pergi singgah wat untuk berdoa dan sembahyang. Hidup dia rileks je. Kita? Hati sentiasa tak tenang."

"Dahlah Haider. Kau tak payah nak ceramahkan aku! Bak sini tuam tu!" Bekas ais diambil dan dituam sendiri.

"Ikut suka kaulah Raish. Aku cakap setakat mana yang aku mampu. Aku balik dulu," Haider melangkah keluar dari kondominium Ferran. Aku dah tegur, tegur dah. Ikut suka dialah nak ikut ke tak.







"ALHAMDULILLAH...awak dah sedar Alisa!" Hanan dan Fatimah gembira melihat Alisa yang mula sedarkan diri dari tidurnya yang panjang. Lama betul Alisa pengsan. Dari semalam sampailah tengahari ni.

"Hanan...Fatimah...kenapa aku dekat hospital?" Tanyanya dengan suara serak-serak. Tekaknya kering.

Otaknya tak boleh nak berfungsi kenapa dia terbaring di katil hospital sekarang ini. Dia cuba ingat balik tapi tak mampu. Seolah-olah otaknya dah dicuci.

Hanan dan Fatimah teringat pesanan Paeng semalam. Kalau Alisa dah sedar dan tanya kenapa dia ada di hospital, cakap je dia pengsan.

"Emmm...awak pengsan Alisa."

Adara AlisaOnde histórias criam vida. Descubra agora