•Bab 27

306 26 0
                                    

"Daddy nak Paeng berhenti dari berkawan dengan Alisa tu," suasana di meja makan tiba-tiba saja disajikan dengan arahan yang tiba-tiba dari Mr. Phungpak.

"Apa lagi yang daddy tak puas hati dengan Alisa sebenarnya hmmm? Dari haritu sampai sekarang daddy tak habis-habis suruh Paeng berhenti jadi kawan dia. Why? Apa salah Alisa pada daddy?"

"Diri sendiri ada jawapannya."

"Paeng tak faham."

"Tengoklah diri sendiri tu? Waktu kerja pun masih ingat Alisa then waktu dengan family pun still fikir pasal dia. What's wrong with you huh? Paeng tak pernah berkelakuan macam ni. Kalau ye pun suka dekat dia, janganlah tunjuk yang diri tu kemaruk sangat. Faham?"

"Apa yang jadi dekat Paeng tak menjejaskan prestasi syarikat daddy kan? Still ada income profit. Sorry but this time Paeng takkan ikut kehendak daddy."

"Paeng!"

"Abang..." Madam Srey memegang tangan
suaminya. Kejap je lagi keadaan di sini akan mula panas.

"Budak ni dah berubah!"

"Paeng tak berubah. Masih macam dulu. Cuma yang berubah perasaan Paeng je. Paeng mengaku Paeng memang suka dekat dia dan ada niat nak kahwin dengan dia. Final answer!"

"Paeng!!!" Kali ini Mr. Phungpak terus bangun dari tempat duduknya. "Paeng jangan harap daddy akan izinkan Paeng kahwin dengan dia!"

"Why?"

"Dia beza dengan kita! Taraf! Agama!"

"Sebab tu je daddy nak menilai Alisa? Tak nak menilai dari segi hati dia yang baik, perwatakan lemah lembut...tak nak menilai?"

"Paeng...dengar cakap daddy please?" Madam Srey cuba memujuk anaknya. Bukan apa...takut kedegilan Paeng akan mengundang perang antara anak beranak ini.

"Mummy nak Paeng dengar cakap daddy? Then...mummy mesti nak Paeng ikut jejak abang Rome keluar dari rumah ni jugak kan?"

"Kalau you rasa you hebat sangat...silakan keluar dari rumah ni! Daddy nak tengok jauh mana you boleh survive dengan keadaan di luar sana dengan susah nak cari kerja lagi!"

"Paeng dah pernah rasa erti susah cari kerja
dan erti jatuh bangun mula dari bawah tu macam mana. Cuma daddy yang butakan mata semua tu kononnya daddy lagi hebat dari semua orang!" Paeng bangun dan melangkah pergi naik ke biliknya. Selera makan pun dah mula terbantut.

"Abang..."

"Jangan nak back up sangat budak tu! Berlagak macam dah pernah rasa hidup susah!" Ujar Mr. Phungpak dengan suara kerasnya. Sakit hati bila Paeng menjawabnya dengan hanya nada selamba.









"AWAK ni Paeng...dah kenapa cakap dengan daddy awak macam tu? Awak tahukan mummy dan daddy adalah tempat tertinggi dalam hidup kita dan kita perlu hormat? Bila awak buat macam tu, apa perasaan mummy dan daddy awak?" Alisa sekadar mengeluh kecil mendengar cerita dari Paeng. Terkejut jugaklah bila tiba-tiba ada incoming call dari dia tadi.

"Habis tu kita sebagai anak tak ada hak ke nak bersuara apa yang hati kita rasa?" Paeng bersuara tak puas hati dalam talian.

"Bukan tak ada hak...ada tapi sebolehnya adab bercakap dengan ibu bapa kita tu kenalah utamakan. Kadang-kadang apa yang daddy awak cakap tu sebab dia nak yang terbaik dalam hidup awak. Dia tak nak hidup awak pada masa akan datang nanti tunggang-langgang sebab perbuatan awak sendiri. Mungkin cara daddy awak sampaikan dekat awak tu tak kena dengan hati awak tapi awak kenalah pandai fikir apa maksud yang dia cuba cakap tu. Tak bolehlah nak angin terus je."

Adara AlisaWhere stories live. Discover now