•Bab 2

579 40 0
                                    

Sesi suai kenal antara pelajar baharu dan juga senior di dalam faculty yang sama berakhir. Hanya sesi suai kenal biasa-biasa. Tiada sesi kena baling belon air, kena denda apa semua itu tak ada. Kalau masa diploma dulu mungkin ada.

Alisa, Hanan dan Fatimah keluar dari dewan. Sejak kenal sewaktu hari pendaftaran, terus mereka bertiga berkawan rapat. Kata Hanan dekat university ni hanya ada berapa percent sahaja pelajar yang beragama Islam dan berstatus Melayu Champa. Selebihnya etnik Khmer.

Dia mengangguk faham. Tapi, pada pengamatannya memang dekat university ni banyak yang beretnik Khmer nak dibandingkan dengan Melayu Champa atau lebih dikenali sebagai Chams. Ketika dia melangkah ke ruang tengah di university tersebut, dapat dia lihat jelas ada patung
Buddha yang terletak di situ. Di hall yang lain pula ada digantungkan dengan gambar raja mereka, King Norodom Sihamoni dan juga Perdana Menteri mereka, Hun Sen dan beberapa lagi gambar orang terhormat di situ.

Ketika mereka melalui satu fakulti, mereka ternampak ada beberapa orang sedang bersembang dengan beberapa lagi orang lelaki. Bukan sembang sebab berbincang dalam grup ke apa tapi lebih nampak macam tengah...menggedik. Ya, itu perkataan yang sesuai.

Aku bukan nak judge tapi aku tengok gaya lenggok diorang tu memang macam tengah menggedik. So? Aku nak kata apa lagi? Matanya terpandangkan ke arah nama department tersebut. Department of Media and Arts Studies. Ohhh...tak jauh lah dari department aku. Aku pulak Department of Communication Studies.

"Jom lalu jalan lain jelah Lisa. Kalau kita lalu dekat situ, confirm kita kena jugak," ajak Fatimah. Hanan turut bersetuju dengan Hanan.

"Kena apa? Alah...kita cuma nak lalu je kot? Bukannya kita kacau diorang dating."

"Ye tapi better kita cari jalan lain."

"Emmm yelah." Walaupun aku tak faham apa sebab-sebabnya tapi aku ikut jelah. Aku pun malas nak ambik pusing sangat pasal tu.


"HAH Paeng! Jomlah join dulu!" Ajak Ferran bila kebetulan Paeng lalu dekat situ. Bukan selalu Paeng ni nak lepak dengan diorang. Sekali-sekala je.

Alisa yang baru nak berganjak pergi dari situ terus terhenti. Hanan dan Fatimah turut berhenti sama bila Alisa berhenti.
Apa pulak yang Alisa ni tengah pandang.

Dia memandang Paeng yang sedang mengatur langkahnya ke arah kumpulan tersebut. Kejap! Itu bukan ke lelaki yang aku tereksiden dengan dia semalam?
Ohhh...rupa-rupanya dia geng dengan diorang tu ke? No wonderlah. Rupa dia ada mesti tergolong dalam kumpulan yang muka hensem-hensem.

"Dah buat apa ajak aku lepak sekali ni?" Tanyanya tak berminat. Baik aku main buaian dekat taman permainan lagi best dari layan perempuan-perempuan gedik dekat sini.

"Alah bukan selalu pun kau lepak dengan kami. Sekali-sekala lepaklah dengan kami. Ni...diorang ni pun minat dekat kau. Layanlah..."

Paeng menilik muka setiap satu. Cantik tu cantik tapi tulah...sayangnya aku memang tak berminat nak layan. Malas nak layan sebab aku tak ada perasaan nak bercinta. Buang masa je. Kalau break nanti, tak pasal-pasal broken sampai nak terjun katil. Tak ada manfaat langsung.

"Kalau kau nak, kau ambiklah. Aku tak nak pun." Kena reject live lagi.

"Kau ni jual mahal sangat Paeng. Kau ni rupa dah ada tapi takkanlah kau tak ada rasa nak ada awek? Hmmm???" Haider menyoal. Haider ni pun bukan biasa-biasa. Perempuan keliling pinggang jugak. Yang bestnya yang mana couple dengan dia tak kisah kalau diduakan atau diseribukan sekalipun. Apa yang penting...masyuk.

"Tak mati pun tak ada awek. Boleh je survive. Dahlah...aku chau dulu." Tanpa menunggu balasan dari mereka, Paeng membuka langkah dahulu pergi dari situ.

Adara AlisaWhere stories live. Discover now