BAB 2

62 9 0
                                    

KINI , Woojin sedang berjalan di hadapan sebuah kawasan kunjungan orang ramai. Pengunjung tempat itu semuanya melibatkan orang dewasa sahaja. Dia tidak dibenarkan masuk kerana masih di bawah umur. Jadi, dia terpaksa menunggu di luar sehingga orang yang mahu dia temui itu muncul di sekitar situ.

"Haha... nakallah abang ni, malam ni kita nak pergi mana?"

"Macam biasalah, balik rumah haha...."

Woojin yang sedang menyandarkan tubuh ke dinding sambil menyilangkan tangan ke dada terus menoleh. Dia dapat cam suara lelaki itu walaupun tanpa melihat wajahnya.

Keriangan pasangan tersebut Woojin
hiraukan, langkah kakinya laju mengejar lelaki berusia 50-an di hadapannya lalu lengan lelaki tua itu direntap kasar.

"Hey! Siapa ni?"

"Ayah! Sampai bila ayah nak jadi macam ni?" soal Woojin, nada suaranya cuba dilembutkan sebaik mungkin. Walau hati sakit seperti dihiris
belati namun, hormatnya masih tetap ada untuk sang ayah.

"Kau siapa? Siapa ayah kau? Aku tak kenal!"

Bau minuman keras yang keluar dari mulut lelaki tua itu membuatkan hidung Woojin sakit. Tangannya segera menutup hidung sendiri.

"Hey! Who are you? Why are you keep
calling him? He is not your father, kiddo!" tanya wanita yang sangat Woojin kenali itu. Wanita itu adalah ibu kepada Kim Jusang yang juga turut sama mabuk seperti ayahnya.

"Dahlah sayang, tak perlu layan budak ni. Gila agaknya. I tak ada anak."

Berkerut dahi Woojin mendengarkan ayat tersebut. Tangan kirinya digenggam kuat. Air liur ditelan payah. Rasa sakit terus menusuk ke hati.

Bapa sendiri tidak mengaku dirinya sebagai anak. Woojin membiarkan kedua-dua pasangan sejoli itu pergi meninggalkannya yang sedang menahan geram. Jika lelaki itu bukan bapanya atau itu adalah Mingi, kawan rapatnya. Sudah lama dia melampiaskan segala rasa sakit itu dengan menumbuk mereka. Namun, Woojin masih tahu batasannya.

"Itulah apa yang aku rasa, bila mak aku sendiri tak mengaku aku anak dia."
Pandangan Woojin teralih ke kanan. Di mana Jusang berada. Perlahan-lahan Jusang mendekati Woojin. Ternyata sejak tadi dia perhatikan gerakgeri remaja itu.

"Ayah kau buat mak aku sampai lupakan anak dan suaminya. Jadi, aku rasa gembira bila kau juga dapat rasa apa yang aku rasa."

Senyuman sinis Jusang terukir lantas dia
berlalu pergi dari situ. Woojin tidak berkata apa-apa. Semuanya dipendam, ditahan kerana pesanan ibunya lebih kuat mengingatkan dirinya di kala ini.

"Woojin jadi anak yang baik ya. Jadi lelaki yang baik. Jadilah seseorang yang baik. Biar manusia buat kita. Kita jangan buat mereka. Kalau betul nak balas, gunakan cara yang adil."

Pandangan Woojin jatuh ke bawah, perlahan-lahan air matanya membasahi pipi tanpa sebarang tangis.

'Tapi ibu, mereka semua dah melampau.'

•••

Pintu rumah kayu yang menyapa mata,
Woojin pandang lama. Di dalam rumah itu terdapat seorang wanita yang baik budi bicaranya. Lemah lembut dalam tutur kata. Senyuman pula tidak
pernah lekang di bibirnya. Itulah syuga bagi Woojin, Han Sora.

"Woojin?"

Suara panggilan itu membuatkan Woojin menoleh lantas senyuman di bibir terukir. Langkahnya laju dibuka mendekati Han Sora yang sedang membawa barang niaganya di sisi.

"Kamu ke mana? Lama ibu tunggu di gerai, kamu tak sampai-sampai." tanya Sora sambil matanya merenung wajah Woojin.

"Tak ada ke mana pun, tadi saya ada kelas tambahan."

Barangan di tangan Sora terus diambil lalu membawanya masuk ke dalam kawasan laman kecil rumah mereka.

"Tak payahlah tipu ibu, Mingi datang tadi. Dia kata kelas dah habis awal, kamu terus keluar tak tahu pergi ke mana."

Sora mendekati pintu utama lalu dibukanya. Woojin menurut langkah Sora masuk ke dalam rumah dan laju langkahnya menuju ke ruangan
dapur. Tidak mahu disoal siasat oleh Sora tentang ke mana dia pergi.

Selesai meletakkan barang. Woojin segera menaiki anak tangga sambil berkata, "Kalau tak ada apa-apa saya naik dulu ya, ibu."

"Woojin!" tegas suara Sora memanggil.
Terhenti langkah Woojin. Dahinya sudah berkerut.

"Jangan nak lari, ibu belum habis soal lagi. Mari sini turun," arah Sora.

Mahu atau tidak Woojin terpaksa akur.
Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga semula. Langkahnya berhenti di hadapan Sora sedang berdiri.

Tanpa bicara, wajah Woojin menunduk ke bawah manakala Sora merenung wajah anak tunggalnya itu. Selang beberapa minit Sora turut
menundukkan wajahnya ke bawah. Keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.

"Ibu minta maaf...."

Woojin terus mengangkat wajahnya
memandang Sora. Rasa terkejut menyelubungi diri sebaik saja ayat itu didengarinya.

"Ibu tahu semua ni salah ibu...."

"Apa ibu cakap ni? Ibu tak salah apa-apa pun. Kenapa ibu nak minta maaf pula?"

Sora terus mengangkat wajahnya, kembali merenung wajah anak lelakinya itu. Perlahan-lahan tangan Sora naik mengusap lembut wajah Woojin.

"Anak ibu... walaupun kita tak salah apa-apa. Kita kena belajar minta maaf. Dalam sedar mahu pun tidak, kita tetap ada melakukan kesalahan. Sama ada kita perasan atau tidak. Jadi, tak salahkan

ibu minta maaf dengan Woojin? Ibu tahu Woojin pergi cari ayah kan?"

Mendengarkan kata-kata Sora itu, Woojin terus menarik tangan Sora lalu menjatuhkan wajah ke tangan wanita tua itu. Rasa bersalah laju menjalar dalam dirinya saat itu.

"Saya minta maaf ibu, saya janji tak akan buat lagi. Saya janji,"

Sora hanya mengusap belakang rambut
Woojin yang sedang menunduk itu.

"Maafkan ibu juga, sudahlah. Ibu tahu anak ibu kuat. Sekarang pergi mandi, bersihkan badan. Lepas tu turun makan, nanti malam sambung buat
kerja rumah."

Woojin hanya mengangguk lalu dia segera meninggalkan ibunya di ruang tamu. Setelah Woojin berlalu pergi, Sora terduduk di atas sofa. Seretan hingusnya kedengaran, air matanya jatuh.

Dia tahu Woojin rindukan ayahnya. Dia juga tahu Woojin perlukan kasih sayang seorang ayah namun, hubungannya dan bekas suami tidak kekal
lama. Sora diberikan hak jagaan Woojin ketika Woojin berumur 13 tahun.

Kini mereka hidup berdua, Sora rasa bersalah atas kes penceraiannya dengan Nam Jungwoo. Jika bukan kerana mereka tidak sehaluan pasti Woojin tidak akan menjadi mangsa keadaan.

•••

NEXT

•••


Cheonsa, Saranghae! | eBookWhere stories live. Discover now