BAB 8

213 27 5
                                    

"Qaiser." Nara memanggil Qaiser yang sedang memandu dengan lembut.

"Ha." Qaiser menjawab garang. Dahla mengarah aku ajak keluar makan, lepastu naik kereta aku. Apa dia suka sangat dengan kereta ni? Pelik betul la. Bukan model macam dia suka belagak naik kereta mewah ke?

"Garang uuu." Nara membuat muncung.

"Ye, Cik Nara." Qaiser menjawab dengan lebih lembut.

"Ha macam tu lah."

"Dah beberapa hari ni, kita asyik makan kedai saya suka je. Apa kata harini kita pergi makan kedai yang Qaiser suka." Nara sengih.

Ye. Beberapa sudahpun berlalu, hari-hari aku bawa dia pergi makan. Tapi ada juga hari dia pergi makan dengan kawan model dia tu. Dan aku macam biasa, di sana juga memerhati dari jauh. Aku pun tak tahu apasal aku tak tolak permintaan dia minta ditemani.

Dan selama tu juga, aku teringat dia cakap dia tak ada kawan lelaki. Aku tengok macam betul je? Kawan perempuan? Model tu jela. Rumah family? Tak pernah balik sekalipun aku tak pernah ikut dia balik rumah sesiapa. Rutin dia hari-hari sama je? Robot ke manusia dia ni?

"Qaiser... Kan saya tanya." Nara bersuara lagi.

"Saya..." Qaiser berfikir sebentar. Kedai apa aku suka makan? Aku pun dah tak ingat. Kat mana ada cafe, semua aku bedal. Tapi sejak kerja di company ni, sejak ikut Cik Nara, hari-hari aku makan benda yang dia makan la. Balik rumah, housemate masak. Aku hulurkan duit beli barang dapur je.

Kalau sebelum kerja macam ni, memang macam-macam aku makan. Semua kat tempat mahal-mahal.

Sekarang kalau aku bawa Nara pergi situ, bankrupt juga aku.

"Saya...?" Nara memandang Qaiser menunggu jawapan.

"Saya selalu makan kedai tepi jalan je." Qaiser main tibai je apa yang keluar dari mulutnya.

"Kedai kat mana?" Nara pula kedengaran teruja.

Aduh...

"Nanti takut Cik Nara tak selesa. Ye lah Cik Nara siapa, saya ni siapa." Aku tipu je. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap kedai mana satu. Tolong aku!!!

"Saya tak kisah pun la. Apa yang beza? Saya ada tangan 2 kaki 2. Awak pun sama."

Aku cakap pasal lain kan? Dia ni nak cakap pasal anggota badan pula!

Lama berfikir, akhirnya Qaiser memberi kata putus. Dia tersengih jahat sedikit.

"Kita makan nasi ayam gepuk boleh?" Qaiser masih sengih jahat dalam hati. He he he. Mampos ko mesti tak nak ikut aku makan dah.

"Sedap tak?"

"Sedap. Makanan kegemaran saya." Sejak bila aku suka makan tu? Aku sembang je. Macam biasa!

"Okay, jom! Walaupun i diet nasi minggu ni, tapi untuk you i makan juga." Nara kembali ke posisi duduknya dan merapikan rambutnya.

Diet nasi seminggu? Kau nak kurus sampai tinggal tulang keee?

Qaiser nak je tanya macam tu, tapi tak apa lah. Qaiser masih punya hati yang baik. Okay?

"Dah sampai." Qaiser kemudiannya berhenti di hadapan sebuah restoran.

"Awak duduklah dulu, saya pergi order." Qaiser kemudiannya terus ke kaunter untuk memesan makanan. Sementara itu, Nara sudahpun mengambil tempat paling hujung di bawah aircond.

Hahah belum makan dah panas. Lepas makan mungkin model ni balik rumah terus!

Selepas saja Qaiser bayar di kaunter, dia ke meja di mana Nara berada. Nara pula menghulurkan not 50 kepada Qaiser.

MELAMARMUWhere stories live. Discover now