BAB 36

134 23 3
                                    

"You masih suka donut?" Qaiser melangkah ke arah Nara yang sedang menunggu Qaiser membelikan sesuatu untuknya. Sekotak donut Big Apple dihulurkan kepada Nara.

"Suka." Nara mengangguk dan mencapai huluran Qaiser.

"Haha pagi tadi dah makan donut. Lunch pun you bagi donut." Nara terus membuka kotak itu dan diambilnya satu untuk disuapkan ke mulut.

"Nak?" Nara menyuakan donut bekas gigitannya ke arah Qaiser.

Qaiser angguk.

"Tak boleh. Beli sendiri." Nara menyuap ke mulut sendiri dengan laju.

"Ehhh." Qaiser ketawa.

Lepas je ketawa, Qaiser terus macam eh?

Eh kejap.

Qaiser automatik jadi keras balik. Lupa pula apasal tiba-tiba aku jadi macam ni.

Nara yang melihat aksi Qaiser itu, mengerutkan dahi.

Lah dia berubah. Elok-elok tadi senyum manis gelak-gelak tetiber jadi garang. Grrr.

"I nak gi site lepasni."

"Aik?" Nara dah buat muka. Ala.

"I kerja... you tak pa lah anak pemilik syarikat."

"Ala jangan cakap macam tu." Nara mencebik seakan merajuk.

"Eh Qaiser." Seseorang menyapa dari meja sisi. Kelihatan lelaki itu baru saja duduk di meja sebelah, dan saat terpandang muka Qaiser lantas dia menyapa.

Qaiser menoleh lalu mukanya berubah sedikit terkejut beruk.

Hakimi.

"Owww dating kau eh." Hakimi bangun dari duduknya dan menghampiri Qaiser untuk bersalaman.

Qaiser dah jammed sekejap. Nara pula tengok muka Qaiser dan kemudiannya muka lelaki itu.

"Oi." Bahu Qaiser ditepuk.

"Hahaha oi. Lama tak jumpa." Qaiser akhirnya senyum.

"Kenalkan ni kawan sekolah i." Laju mulut Qaiser memberitahu Nara sebelum Hakimi sendiri memperkenalkan diri. Sempat hujung jarinya mencuit peha Hakimi supaya mengiyakan saja. Hakimi ni bukan boleh kira, lain diberitahunya nanti.

Hakimi yang seakan mengerti, sengih saja. Qaiser ni mesti ada perempuan lain ni. Sebab tu kuat menipu!

Hakimi ketawa sendiri. He he he.

"Wait, i macam pernah kenal you." Hakimi memerhati raut wajah Nara sekilas.

Nara hanya tersenyum. Memanglah muka aku je kat majalah-majalah.

"Tapi tak ingat kat mana."

Qaiser beriak wajah biasa saja. Ye lah model memanglah orang pernah nampak.

"Wait, wait. You kawan Miqayla kan? You dah pakai tudung?" Hakimi terkejut sedikit.

Nara lagilah terkejut.

"Eh mana kenal Miqayla?"

"I Hakimi la. Boyfriend Miqayla. You lupa ke?"

Nara macam nak terjatuh rahang. Aduhhh. Apasal pulak jumpa si Hakimi kat sini!

"Dia merajuk dengan i. You boleh bagi number dia tak kat i?"

"Aaaa.... aaaa" Nara dah tergagap-gagap. Sebab semua yang Miqayla cerita memang buruk pasal si mamat ni. Mamat ni yang baru balik dari oversea tu. Tak malu pulak tu mengaku boyfriend Miqayla. Memang nak kena simbah air.

MELAMARMUWhere stories live. Discover now