BAB 3

224 27 0
                                    

Sebulan sudah aku menerima jawatan wartawan tak rasmi ini, dan aku langsung tak macam wartawan. Macam orang tak ada kerja pun ada aku ni. Hari-hari lepak kedai makan, hari-hari tak ada apa aku nak buat selain memerhatikan si Nara Aaira kat hujung sana yang memanjang have fun. Pagi tadi dia pergi shooting.

Kat mana ada dia, kat kedai makan berdekatan tu lah aku lepak.

Mana kehidupan sibukku sejak aku kecil tu? Dah tak ada....

Gaji sekarang memang cukup-cukup makan. Baru aku tahu macam ni rupanya kehidupan.

Hanya berbekalkan duit terakhir gaji aku bulan lepas as a CEO, dapat la aku bayar downpayment rumah dengan pekerja syarikat yang aku kerja sekarang. Beli kereta baru... Kereta secondhand! Hidup Myvi!

Simpan duit untuk sebulan, sementara dapat gaji baru. Untuk sebulan? Aku rasa gaji aku yang lama tu boleh disimpan setahun gamaknya.

Qaiser tergelak sendiri sambil menggeleng. Apa aku buat dengan duit aku dulu? Sedangkan sekarang hidupku hanya cukup makan. Dan alhamdulillah masih cukup.

Wah sembang! Baru sebulan hidup kau macam ni!

Tak apa, slow-slow kayuh!

Terkenangkan rakan-rakan universiti ku dulu, yang selalu merungut gaji tak cukup walaupun sudah bekerja, salah satunya sebab habiskan duit kat girlfriend! Dan kini aku ketawa, sebab aku dah faham. Aku dah faham segalanya. Dulu duit aku tak pernah tak cukup. Lagipun... Aku mana ada girlfriend. Ada tunang pun kahwin dengan orang lain.

Kenapa aku ungkit? Menyesal la pula aku ungkit. Kan dah teringat! Ish!

Saat aku sedang berangan sendiri, mejaku diketuk beberapa kali.

"I selalu nampak muka you akhir-akhir ni. You wartawan ke?" Suara perempuan tu betul-betul sebelah telinga aku.

Dan aku menolehkan mukaku memandangnya.

Mulutku terkunci rapat.

"Kalau ye, you boleh tulis ni sekarang." Perempuan itu terus menarik kerusi di hadapanku dan duduk tanpa segan silu.

"I tak ada apa-apa hubungan lagi dengan mana-mana lelaki. Anak Dato ke anak Tan Sri ke, i tak ada. I nak fokus karier i, i nak bina masa depan i dengan jayanya. And i'm single and not available." Si Nara Aaira tu terus membuka cermin mata hitamnya.

Yang aku hairan, bila pula dia datang sini? Tadi dia kat hujung sana berhuha dengan kawan dia!

"You, i rasa wartawan ni macam tak sesuai jadi wartawan, kan?" Rakan Nara bersuara sambil mencebikkan bibir.

Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku mereka tanpa berkata apa.

Aku memang bukan jenis sosial..... Kenapa aku kena hidup macam ni...

"Yesss exactly! What's your name? You wartawan from syarikat mana? I perasan sebulan ni you asyik ikut i je. Starting from suite dekat hotel tu you buat-buat salah masuk bilik kan? Padahal you nak tahu pasal i." Nara sudah menunjukkan jari telunjuknya ke muka ku.

Qaiser blur sekejap.

Patut la macam kenal...... Perempuan ni la pontianak tu! Eeee!

"Wartawan ni bisulah, Ra. Seribu kita cakap, sepatah pun dia tak jawab."

"But... Rupa dia not bad. Handsome." Mata rakan Nara melirik atas bawah memandang Qaiser membuatkan Qaiser tidak selesa.

"Not my taste." Nara ketawa.

"Mungkin kalau dia anak Tan Sri, terus jadi your taste dengan rupa helok macam ni." Rakan Nara ketawa mengejek.

"Jomlah. Malaslah layan orang tak ada perasaan macam ni. And you, jangan lupa eh keluarkan semua info yang i bagi tadi. I tak bagi free tau. Make sure masuk paper esok." Nara menghabiskan ayatnya dengan kenyitan di mata kirinya.

"See you." Sempat rakan Nara memberikan flying kiss kepada Qaiser sebelum mereka berdua melangkah pergi.

"Apalah malang sangat hidup aku ni?" Qaiser hanya tergeleng sambil bangun dari duduknya. Duit dikeluarkan dari dompet dan sehelai not 50 ditinggalkan di atas meja.

Kalau macam ni la hari-hari aku seterusnya, sampai bila pun aku tak maju!

Tapi takkan nak letak jawatan lagi... Baru sebulan kot!

Baru sahaja ingin melangkah pergi, Qaiser berpatah balik.

Diambilnya not 50 tadi, dan dia melangkah ke kaunter. Baru tersedar dari dunia realiti. Bayar sendiri kat kaunter, Qaiser. Kau bukan CEO dah. Kalau setiap kali kau tinggalkan not 50 atas meja macam dulu, padahal kau hanya makan 10 ringgit. Memang kau bankrupt la jawabnya hujung bulan nanti.

Qaiser tergelak sendiri.

Saat dia keluar dari restoran tersebut, dia terlihatkan seorang warga emas di kaki jalan hanya duduk termenung. Lalu disedekahkan lebihan wang makannya tadi.

"Terima kasih, nak. Semoga Allah merahmati kamu." Tangan Qaiser dipegang lembut.

"Sama-sama, makcik. Doakan urusan saya dipermudahkan ya?" Qaiser hanya tersengih.

"InsyaAllah, nak." Makcik itu tersenyum.

Dan Qaiser berlalu pergi ke kereta barunya. Tenangnya rasa hati.

----------------------------

"Apa yang you tengok, Ra?" Miqayla mengerutkan dahi melihat Nara yang sedari tadi hanya memerhatikan luar cermin kereta.

"Takdelah. I tengok aunty tu." Nara hanya tersenyum.

"Aunty?"

"Aunty yang duduk dekat kaki lima tu."

"Ohh. Jomlah. Kita dah lambatlah. You petang ni ada shoot dengan majalah wanita tu kan?"

"Cancel. Dorang tukar tarikh."

"So where are we going now?" Miqayla memainkan keningnya seraya membuka dashboard kereta Nara sambil mengeluarkan majalah untuk dibaca.

"I hantar you baliklah. I pun nak balik rehat. Letih."

"Okay." Miqayla hanya mengiyakan saja.

Nara yang sedang memandu, teringatkan lelaki tadi yang menghulurkan wang kepada aunty yang mungkin dalam kesusahan tu.

Siapa awak ni? Wartawan ke?

Kenapa saya tertarik untuk melihat awak?

Sebenarnya dah lama Nara perasan kemunculan lelaki itu, tapi memang dia tahu itu wartawan jadi dia tak perlu perasan bahawa lelaki itu mengikutinya atas sebab lain.

Tapi... Hati inilah masalahnya. Selalu terpaut akan kebaikan lelaki itu.

Bukan kali ini saja, dah banyak kali lelaki itu berbuat baik kepada sekelilingnya. Walaupun Nara tidaklah sebegitu, tapi dia terpegun melihat kebaikan lelaki itu. Membuatkan hatinya tersenyum.

-----------------------

"Dia balik rumah, so aku pun nak balik rumah." Qaiser terus membelokkan keretanya ke arah lain saat terlihatkan kereta Nara membelok masuk ke bangunan mewah penthouse wanita itu.

Apa saja yang Qaiser tidak tahu pasal Nara? Semua tahu. Sebab kena ambil tahu.

Lagipun si Faaeq tu banyak memberitahu.

Faaeq tu sukakan Nara ke? Ke ex boyfriend? Tak sekalipun dia beritahu semua tu.

Pelik betul kan?

Yang dia tahu, dia minta aku jagakan Nara.

Kenapa dia tak upah bodyguard je?

Nara tak suka?

Macam mana ni?

MELAMARMUWhere stories live. Discover now