BAB 29

120 19 2
                                    

Qaiser membentangkan gulungan lukisan projek yang sedang diurusnya untuk dipamerkan kepada Dato Izham akan idea terbarunya. Seraya itu juga ada seorang wanita menolak pintu bilio mesyuarat itu dan mencuba untuk memboloskan diri perlahan-lahan masuk ke dalam.

Nampak seperti Dato Izham tidak menghiraukan perkara itu, jadi Qaiser pun buat endah tak endah saja.

Setelah beberapa idea dikemukakan kepada Dato Izham, akhirnya Dato Izham tersenyum puas.

"Saya suka sangat idea kamu ni, Qaiser. Memang brilliant. Kalau macam ni la hasil kerja kamu, memang projek ni boleh untung lebih jauh dari target syarikat." Dato Izham dah mula menepuk tangan. Bangga. Terdengar Qaiser hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih saja.

"Dan saya approve semua idea kamu. Saya percaya kamu boleh buat yang terbaik. Tak sia-sia Faaeq pilih kamu urus projek ni." Bukan main tinggi melambung Dato Izham puji si Qaiser. Membuatkan Nara yang berada di sofa belakang sana seakan ingin muntah.

Dikerling perlahan ekor matanya terhadap Qaiser yang hanya membongkok, masih memperbetulkan lukisannya supaya menjadi sempurna.

"Nara."

"Ye, daddy." Nara bangun dari duduknya.

"Sini daddy kenalkan anak emas syarikat ni sekarang. Qaiser." Dato Izham lagaknya seperti tidak tahu apa-apa.

Nara hanya mencebik.

Qaiser pula? Pandang Nara dengan muka lima puluh sen.

"Sorrylah, Qaiser. Anak uncle ni memang belagak sikit. Maklumlah dulu dia anak emas syarikat ni. Tapi sekarang ni Qaiser gantikan dia, dia cemburulah tu." Dato Izham berkata dengan nada bergurau.

"Mana ada." Nara menidakkan.

Qaiser pula masih dengan muka lima puluh sen tu.

"Eh dah nak lunch ni. Apa kata uncle belanja Qaiser makan. Memandangkan kamu buat uncle puas hati harini dengan pencapaian kamu."

Nara dah terbeliak biji mata pandang daddynya. Kalau tahu macam ni baik tak yah datang! Tadi daddy call cakap tak ada orang teman lunch. Tapi ni?!?!

"Err... " Qaiser sebenarnya nak tolak tapi segan!

"Bukan selalu. Jom."

------------------------

Nara dah menguis-nguis spageti yang ada di dalam pinggannya. Lain pula dengan Qaiser, berselera makan macam tak ada apa-apa berlaku.

Dato Izham yang melihat kelakuan anaknya dan Qaiser, seperti ingin menggeleng saja.

Macam mana la Faaeq boleh cerita keakraban Qaiser dan Nara sebelum ni, tapi apa yang aku tengok sekarang ni macam kutub utara dan kutub selatan. Jauh betul dorang ni!

"Ehem." Qaiser berdehem sedikit dan mengelap bibirnya menggunakan sapu tangan yang disediakan. Kemudian dia mula ingin membuka topik sedikit untuk berborak.

"Jadi kenapa Nara tak bekerja dalam syarikat uncle?" Qaiser main bedal saja bertanya ikut sedap mulut.

"Mind your own business." Nara terus berkata perlahan.

"Dia nak kejar cita-cita dia jadi model."

Qaiser mengangguk faham.

"Kan Qaiser tanya je, sayang. Janganlah marah dia. Kenapa ni? Macam tak suka je dekat Qaiser?" Dato Izham bertanya anaknya dengan lembut.

Dua-dua automatik diam membisu.

"Okaylah daddy nak pergi tandas sekejap. Jangan bergaduh pula ya?"

"Okay." Nara membalas pendek. Qaiser diam.

"You nak apa?" Nara sudah mengangkat garfunya dan ditujukan ke arah Qaiser.

"What?" Qaiser dah mengangkat kening.

"You kerja apa sebenarnya and apa masalah you nak rapat dengan family i?"

"Bila masa i rapat dengan family you? I kerja untuk company. Itu saja." Qaiser dah buat muka tak puas hati. Aku dapat apa kalau rapat dengan family kau?! Perasan!

"Habis tu ni?! Sampai nak keluar makan bagai. You dahla tolak lamaran i and now you keep on ghosting me!?"

"Well, wait. Ghosting you? I pun tak tahu yang you anak Dato Izham."

"Penipulah."

"Sumpah. I ingat Faaeq suruh jaga girlfriend dia. End up you ni adik dia. Mana i tahu!" Qaiser dah geram.

"Now you nak cakap yang you tolak lamaran i sebab ingat i girlfriend Faaeq?" Nara dah mula nak putar belit fakta.

"Ni la perempuan. Lain kita cakap, lain dia jump into conclusion."

"Then why did you pushed me away?" Nara dah makin geram.

"I tak layak untuk you. Dah. Cukup."

"Nonsense! Ingat apa? Cerita dongeng ke nak cakap layak tak layak? I bukan puteri raja la!" Nara naik bebal.

"Nara, look. I kat sini nak kerja. Pasal lamaran you ke apa ke, that's not the main point. I tak ghosting you pun. Kalau you tak nak jumpa i dah lepasni, fine. I akan jauhkan diri lebih jauh."

"No. I nak you dekat dengan i. Kenapa you tak faham?"

Qaiser menghela nafas. Susah cakap dengan dia ni ya?

"Rancak berborak. Ooo kena uncle tak ada baru nak borak ya?" Dato Izham yang baru sampai menegur dengan riak biasa saja. Padahal dia dengar dari jauh dah dorang ni bertekak.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, Nara nak balik."

"Lah. Balik dah? Nara ada shooting ke? Baru nak ajak Nara melawat tapak projek sekali Qaiser. "

Qaiser dah beliakkan mata melarang Nara untuk ikut bersama. Si Nara pula siap beri jelingan mata paling tajam.

Qaiser makin geram pula melihatnya. Macam ni Amir suruh aku pujuk perempuan ni? Makin buat aku geram adalah! Tak nak aku pujuk dia ni! Makin bagi donut makin menjadi-jadi perangai.

--------------------

"Lepasni aku dah tak nak ikut idea mengarut kau." Qaiser menghempaskan bontotnya duduk di atas sofa.

"Kenapa tu, brader?" Amir mendekati.

"Tadi aku terpaksa ikut Dato Izham tu makan, dia bawa pula si Nara tu. Nara tu marah-marah aku."

"Pulak dah? Apasal?"

"Dia kata aku sengaja la rapat dengan family dia. Dia ingat aku tak ada kerja lain? Ingat aku perempuan ke nak buat perangai macam tu?"

Amir ketawa.

"Kau bebel macam ni pun dah macam perempuan!"

"Lagi dia cakap apa?"

"Dia kata aku tolak lamaran dia sebab ingat dia gf si Faaeq."

"Memang macam tu pun kan?" Amir bertanya muka polos.

"Kau dengan dia sama je la." Qaiser makin tak puas hati.

"Haha dah lah. Jangan marah-marah. Macam ni rupanya Syed Amin Qaiser. Pantang orang provoke sikit memang dia nak lawan habis-habisan."

Kata-kata Amir buatkan Qaiser terdiam. Aku macam tu eh?

"Dahla. Jom makan."

"Tak nak. Aku tak selera. Kau makanlah. Aku nak naik mandi." Qaiser terus bangun dan kaki laju melangkah untuk mendaki anak tangga.

"Eleh dah kenyanglah tu makan dengan buah hati." Amir membiarkan saja Qaiser yang masih panas itu.

MELAMARMUWhere stories live. Discover now