Chapter 1 : Encounter

107 11 12
                                    

Twinkling over there this, treasure

I'm handing it to you this, treasure

Everybody are after this, pleasure

It's blinding you more and more its, Crazy.


Bayu angin yang terasa kering meniup ke tempat yang dibina menggunakan tanah liat, batu bata dan kayu, seluruh bangunan berwarna pasir seperti di gurun Sahara. Panas terik matahari memancar dari atas. Inilah kota Äit Benhaddou, terletak di selatan Morocco.

Dibina dengan tujuan untuk menjadi kampung berkubu, kasbah iaitu menara yang dibina di bahagian bawah kampung sebagai kubu, ianya berdiri megah sehingga ke hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dibina dengan tujuan untuk menjadi kampung berkubu, kasbah iaitu menara yang dibina di bahagian bawah kampung sebagai kubu, ianya berdiri megah sehingga ke hari ini.

Di dalam kesibukan orang ramai, seorang gadis yang berambut hitam panjang diikat kuda berjalan ke luar satu bangunan yang tertulis disana 'tandas'.

Di kepalanya mempunyai skarf empat segi yang agak besar saiznya daripada saiz handkerchief biasa, skarf itu dilipat menjadi tiga segi dan diikat ke bawah ke belakang lehernya, menutup kepalanya daripada panas terik, juga sebagai pemakaian yang sesuai di kampung ini.

Gadis itu berjalan ke bawah matahari, cahaya matahari terpantul membuatkan matanya yang berwarna hijau hutan itu kelihatan lebih terang. Dia memakai baju berlengan panjang biasa berwarna beige gelap yang ringan dan mudah ditiup angin, pada bahagian kaki dia memakai skirt berwarna coklat gelap yang panjang sehingga bawah lutut, kasut yang digunakan ialah kasut but lusuh yang diperbuat daripada kulit haiwan paras buku lali yang bertali.

Gadis itu mempunyai warna kulit tak cerah tak juga gelap, di tengah tengah. Kampung ni tak sepadat mana kerana ramai yang daripada sini berpindah ke kampung moden yang berada di seberang sungai yang memisahkan antara kampung bersejarah ini dan kampung moden. Mereka berpindah untuk mencari sumber pendapatan yang lebih baik.

Dia berjalan sekeliling memandang dinding tembok yang tinggi itu.

Terdapat pelbagai poster di letakkan.

"Assalamualaikum," Sapa gadis itu kepada wanita tua yang membawa bakul berisi sayur-sayuran. Ianya lazim untuk memberi salam dengan bahasa mereka disini.

"Walaikumsalam." Wanita tua itu membalas balik.

Gadis itu melontarkan senyuman dan meneruskan perjalanan menaiki tangga untuk ke aras kampung ini yang seterusnya.

Angin meniup, menolak tali skarf yang menutup leher gadis itu dan menunjukkan freckles yang halus warnanya berada di sepanjang leher kirinya sehingga ke bahu.

Apabila tiba di aras atas kampung ini, gadis itu tercari-cari seseorang, dia berjalan lagi sambil melihat satu kedai yang ramai pelanggan membeli rempah ratus.

"Jongho!" Gadis itu menjerit, ianya tidak mengapa kerana keadaan juga agak bising seperti di pasar.

"Rae! Di mana kau?!" Kedengaran jeritan seorang lelaki daripada jauh di dalam kelompok orang ramai ini.

The Weight Of Everything We Carry and Chase |SEONGHWA/HONGJOONG + ATEEZ|Where stories live. Discover now