Chapter 2: Speech

82 10 16
                                    

Itulah! Itulah lelaki yang tercicirkan kompasnya tadi!

Rae tersenyum girang, dia ingin mengembalikan kompas tersebut selepas acara ini tamat. Rae mengambil kompas itu dari poket skirtnya dan merenungnya, kemudian dia perasan sesuatu yang pelik.

Jarum di dalam kompas itu... menuju ke arah mereka, ke arah jejaka berambut putih itu.

Rae mengerutkan kening kanannya ke atas, menunjukkan perasaannya yang pelik. Dia mendongak dan memandang ke arah kompas di mana kompas itu tunjukkan.

Rae menggenggam erat kompas itu ditangannya apabila beberapa lagi orang berjubah hitam datang berkumpul bersama dengan jejaka berambut putih itu, mereka semua membuka jubah mereka dan menunjukkan diri. Dan dengan itu jejaka berambut putih memberikan bendera hitam itu kepada seseorang yang berambut lilac.

Rae melepaskan pegangan tangan dengan Jongho.

Sedikit yang dia tahu, takdir yang menanti adalah tidak dijangka.

Tapi takdir apa?

Akhirnya mereka yang pernah terpisah dahulu, bertemu kembali.

Sudah semestinya, tali merah takdir tidak akan terputus, ianya akan bergumpal dan terlilit kusut, namun akan sentiasa bersambung hujung ke hujung.

Jongho berasa resah,dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Mata Jongho melilau ke kiri, ke kanan. Memandang kawasan yang sudah dkerumuni oleh orang. Dia tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa, dia ingin mencari jalan untuk membawa Rae keluar daripada sini. Kemudian matanya terpacak ke arah satu poster yang berwarna kopi.

Tertera disitu perkataan 'WANTED' dengan huruf besar yang terang.

Tertera disitu perkataan 'WANTED' dengan huruf besar yang terang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Dahi Jongho bekerut, ganjarannya sebanyak 5000 Moroccan Dirham(MAD)? Dan wajah di dalam poster itu ialah wajah...

Jongho menoleh kembali ke depan, lelaki yang berada di belakang jejaka berambut putih itu sama wajahnya dengan wajah di dalam poster tersebut.

Jongho meneguk air liur.

Bendera hitam itu, menunjukkan mereka adalah lanun.

Jongho menarik lengan Rae, mendekatkan bibirnya ke telinga Rae dan berbisik.

"Mari pergi dari sini, diorang tu lanun!"

Rae terasa sejuk tiba-tiba mendengar perkataan lanun itu, namun dia menyentuh tangan Jongho yang memegang lengannya itu dan melihat wajah Jongho.

"Let's wait a little bit longer, it's going to be fine Jongho. I wanted to give something back to them after this end." Rae tersenyum, dia berkata dengan nada memujuk, cuba meyakinkan rakannya itu.

Rae menoleh kembali ke depan, Jongho melihat Rae dengan risau, namun dia hanya mengeluh dan memegang tangan Rae, agar mereka tidak terpisah lagi.

The Weight Of Everything We Carry and Chase |SEONGHWA/HONGJOONG + ATEEZ|Where stories live. Discover now