Chapter 3: Run Away

93 12 5
                                    



"PIRATES!!!" Salah seorang dari pengawal yang serba putih itu menunding jarinya ke arah mereka kumpulan lanun yang tengah berucapan di atas platform.

Rambut putih itu sungguh mereka kenal dan serta merta mereka berarak ke sini dengan cepat.

Hongjoong juga pernah menjadi salah seorang dari mereka. Selepas mereka dapati masa lalu dia sebagai bekas penolong kanan lanun yang paling ditakuti suatu masa dahulu walaupun umur masih mentah.

Pemberontakan selepas pemberontakan, semuanya diketuai oleh Kim Hongjoong, ketua kumpulan lanun yang dikatakan ATEEZ ini.

Takdir dia yang menjadikan dia seorang pemberontak.

Kumpulan yang dianggap sebagai ancaman anarki. Namun tiada siapa tahu apa niat mereka yang sebenarnya.

"Hyung, kita mesti pergi dari sini!!!" San menjerit.

Hongjoong memberikan signal dengan tangan, ahli lain segera menganggukkan kepala tanda faham dan segera berlari pergi. 

Orang ramai juga turut panik dan berlari lintang pukang dengan cue yang San berikan kepada kumpulan dia. Mereka semua tahu, yang pengawal serba putih tidak akan lepaskan sesiapa yang cuba menentang sistem kerajaan mereka. Jadi kehadiran lanun di sini memang membuatkan keadaan nampak tidak baik. Mereka takut ditangkap jika dianggap bersekongkol dengan lanun.

Pasar itu menjadi kacau bilau. Jongho dan Rae hampir terpisah kerana ditolak-tolak oleh ramai orang. 

Seorang pemuda lokal ditarik oleh pengawal putih itu dan dijatuhkan ke atas tanah berpasir, hanya disebelah Rae dan Jongho. Mereka berdua terkejut dan menjauhkan diri.

Hongjoong yang masih berdiri di atas platform itu, sempat lagi bercakap.

Dan disebalik kekacauan, Rae masih berdiri di tempat dia berada sekarang. Tidak berganjak walaupun ditolak oleh penduduk yang melarikan diri hanya untuk mendengar kata-kata terakhir yang Hongjoong ingin ucapkan sebelum mereka berlalu pergi.

Jongho mencapai tangan Rae.


Detik ini.


"Will you join us?"


Sungguh mendebarkan.


Hongjoong tersenyum, matanya bertentangan dengan seseorang. Selepas itu dia melompat ke bawah untuk mengelakkan diri daripada pengawal yang cuba menangkap dia.

Hongjoong bergerak ke tepi dengan pantas, terjatuh pengawal itu kerana Hongjoong. Dia sengaja tidak berlari, mempermainkan kuasa kerajaan. Hongjoong nampak gembira dan tidak risau.

Kemudian seseorang dengan ATV(rujuk MV Treasure I literally don't know the specific name) dengan saiz yang muat tiga orang, mempunyai bendera ATEEZ terpacak di belakang  datang merempuh 4 pengawal yang cuba menangkap Hongjoong.

Mereka semua jatuh ke tanah, mencium pasir.

Hongjoong melompat naik dan duduk di belakang ATV itu, dia menghadap pengawal yang jatuh dierempuh, sekali lagi sengaja untuk melihat mereka memakan pasir.

"Thank you Seonghwa!"

Seonghwa pemandu ATV tersebut, mereka semua sudah jangkakan perkara sebegini akan berlaku. Sesiapa yang ditinggalkan akan diambil semula kecuali jika darurat, mereka akan tinggalkan sesiapa sahaja yang tertinggal. Itu adalah salah satu kod lanun mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Weight Of Everything We Carry and Chase |SEONGHWA/HONGJOONG + ATEEZ|Where stories live. Discover now