c h a p t e r 0 3

103 29 47
                                    

SETIN minuman dikeluarkan dari dalam peti sejuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETIN minuman dikeluarkan dari dalam peti sejuk. Usai itu, dia lekas beredar ke kaunter pembayaran.





Beberapa keping wang ringgit bertukar tangan lalu disambut ucapan terima kasih. Dia menapak ke pintu. Tak semena bibirnya melepas keluhan sebaik melihat hujan mulai turun dengan lebat.



Dia sudah sedia maklum akan hal ini. Bahkan sudah memeriksa laman sesawang kajian cuaca sebelum dia beredar dari rumah. Barangkali kerana tergesa-gesa sehingga dia lupa hendak membawa payung yang sudah siap sedia tersandar di tepi pintu.





Dengan malasnya, dia menyeluk saku. Puas meraba saku seluar kanan dan kiri, dia mendesis.





Sudah lah dia lupa hendak membawa payung, telefon juga tertinggal di rumah. Sehinggalah ekor matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis. Sepertinya dia pernah melihat gadis itu tapi dia lupa di mana.




Ralit matanya memerhati. Lurus matanya memandang sekaki payung yang tersangkut di lengan gadis itu. Sepadan dengan jaket kulit yang dikenakan di tubuhnya kala ini. Tak semena bibirnya tersenyum puas hati.



____



Aku menyeluk saku. Sekeping kertas yang tertulis senarai barangan dapur kutilik.

Barang dapur di rumah sudah mulai susut. Aku nyaris terlupa disebabkan aku perlu menemui Jadean petang tadi. Veggies, check! Instant mee, check! Usai cukup semuanya, aku beredar ke kaunter pembayaran.


"Terima kasih." Aku sambut baki wang yang terhulur lantas pamit hendak lekas pulang. Hujan masih turun lebat.





Mujur aku bawa payung. Tidak lah aku perlu meredah hujan sewaktu pulang dari kedai runcit. Sehinggalah aku rasakan tanganku disambar. Tak semena aku terperanjat lalu menjerit meminta tolong.






Tubuhku diheret sedang mulutku ditekup bagi menapis jeritanku yang mencuri perhatian orang. "Shhh..." Patuh akan permintaan itu, aku paksa juga diriku untuk tenang. Perlahan-lahan tekupan di mulutku longgar.




Dari hujung ekor mata, aku teliti raut wajah pemuda itu. Aku kecilkan mata, ingin mengenal pasti. Sehinggalah mataku membulat.




Jean Denver?

Automatik langkahku mengundur ke belakang lalu jarak terbina antara kami. Aku terkesima. Lidahku kelu sejenak. Mataku ralit memerhati gerak gerinya melepas topi dari terus melitupi kepalanya. "Saya minta maaf."





"Saya tak sepatutnya takutkan kamu. Saya cuma.." Jean terjeda. Matanya melirik payung yang tersangkut di lenganku. Aku bingung. Masakan aku tidak terperanjat. Mahu gugur jantung aku ditegurnya sedemikian. Hanya kerana sekaki payung? Like WHAT?!

[RW] Dead Ringer Where stories live. Discover now