p r o l o g

284 43 102
                                    


© arleadanial 2020

© arleadanial 2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P R O L O G

Betul lah ni rumahnya. Desis hati aku.


Acap kali aku ulang tenung secebis kertas dan alamat yang terukir pada tiang batu.

Buat seketika, mataku ralit memerhati sekitar kediaman mewah ala ala rumah Inggeris itu. Luas sekali. Entah berapa hektar agaknya andai keluasan itu diukur. Tapi, mengapa pula ia tampak sunyi dan sepi?

Ralit mataku mencuri pandang kediaman itu sehingga tidak sedar perilaku aku menjadi tontonan sepasang mata milik seorang wanita.

"Kamu buat apa berdiri dekat luar tu?" Tak semena spekulasi yang giat mengasak minda kutepis.

Pantas mata aku beralih sehingga menatap wajah anggun milik seorang wanita berambut perang. Ralit matanya memerhati tingkah laku aku dari dalam kawasan pagar.

"Nama saya Airis, puan. Jadean ada?" Aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Kekok. Janggal sekali lidah aku menyebut nama si gerangan yang belum munculkan dirinya itu.


Barangkali sedang seronok melihat aku bagai cacing kepanasan di luar pagar rumahnya sambil terjenguk jenguk ke dalam kawasan pagar seolah olah mahu memecah masuk rumah orang. Atau sengaja mahu menguji kesabaran aku dan melihat selama mana aku tahan berdiri tercegat di bawah terik matahari.


Shit. Aku mengata orang dalam aku tak sedar. Automatik aku menampar dahi.

Sekali lagi, gerak geri aku menjadi perhatian wanita itu. Tak semena aku tersengih malu.



"Dean ada. Jemput masuk." Pelawa wanita itu usai membuka pintu pagar buatku. Aku sambut pelawaan itu dengan ucapan terima kasih. Wanita itu ikut senyum.




Lantaran aku ekori langkahnya sambil mataku sempat menikmati pemandangan dari kediaman atas bukit ini. Untungnya si Jadean. Kehidupannya serba mewah jikalau hendak dibandingkan dengan aku yang hidup sekadar menumpang kasih orang.




"Kamu ni kawan Dean?" Pertanyaan itu yang menjamu telinga aku sebaik aku dihidangkan segelas air. Aku diam sejenak.



"Saya Anna, ibu saudara Dean. Maaf kalau saya bertanya. Saya cuma suka kalau Jadean ada kawan sebaya. Selama ni, saya tak pernah melihat Jadean bawa sesiapa datang rumah." Aku termangu. Jikalau nak dikatakan kawan baik, tidak juga. Aku cuma rakan sekuliahnya sahaja. Tidak lebih daripada itu.



"Ya, puan. Kami rakan sekuliah." Lama juga aku membisu. Payah juga hendak mengarang ayat supaya senang telinga yang mendengarnya. Takut jikalau aku lepas bicara, nahas aku dikerjakan oleh si manusia batu itu.



"Kamu duduk dulu ya. Saya panggilkan Dean." Pamit wanita itu.


Wanita berdarah campur yang bernama Anna itu manis orangnya. Rambut perangnya tersisir lurus. Wajahnya tampak muda, barangkali usianya baru sahaja mencecah pertengahan 30-an. Iris matanya biru, bulu matanya lentik.


Persis Jadean. Dalam sekilas pandang, rupa mereka juga tak jauh bezanya. Aku mengeluh pendek.





Sunyi sepi. Apa yang kudengar cuma bunyi kicauan burung di luar. Beredar sahaja wanita itu meninggalkan aku, aku membuang pandang ke segenap ruangan rumah. Rumah berkonsepkan abad ke-20 itu terlihat cukup mewah. Dari segi pemilihan kertas dinding dan susunan perabot.



Tapi, sayang sekali. Rumah sebesar ini cuma diinap oleh keluarga yang kecil bilangannya.

_

DING ! DING ! Loceng berdering kuat sehingga aku juga hampir tersembur air. Automatik mataku beralih ke pintu.





Bertalu talu bunyi loceng menjengah telinga aku. Aku putuskan untuk hiraukan sahaja namun kelibat Puan Anna tidak juga kelihatan. Sekali, dua kali atau masuk tiga kali aku menarik hembus nafas sebelum aku tekad menapak ke pintu.



Aku kuak daun pintu separa luas. Seorang figura berkot putih berkaca mata menjamu penglihatanku. Tag namanya bertulis Noel."Jean ada?" Singkat pertanyaannya. Namun mampu membuatkan aku tercengang.


J..Jean? Siapa pula agaknya yang dimaksudkan oleh lelaki ini? "What's bring you here, Dr. Noel?" mata aku melilau mencari arah suara yang terdengar bernada datar. Sehinggalah mata aku terpandang kelibat seorang pemuda yang tiba tiba tampil di sebelahku.






Lelaki itu bertubuh tegap dan tinggi. Rambut hitamnya masih terlihat basah, barangkali baru sahaja usai mandi. Wangian syampunya juga masih jelas terhidu. Sepasang iris matanya berwarna amber, sempurna digandingkan bersama hidungnya yang terletak cantik.




Setiap kali dia mengutarakan bicaranya, aku lihat ada lekuk terbentuk di pipinya. Alter ego Jadean Denic itu ternyata jauh lebih tampan berbanding Jadean yang menjadi rebutan ramai. Raut wajahnya memang persis Jadean. Bukan setakat dalam sekilas pandang, mereka memang iras.

Jean. Namanya Jean.



____________________________________

TO Be Continue

_____________________________________

[RW] Dead Ringer Where stories live. Discover now