c h a p t e r 0 2

111 29 26
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KALAU tak sudi tolong saya, Mr Jadean boleh beritahu saya depan-depan."




"Ini tak. Buat muka macam tak ikhlas je tolong saya. Pasal ilmu ni, jangan kedekut tau. Mentang-mentang lah saya ni lembap, otak cetek. Tak pandai. Bukannya macam Mr Jadean yang genius, top student. Kalau boleh, semua nak disapu habis. Tapi....." Ppak!



Tak semena aku mengaduh kesakitan sebaik Jadean menghempap kepala aku dengan buku tebal di tangannya. Aku gosok kepala yang mulai rasa pusing. Pemuda ini ingat dengan ketuk kepala aku, aku boleh serap ilmu tu on the spot? "Nak belajar, diam."




Bebola matanya dijegilkan. Kecil besar kecil besar sahaja Jadean memandangku. Aku mencemik. Hendak tak hendak aku mengangguk sahaja. Kalau terus memaki Jadean Denic, sampai ke sudah memang takkan berkat lah ilmu yang kupelajari daripadanya.


"Ya, nak. Kalau tak, memang tak lah saya nak datang ke sini."



"Aaa, one more thing, awak tolong explain lagi soalan ni boleh?" Aku mengacip bibir sambil jari telunjukku menghala ke arah soalan nombor tiga. Jadean menggulingkan bebola matanya sebelum dia berkeluh panjang. Dia ambil pensel lalu dia mengulangi semula penjelasannya sebentar tadi.





Aku cuba untuk fokus dan mencerna apa yang dijelaskan olehnya. Sedang aku ralit merenung buku di atas meja, aku tidak sedar mataku tiba-tiba sahaja tertancap ke wajahnya. Aku bukannya kenal sangat pemuda ini. Mengenalinya juga sebagai rakan kuliah, seperti apa yang kuberitahu kepada Puan Anna.






Jadean Denic, pemuda seusiaku ini..... Sebenarnya, kami pernah berkawan rapat. Itupun dahulu sebelum menginjak dewasa dan memasuki kolej.






"Kenapa kau berbaring di sini?" Soalnya usai tampil disebelahku. Aku mengah.





Dadaku turun naik dalam kadar pantas menarik hembus nafas. Seragamku dibasahi peluh. Sendi tubuhku lenguh dan sepasang kaki aku berdenyut denyut. Hari sudah menginjak petang. Aku baru sahaja melunaskan hukuman.



20 pusingan berlari mengelilingi padang tanpa henti. "A..Aku penat." Keluhku.

Tanpa aku sedar, mata aku mulai panas.




Aku cukup penat. Aku ulang bicara itu buat kesekian kalinya. "Kenapa kau tak beritahu saja perkara sebenar?" Lontar Jadean dalam nada yang mendatar. Matanya tidak menatapku sebaliknya pandangan itu dilempar ke tengah padang.

"Kau punya alasan, bukan? Aku yakin Mr Josh akan faham keadaan kau."




Aku usap air mata yang menitis ke pipi. Jadean mengerlingku buat sekilas sebelum mata aku menghantar pemergian lelaki itu. Usai menyudahkan perbahasan singkatnya, dia lekas pergi.



Barangkali baru tersedar bahawa langkah kakinya dibawa mendekatiku.

Barangkali perbualan tadi bukan juga tercatit dalam niatnya. Dari air mukanya sahaja aku sudah dapat mengagak. Budak pendiam seperti Jadean memang sukar hendak dibawa berbual. Apatah lagi jikalau dengan pelajar sepertiku.



Kami bukan pada level yang sama. Aku pelajar kelas bawahan.

Dia pula ditempatkan di kelas topper.





"Tunggu..!" Tapi, tidak mengapa bukan jikalau aku cuba nasib untuk mengajaknya berteman? Aku tidak menjangka Jadean akan berpaling semula ke belakang. Nampaknya kali ini tekaan aku meleset. Jikalau hendak dibandingkan dengan kebiasannya, Jadean pasti akan menghiraukan aku.

Andai bertuah, itupun sekadar dijeling sekilas sebelum dia beredar.







"Mulai hari ni, aku nak kau jadi kawan aku, Jadean Denic."

Gila! Ternyata aku memang gila. Sudah lupa kah aku dengan level sendiri? Dek ketidaksengajaan aku meninggikan suara, pelajar yang lalu lalang menjadikan aku tempat tumpuan mata.





Tak aku ambil endah jelingan yang menusuk bak panah itu meskipun wajah aku mulai berona merah. Jadean terdiam. Berkedip-kedip kelopak matanya. Lelaki ini bertingkah seolah-olah aku sedang melamarnya.

Padahal aku cuma ingin berteman.







Aku masih ingat kala itu. Jadean terlihat cukup ragu menyambut salam persahabatan yang kuhulur. Sehinggalah dia menyahut dengan anggukan, juga kulihat cukup janggal.

Namun, sayang sekali. Persahabatan kami tidak lama. Setelah menginjak ke tahun yang kedua, Jadean berubah. Dia bertingkah seolah-olah dia tidak lagi mengenaliku. Sehinggalah aku mendapat khabar bahawa Jadean telah berpindah ke luar kota.









Kami tidak lagi bersua usai itu sehinggalah aku menemuinya lagi di kolej. Barangkali Jadean tidak pernah menganggapku sebagai teman. Barangkali cuma aku yang beranggapan sedemikian.









"Kau pernah anggap aku sebagai kawan di highschool?" Tak semena niatnya hendak menyambung penjelasannya yang selanjutnya itu terhenti. Seolah-olah pancingku mengena sehingga menganggu fokus Jadean.






Selang seketika, aku melopong sendiri. Barusan tersedar bahawa aku sudah terlepas bicara. Aku bergegas bangkit dari dudukku. "Hari dah lewat. Saya balik dulu." Ucap aku lalu aku orak langkah mencari pintu keluar dari perpustakaan mini itu.





Namun, aku sempat berpaling sebelum aku beredar. "Terima kasih sebab sudi ajarkan saya. Saya senang hati sebab ada rakan sekuliah macam awak. Ada lah juga tempat saya nak minta tolong ajarkan apa yang saya tak faham. Saya minta diri dulu, Jadean."






"Terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu. " Pamit aku. Aku tidak menunggu sebarang respons daripada Jadean. Sebaliknya aku lekas beredar. Aku tidak sepatutnya bertanya soal itu atau mengungkit kembali hal lalu. Tapi, tanpa aku sedar aku terlepas bicara.


Stupid, Airis. Stupid!




______________________________________


TBC

______________________________________

[RW] Dead Ringer Where stories live. Discover now