✨ENDING✨

1.2K 143 46
                                        

(Guys please hear this song from home-nct U because it's too good 😭💚hehe)

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
(1 tahun kemudian)

Aku menyilang kaki sambil menonton televisyen.Mulut dari tadi sibuk mengunyah keropok.

Sudah setahun berlalu,namun aku masih menganggur di rumah.

Setelah kematian appa akibat sakit jantung,aku tinggal dengan omma dan abangku yang baru menghabiskan pengajian di Amerika. Dan kami berpindah ke Seoul semula,rumah lama kami.

Aku akan masuk ke universiti setahun lambat dari rakan2 yang lain,disebabkan aku tidak daftar ke universiti yang ditawarkan kerana hari yang sama appa meninggal.

"Yah hyemin,duduk tu macam perempuan sikit boleh tak" abangku tiba2 duduk di sebelah lalu memukul kakiku,walaupun tak sakit sebenarnya.Aku hanya mencebik.

"Kau ni bawak2 la cari kerja,takkan nak menganggur je"dia memandangku sambil menggeleng kepala.

Ah sudah,dia dah start nak membebel dah.

"Ala duit oppa jadi lecturer universiti tu cukup kan.Buatpa hyemin nak kerja lagi,nanti sapa nak habiskan duit oppa kalau hyemin dah kerja" aku menjawab selamba.

"Ewah kau ni cari kerja untuk cari pengalaman bukan semata cari duit je" dia memukul bahuku menggunakan bantal di tangannya.

Aku hanya gelak dan berlari masuk ke bilik.Malas nak dengar oppa asik bebel je.

Aku membuka phone.Tiba2,keluar notification daripada email.
Aku membuka email dan membaca satu persatu.
Mataku terus terbeliak,terkejut dengan apa yang baru kubaca.

From: SMentglobal@gmail.com
To: parkhyemin12@gmail.com

Hello Miss hyemin,

Congratulation! You're hired to be one of our staff at SM entertaiment. As we received your resume,you are eligible to work as a manager in our company.Please come to our company as your work will start tomorrow.
Thank you.

"WHUT-" aku menutup mulut,terkejut.
"Wahh,dapat kerja jadi manager" aku menjerit gembira.

"Eh jap tapi sejak bila aku mohon kerja ni eh" aku mula pelik.Seingat aku,aku tak pernah memohon untuk jadi manager di mana2 company.

"Hmm mungkin dah lama rasanya aku bagi email ni cuma aku je terlupa"aku hanya menyedapkan hati.

Aku terus berlari keluar bilik ke arah abangku.Kelihatan omma sedang duduk bersama.

"Omma,oppa.Tengok ni" aku menunjuk email tersebut kepada mereka sambil tersenyum besar.
Mereka membaca dengan teliti.

"Wah congrats! Baru bebel pasal cari kerja,terus dapat kerja jadi manager. Suka la kau dapat jumpa brader k-pop yang kau minat sangat tu hahah" abangku tersenyum bangga.

"Wah tahniah hyemin. Jadi manager? Manager apa tu?"Omma memandangku. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Manager untuk idol k-pop,ala yang omma selalu tengok kat tv tu.Mungkin busy sikit kot sebab kerja dia melibatkan idol,ala tapi jangan risau hyemin boleh punya.Lagipun gaji masyuk"aku ketawa sambil joget keriangan.

Omma hanya mengangguk .
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Aku berdiri di hadapan bangunan SM ent. Mulutku terlopong.Cantik betul bangunan ni.Aku menarik nafas untuk menghilangkan gugup dan berjalan masuk ke bangunan tersebut.

FATE | Na JaeminWhere stories live. Discover now